omniture

CGTN: Peng Liyuan gesa majukan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan, wanita

CGTN
2021-11-12 16:25 112

BEIJING, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, telah menyeru usaha yang berterusan bagi membolehkan lebih ramai wanita mendapat pendidikan berkualiti yang menyumbang kepada pencapaian Agenda untuk Matlamat Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Peng, utusan khas bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, bercakap dalam satu temu bual dengan Courier, sebuah majalah unggulan yang diterbitkan oleh UNESCO.

Mengambil maklum bahawa pembasmian kemiskinan dan pencapaian kesaksamaan gender merupakan cita-cita bersama manusia dan aspirasi bersama wanita di seluruh dunia, beliau berkata bahawa melalui usaha tanpa henti, China telah mencapai matlamat untuk membasmi kemiskinan mutlak, dengan pendidikan menjadi wadah yang amat penting.

"Kita seharusnya lebih berazam untuk menggalakkan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, berusaha bagi memastikan lebih ramai wanita mendapat pendidikan yang berkualiti dan menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030 PBB," kata Peng.

Beliau menyeru semua orang di seluruh dunia untuk saling bekerjasama dan meneroka cara baharu serta bersama-sama menyahut cabaran. "Ketika COVID-19 terus tersebar di seluruh dunia, menjadi hasrat bersama kami agar tiada seorang kanak-kanak perempuan yang harus ditinggalkan," kata beliau.

Peng menegaskan kepentingan inisiatif Masa Depan Pendidikan (Futures of Education) UNESCO, menyatakan bahawa wanita merupakan penggerak yang penting untuk memajukan peradaban manusia dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.

Beliau menyatakan harapan beliau bahawa kerajaan daripada semua negara serta organisasi antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan akan mengambil tindakan yang aktif untuk memperkasa wanita melalui pendidikan, menggalakkan pembangunan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita yang lebih besar dan menyuntik dorongan baharu ke dalam pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk manusia.

Pada tahun 2015, China dan UNESCO menubuhkan secara bersama Hadiah untuk Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hadiah ini terus memberi impak yang positif.

Sebagai Utusan Khas UNESCO untuk Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita, Peng menyatakan kesanggupan beliau untuk terus memenuhi peranan beliau dan China akan terus bekerjasama dengan agensi PBB bagi memastikan kejayaan edisi kedua Hadiah untuk Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita ini.

Tahun ini, ketika UNESCO menyambut ulang tahunnya yang ke-75, Courier menerbitkan edisi khas bagi mengetengahkan cabaran utama yang dihadapi oleh bidang pendidikan di dunia hari ini dan mencadangkan penyelesaian.

https://news.cgtn.com/news/2021-11-10/Peng-Liyuan-urges-advancing-education-for-girls-women-1558G8cnkK4/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Women-related news