omniture

Simposium Kerjasama Maritim Global dan Tadbir Urus Lautan 2021: Undang-undang, Ekonomi Biru dan Kerjasama Keselamatan Maritim

National Institute for South China Studies, China
2021-11-12 23:49 488

SANYA, China, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- Simposium Kerjasama Maritim Global dan Tadbir Urus Lautan 2021, diadakan oleh National Institute for South China Studies, China, turut memfokuskan kepada tema yang merangkumi "Kajian Perbatasan mengenai Undang-undang Laut Antarabangsa", "Amalan Tadbir Urus Lautan di Artik", "Kerjasama Antarabangsa untuk Sekuriti dan Keselamatan Maritim di bawah Pengaruh Covid-19" serta "Ekonomi Biru dan Pembangunan Lautan Lestari". Penceramah-penceramah berkongsi pandangan mereka mengenai pelbagai kajian perbatasan mengenai Undang-undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) termasuk peranan UNCLOS dalam rundingan BBNJ dan perkaitan UNCLOS ke atas Antroposen. Perbincangan ini kemudiannya dilanjutkan mengenai kemasukan wilayah dalam operasi mencari dan menyelamat, usaha serantau untuk memerangi pencemaran plastik dan status undang-undang antarabangsa Pengawal Pinggir Laut di bawah panduan UNCLOS dan instrumen undang-undang antarabangsa lain, bagi memudahkan pelaksanaan dan penyelarasan yang lebih baik sekitar rejim UNCLOS yang sedia ada.


Usaha dan mekanisme kolaboratif negara-negara Artik, di peringkat-peringkat yang berbeza selain penglibatan dan kehadiran pemegang kepentingan Artik, dikenali umum sebagai China, Jepun dan Republik Korea dalam hal ehwal Artik turut dibincangkan. Sebagai kesimpulan, pengusaha-pengusaha utama di Artik akan terus saling bekerjasama untuk meningkatkan potensi ekonomi rantau ini dan menyelesaikan konflik sebelum ia muncul tatkala peluang-peluang di Artik terus bertambah kukuh.

Kerjasama antarabangsa untuk sekuriti dan keselamatan maritim di bawah pengaruh Covid-19 telahpun menggamit perhatian yang luas dan topik ini turut dibincangkan secara meluas. Cabaran kritikal yang dihadapi oleh 1.9 juta pelaut dunia termasuk krisis perubahan anak kapal, tiada akses kepada rawatan perubatan dan vaksinasi, memerlukan kerjasama global yang selanjutnya antara organisasi-organisasi antarabangsa dan negara-negara berbeza. Selain itu, di Laut China Selatan, walaupun pandemik menjejaskan interaksi dengan ketara antara negara-negara, kerjasama berhubung sekuriti maritim dan keselamatan maritim khususnya di rantau ini kekal mantap.

Pembangunan ekonomi biru merupakan satu lagi topik yang mendapat perhatian luas. Dalam sesi ini, cadangan yang memberi inspirasi yang berdasarkan kepada kajian lapangan yang kukuh serta pengalaman lanjutan daripada Kawasan Teluk Besar (GBA), negara pulau dan negara serantau diperkenalkan. Hainan, sebagai satu-satunya Pelabuhan Perdagangan Bebas China dan terletak betul-betul di sebelah Laut China Selatan, telah membuat keputusan untuk menyumbang kepada kemakmuran serantau dan untuk menghubungkan dunia dengan lebih baik dengan mendorong pembangunan lautan yang lestari.

Source: National Institute for South China Studies, China
Keywords: Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation