omniture

Open Compute Project (OCP) mengumumkan pelancaran Pusat Pengalaman OCP pertamanya di Asia Tenggara

Open Compute Project Foundation
2021-11-11 04:39 43

SAN JOSE, California, 11 November 2021 /PRNewswire/ -- Singapura kini bakal menempatkan Pusat Pengalaman OCP yang pertama di Asia Tenggara. Beberapa ahli Komuniti OCP telah berganding bahu untuk mewujudkan persekitaran kendiri untuk melihat, menilai dan mengetahui tentang perkakasan OCP Accepted™ dan OCP Inspired™ di sebuah kemudahan yang mendapat pentauliahan OCP Ready™.

Princeton Digital Group’s (PDG) SG1 facility in Singapore, featuring Southeast Asia's first OCP Experience Center.
Princeton Digital Group’s (PDG) SG1 facility in Singapore, featuring Southeast Asia's first OCP Experience Center.

Dianjurkan di kemudahan SG1 Princeton Digital Group (PDG) di Singapura, matlamat Pusat Pengalaman ini ialah untuk berkongsi amalan terbaik seluruh industri bagi teknologi pusat data dan pelayan daripada Komuniti OCP dengan perusahaan Singapura. Ia akan menyediakan ruang untuk penglibatan dan perbincangan strategik tentang cara-cara mempercepat transformasi ke arah infrastruktur yang sangat cekap dan dioptimumkan oleh OCP.

Ahli-ahli OCP yang mengambil bahagian termasuk:

  • Princeton Digital Group (PDG) - penganjur dan pusat data yang mendapat pentauliahan OCP Ready™
  • Rittal - ahli Platinum OCP dan pembekal utama Rak Terbuka OCP
  • Edgecore Networks - ahli Platinum OCP dan penyumbang utama bagi suis rangkaian OCP
  • Murata Manufacturing - ahli Komuniti OCP dan pembekal sistem kuasa
  • MiTAC - ahli Platinum OCP dan pembekal pelayan storan dan pengiraan OCP
  • Wiwynn - ahli Platinum OCP dan pembekal pelayan storan dan pengiraan OCP
  • Samsung - ahli Emas OCP dan pembekal SSD
  • Open Computing Singapore - ahli Komuniti OCP dan pengedar penyelesaian OCP

Pusat Pengalaman ini akan menampilkan Rak Terbuka yang dibekalkan oleh Rittal yang mengandungi pelayan Tioga Pass OCP Accepted™ daripada MiTAC dan Wiwynn, suis rangkaian Edgecore OCP Accepted™ dan rak kuasa Murata. Komuniti ini juga akan menggunakan Pusat Pengalaman ini bagi menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan OCP termasuk bengkel kelestarian dan kejuruteraan perkakasan, sesi reka bentuk pusat data serta pelbagai kursus latihan sumber terbuka.

"Princeton Digital Group teruja atas kerjasama dengan OCP untuk melancarkan Pusat Pengalaman OCP yang pertama di Asia di kemudahan SG1 kami. Sebagai ahli Komuniti OCP, pusat data SG1 PDG juga merupakan kemudahan OCP Ready™ yang pertama di Singapura diiktiraf sebagai OCP Colo Solution Provider™. Kami berharap dapat terlibat dan berkongsi reka bentuk bersumber terbuka dan inovasi terkini OCP di sini iaitu di SG1 kami dengan para pengunjung dan menggalakkan pertumbuhan OCP di seluruh Singapura dan rantau Asia Pasifik," kata Asher Ling, Pengarah Urusan PDG Singapura.

"Kewujudan Pusat Pengalaman OCP ini di Singapura merupakan contoh terbaik tentang kuasa komuniti. Sepanjang tahun lalu, ahli OCP tempatan memberi tumpuan kepada visi untuk menghasilkan inovasi reka bentuk perkakasan OCP yang boleh diskalakan kepada perusahaan Singapura. Kerjasama di rantau ini adalah cemerlang dan Yayasan ini menghargai usaha keras ahli kami serta sumbangan mereka dalam menjadikan Pusat Pengalaman ini suatu kenyataan. Kami kini mempunyai sebuah tempat bagi syarikat-syarikat dari pelbagai saiz untuk melihat, menguji dan menggunakan perkakasan OCP di Singapura," kata Steve Helvie, Naib Presiden Saluran OCP.

Ini hanyalah permulaannya kerana kami menjangkakan pusat ini akan berkembang apabila lebih ramai ahli menyertai dan mempamerkan penyelesaian OCP mereka. Pusat ini terbuka kepada pelawat dari seluruh ekosistem IT, termasuk pengguna akhir dan organisasi sektor awam, pembekal, vendor serta penyepadu sistem.

Sila klik di sini untuk melihat video pendek tentang Pusat Pengalaman OCP di Singapura: Video Pusat Pengalaman OCP.

Kami menggalakkan sesiapa sahaja di rantau ini yang berminat dengan OCP untuk menetapkan janji temu bagi tujuan lawatan, dengan menghubungi ocppdg@opencompute.org.

Tentang Open Compute Project Foundation

Open Compute Project Foundation (OCP) telah dimulakan pada tahun 2011 dengan misi untuk menggunakan manfaat sumber terbuka dan kerjasama terbuka terhadap perkakasan dan meningkatkan kadar inovasi yang berkaitan peralatan rangkaian pusat data, tujuan umum dan pelayan GPU, peralatan dan peranti storan serta reka bentuk rak yang boleh diskala dengan pantas. Model kerjasama OCP sedang digunakan melangkaui pusat data ini yang membantu memajukan infrastruktur PINGGIR dan industri telekomunikasi.

Hubungan Media:
Dirk Van Slyke
dirkv@opencompute.org

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1682358/Picture1.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1018821/OCP_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Open Compute Project Foundation
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications