omniture

RS Components dan Renesas Electronics (China) Co., Ltd. Menandatangani Persetujuan Francais Langsung untuk Tanah Besar China dan Hong Kong

RS Components
2013-08-26 13:29 207

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- 

Pemeteraian baharu ini mengiktiraf kepakaran dan jangkauan eDagang RS Components ke dalam tapak pelanggan perindustrian

RS Components, jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), peneraju pengedar perkhidmatan dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah menandatangani persetujuan francais langsung dengan Renesas Electronics (China) Co., Ltd., peneraju penyedia untuk penyelesaian semikonduktor maju. Dengan persetujuan ini, RS Components boleh menyokong pelanggan di Tanah Besar China dan Hong Kong dengan rangkaian penuh produk daripada Renesas, yang boleh didapati untuk penghantaran hari sama.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Bersandarkan kerjasama francais sedia ada di EMEA dan Jepun, pemeteraian baharu ini menonjolkan kepakaran eDagang RS Components yang terbukti dan pengaruh yang semakin meningkat dalam bidang kejuruteraan perindustrian. RS Components akan memperkenalkan produk Renesas baharu seperti himpunan mikropengawal RX, RL & RZ bersama alatan yang menyokong pembangunan dalam bulan-bulan mendatang agar pelanggan seperti para jurutera, penggiat hobi dan pendidik akan mempunyai akses kepada rangkaian peranti Renesas yang menyeluruh terus daripada stok.

Jonathan Boxall, Ketua Global Semikonduktor, RS Components, memberi komen: "Persetujuan ini menunjukkan keyakinan yang dipunyai peneraju pembuat kepada peranan RS Components sebagai rakan kongsi tahap perkhidmatan tinggi. Tambahan lagi, sumbangan kami bukan sahaja terhad kepada pengedaran dipertingkat; malah sumber rekaan dalam talian platform DesignSpark kami memberi manfaat kepada komuniti kejuruteraan kerana mereka boleh melancarkan proses penyumberan produk dan meringkaskan proses rekaan lalu menjimatkan masa dan wang."

"Hubungan kerja rapat dengan RS Components sejak kebelakangan ini telah menjadikan mereka rakan kongsi yang dipercayai dalam perniagaan kami. Langkah seterusnya ini ialah rangsangan untuk rangkaian pengedaran kami dan akan memperluaskan kehadiran kami di rantau ini," kata Keung Hon Ming, Timbalan Pengurus Kumpulan Pemasaran Besar-besaran//Tujuan Am dan Pusat Produk SoC, , Renesas Electronics Hong Kong Ltd (Tanah Besar China & Hong Kong SAR). "Strategi eDagang mereka dan pengetahuan pasaran mendalam serta jangkauan luas mereka sangat penting dalam membantu kami memaksimumkan potensi produk kami."

Persetujuan ini dijangka dapat mengukuhkan perhubungan itu dan membuka peluang dalam pasaran lain untuk RS Components dan Renesas.

Rangkaian produk Renesas yang boleh didapati daripada RS Components boleh ditemui di http://china.rs-online.com/web/ dan http://hongkong02.rs-online.com/web/

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/08/21/20130821202204358546.html )

Tentang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju dunia untuk pengedaran perkhidmatan barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk-produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang meneraju, termasuklah barangan elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrikal dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun dagangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.rs-components.com

Tentang Renesas Electronics (China) Co., Ltd.

Renesas Electronics (China) Co., Ltd ialah syarikat pendanaan tunggal yang ditubuhkan di China oleh Renesas Electronics Corporation (TSE: 6723) dengan perniagaan merangkumi rekaan, pembangunan, penjualan dan sokongan teknikal pelbagai aplikasi. Ia mempunyai syarikat subsidiari di Shanghai, Shenzhen, Chengdu, Dalian, Qingdao, dsb. Renesas Electronics (China) Co., Ltd. menumpukan terhadap penghasilan MCU, yang berada pada kedudukan pertama dunia daripada segi saham pasaran, dan menyediakan sistem LSI, analog serta memperkasakan peranti dan penyelesaian semikonduktor untuk pelbagai aplikasi, seperti barangan elektronik pengguna, barangan elektronik kereta, komunikasi mudah alih, industri dan banyak lagi.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.cn.renesas.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:
Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Hubungan Media:

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E: soochun.tan@rs-components.com
T: +65-6391-5745

Edelman Public Relations
Yvette Yeo
Pengurus
E: yvette.yeo@edelman.com
T: +65-6347-2355

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY OTC:RNECY Tokyo:6723
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Semiconductors Contracts Licensing/marketing agreements