omniture

UniPin SEACA 2021 Kembali pada bulan November, Mempersembahkan Pertempuran Pasukan Terbaik Esports Asia Tenggara

UniPin
2021-11-12 16:50 53

JAKARTA, Indonesia, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- Salah satu kejohanan e-sukan campuran dan wanita terbesar di Asia Tenggara, UniPin Southeast Asia Cyber Arena (SEACA) akan kembali pada bulan November ini. Acara siri UniPin SEACA 2021 akan bermula pada 12 hingga 21 November 2021. Acara siri UniPin SEACA 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD46,000 atau RM191,000.

Acara siri UniPin SEACA 2021 akan bermula pada 12 hingga 21 November 2021
Acara siri UniPin SEACA 2021 akan bermula pada 12 hingga 21 November 2021

UniPin SEACA MAJOR 2021 akan menjadi acara kemuncak UniPin SEACA 2021. PUBG Mobile Tournament akan menjadi pentas bagi 32 pasukan e-sukan yang layak dari seluruh SEA untuk bertanding. Malaysia akan diwakili oleh nama-nama besar seperti FANX MY dan RICHIE ANGELS.

Ladies Series SEA Invitational akan dilancarkan dan buat pertama kalinya diadakan dalam siri UniPin SEACA 2021. Moonton's Mobile Legends: Bang Bang Tournament peringkat kelayakan yang diadakan dari Ogos hingga Oktober, terdapat 10 pasukan dari 6 negara yang akan bersaing untuk menang.

UniPin SEACA 2021 juga telah menyediakan SEA Talks. Siri webinar selama 3 hari ini akan menampilkan penceramah antarabangsa seperti Carlos Alimurung, CEO dari ONE Esports; Allan Phang CMO dari Galaxy Racer; dan Harris Hartman, CBO dari EVOS Esports. Acara SEA Talks boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja secara percuma.

"Kami mahu menggabungkan semangat pertandingan daripada kejohanan ini bersama-sama dengan semangat pembangunan ekosistem e-sukan secara keseluruhannya. Itulah sebabnya kami menyediakan kejohanan dan ruang wanita untuk belajar melalui pakar dalam webinar," jelas Debora Imanuella, Naib Presiden Kanan UniPin Community.

Ashadi Ang, Ketua Perhubungan Awam dan Komunikasi Lembaga Eksekutif Esports Indonesia (PB ESI) menghargai konsistensi dalam menganjurkan acara e-sukan di peringkat antarabangsa.

"Kehadiran SEACA sebagai kejohanan profesional yang mampan dan kompetitif adalah isyarat positif untuk pertumbuhan ekosistem e-sukan yang sihat. Semoga di masa akan datang, terlahir lebih banyak atlet sukan Indonesia dan pemimpin daripada acara ini," kata Ashadi.

Maklumat terkini dan butiran lanjut kepada semua siri UniPin SEACA 2021 melalui laman web rasmi, www.seacaexpo.com. Pendaftaran awal di laman web dibuka dari 10 November 2021, untuk mendapatkan akses kepada pertandingan, webinar, dan hiburan lain. Ikuti Instagram rasmi kejohanan lain untuk kemas kini mengenai setiap kejohanan di @seaca.gg atau @unipinladiesseries.

Media Contact: Fildzah Amalia, fildzah.amalia@unipin.com, +62831-4421-2624

Source: UniPin
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Telecommunications Future Events