omniture

Barcelona menerajui penerimagunaan humanisme teknologi bagi membincangkan tentang cabaran pendigitalan

Digital Future Society
2021-11-13 03:19 395

BARCELONA, Sepanyol, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- Digital Future Society dan Majlis Bandar Raya Barcelona bersama-sama menganjurkan acara "Humanisme Dalam Era Digital: Sumbangan Bandar" pada 15 November ini di Barcelona; di mana pakar-pakar dan pemimpin berpengaruh akan menilai kesan transformasi digital semasa dalam persekitaran bandar dan membincangkan cara membina peralihan digital yang lebih mampan, saksama dan inklusif yang dapat mengukuhkan hak asasi manusia dalam era digital serta mengutamakan orang ramai dalam penggunaan teknologi.

 

The ethical perspective in the digital transformation would focus of this event
The ethical perspective in the digital transformation would focus of this event

 

Pelbagai sesi pada hari tersebut akan meneroka dan menganalisis beberapa cabaran utama yang timbul akibat transformasi digital dalam bandar, dengan memberi penekanan khusus kepada dua pandangan bertemakan: etika dan Kecerdasan Buatan (AI) serta hak digital. Program ini akan menjadi hos kepada penyuara pendapat antarabangsa yang sangat diiktiraf.

Selain itu, peranan pentadbiran awam sebagai peneraju jurang digital akan menjadi topik yang diketengahkan pada hari tersebut. Pengecualian digital akan dibincangkan dan akan meneroka projek, inisiatif dan pendekatan komuniti dengan slot yang akan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Teknologi Barcelona, Michael Donaldson, New York, John Paul Farmer dan penasihat UNU-EGOV, Morten Meyerhoff.

Program ini juga akan berusaha untuk meneroka penyelesaian tentang cabaran asas yang berkaitan dengan AI. Sebagai contoh, teknologi yang semakin digunakan oleh penjawat awam dan swasta ini tidak boleh diterima pakai tanpa mengambil kira akibat tingkah laku diskriminasi jantina atau kaum yang mungkin berterusan. Untuk berbuat demikian, panel yang dibentuk oleh Werner Stengg dari Suruhanjaya Eropah dan Renata Ávila, Ketua Pegawai Eksekutif Open Knowledge Foundation, akan mempertimbangkan penggunaannya secara beretika dan meneroka cara untuk membimbingnya ke arah peraturan yang memberi kesan. Untuk slot ini, ucap utama bersama Sonia Jorge, Pengarah Eksekutif World Wide Web Foundation, turut diserlahkan.

Dari segi hak asasi digital, peranan bandar-bandar untuk mendekati transformasi digital secara inklusif, selamat dan bertanggungjawab akan dibincangkan oleh barisan panel yang dikendalikan oleh Timbalan Datuk Bandar Barcelona, Laia Bonet dan disertai oleh wakil pentadbiran perbandaran seperti Delphine Jamet (Bordeus); Roos Vermeij (Rotterdam) dan Arnaud Ngatcha (Paris). Dan akhir sekali, teknologi pengecaman muka dan tanggungjawab ke atas penggunaannya akan menjadi sorotan lain bagi sesi perbincangan ini yang akan dikendalikan oleh Melissa Heikkil daripada Politico Europe dengan penampilan Sarah Chander, penasihat kanan dasar bagi European Digital Rights Initiative; Amos Toh, Penyelidik Kanan AI di Human Rights Watch dan Brando Benifei, Ahli Parlimen Eropah (MEP) dan Pelapor bagi Akta AI.

Hubungi: Emily Henleyehenley@tinkle.es - + 34 (0) 661 267 495

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1685982/Digital_Future_Society_Event.jpg?p=medium600

 

Source: Digital Future Society
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications