omniture

Suruhanjaya Diraja AlUla dan UNESCO mengumumkan kerjasama untuk berkongsi warisan budaya Arab Saudi yang kaya kepada dunia

The Royal Commission for AlUla
2021-11-13 06:01 381

- Perjanjian yang ditandatangani di Paris baru-baru ini adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan budaya inklusif UNESCO dan RCU untuk melibatkan diri dengan komuniti tempatan dan seluruh dunia 

- Kerjasama yang baru diumumkan ini bertindak sebagai pelan hala tuju untuk mempamerkan pengenalan Arab Saudi serta warisan fizikal dan keunikan AlUla di peringkat global 

- Kerjasama ini akan menetapkan penanda aras baharu dalam pemuliharaan warisan, pendidikan & pembangunan kapasiti alam semula jadi dan seni kreatif di AlUla 

PARIS, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) hari ini menandatangani kerjasama strategik jangka panjang dengan UNESCO untuk memelihara dan mempromosikan landskap budaya yang mempunyai keunikan semula jadi dan sejarah yang signifikan di Barat Laut Arab Saudi.

UNESCO designated Hegra in AlUla as Saudi Arabia’s first World Heritage Site in 2008
UNESCO designated Hegra in AlUla as Saudi Arabia’s first World Heritage Site in 2008

Ditandatangani di Ibu Pejabat UNESCO di Paris, perjanjian ini mempercepat kebangkitan budaya dan sosioekonomi AlUla yang berterusan dengan terus melindungi tapak bersejarah, semula jadi dan kebudayaannya serta budaya tempatan dengan memupuk pembangunan kapasiti dan pemindahan pengetahuan dengan pakar dari seluruh dunia yang menyertai usaha RCU untuk mengubah AlUla menjadi destinasi penanda aras bagi warisan, alam semula jadi, seni & budaya.

Kerjasama ini ditandatangani oleh YAM Putera Badr bin Abdullah Al-Saud, Gabenor RCU dan Menteri Kebudayaan Arab Saudi dengan Audrey Azoulay, Pengarah Urusan, UNESCO; YAM Puteri Haifa AlMogrin, Duta Besar merangkap Perwakilan Tetap Arab Saudi ke UNESCO dan Amr AlMadani, Ketua Pegawai Eksekutif RCU.

Audrey Azoulay, Ketua Pengarah UNESCO mengisytiharkan: "Hubungan antara Arab Saudi dan UNESCO dibina berdasarkan sejarah yang telah lama yang bermula sejak tahun 1946 apabila Kerajaan tersebut menjadi Negara Anggota Organisasi ini. Hari ini, kerjasama antara UNESCO dan Kerajaan Arab Saudi mengorak satu lagi langkah penting ke hadapan dengan hasrat untuk mengiringi transformasi besar-besaran wilayah AlUla."

YAM Putera Badr bin Abdullah Al-Saud, Gabenor RCU merangkap Menteri Kebudayaan Kerajaan Arab Saudi berkata: "Visi Duli Yang Teramat Mulia Putera Mohammed bin Salman, Putera Mahkota Arab Saudi adalah untuk mengubah AlUla menjadi destinasi warisan, alam semula jadi, seni & budaya global. Pemeteraian perjanjian pertama seumpamanya ini merupakan satu lagi detik penting dalam perjalanan kami ke arah mencapai cita-cita ini dan membina hubungan berkekalan yang telah wujud antara Arab Saudi, RCU dan UNESCO. Sejajar dengan rancangan Wawasan 2030 Arab Saudi dan Matlamat Pembangunan Lestari PBB, kerjasama ini akan menghubungkan masa lalu, masa kini dan masa depan AlUla dengan memanfaatkan kehebatan pendidikan, sains dan kebudayaan untuk bertindak sebagai pemangkin bagi model pembangunan lestari dan perubahan yang berpanjangan."

YAM Puteri Haifa AlMogrin, Duta Besar merangkap Perwakilan Tetap Arab Saudi ke UNESCO berkata: "Kerajaan Arab Saudi menempatkan beberapa tapak warisan yang paling unik dan penting dari segi budaya dan AlUla merupakan yang paling ikonik dan memberi inspirasi. Sebagai sebuah institusi global yang meraikan dan melindungi kepelbagaian budaya dan warisan, UNESCO akan memainkan peranan penting dalam membantu memajukan komitmen RCU untuk memenuhi potensi wilayah AlUla, penduduk, mercu tanda dan persekitaran semula jadinya melalui pelbagai program pembangunan dan ekonomi yang mencerminkan Wawasan Arab Saudi 2030 dan usaha UNESCO ke arah Pembangunan Lestari."

Amr AlMadani, Ketua Pegawai Eksekutif RCU berkata: "Kerjasama dan gabungan yang saling menguntungkan ini penting kepada strategi kami dan menunjukkan dialog yang terbuka dan menarik yang mengukuhkan status warisan AlUla serta menggambarkan kemampuan budaya sebagai jentera yang menggerakkan pembangunan jangka panjang dan lestari. Penjajaran RCU, UNESCO dan Wawasan 2030 Arab Saudi ini memperkasa pertumbuhan, memupuk pertukaran intelektual, budaya dan saintifik serta membolehkan kepintaran berkembang pada skala global yang selaras sepenuhnya dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari PBB. Motif kami untuk melindungi dan mengembangkan AlUla adalah untuk membantu membawanya ke persada dunia, membina pengetahuan bersama, mengembangkan pemahaman tentang masa lalu AlUla dan membina harapan masa depannya dengan menjadikannya sebagai destinasi terkemuka global untuk para pelawat dan penduduk, melalui kerjasama dengan UNESCO."

AlUla menceritakan kisah tentang sejarah umat manusia sejak 200,000 dahulu. Ia pernah menempatkan tamadun purba termasuk Dadanti, Lihyani dan Nabati yang masing-masing meninggalkan kesan yang kekal di kawasan tersebut dan kebanyakannya dipelihara dalam makam-makan besar yang diukir pada gunung.

Kerjasama ini akan menyaksikan pelaksanaan inisiatif berasaskan pengetahuan untuk mengubah landskap budaya, warisan dan alam semula jadi AlUla secara lestari dan bertanggungjawab serta menjadikan kawasan barat laut Arab Saudi yang luas ini sebagai muzium hidup terbesar di dunia.

Pembangunan AlUla akan menjadikannya sebagai destinasi yang unik kepada penduduk tempatan yang kaya dengan budaya yang diberi kuasa untuk berinteraksi dan memberi inspirasi kepada para pengunjung melalui penceritaan bermaklumat.

Ahli akademik terkemuka dari seluruh dunia akan dijemput untuk meneroka AlUla melalui peluang menarik yang direka cipta untuk mengungkap rahsia bahasa dan masyarakat purba yang diperolehi dari semasa ke semasa di AlUla.

RCU akan bekerjasama dengan UNESCO dan pakar global dalam program utama termasuk:

  • Memory of the World yang tertumpu kepada pemeliharaan dokumentari warisan.
  • UNESCO-Kingdoms Institute Fellowships Programme bertujuan untuk menyelidik, memelihara, mempromosi dan menurunkan warisan. 

AlUla yang merupakan permata mahkota warisan Arab Saudi, ialah sebahagian daripada rancangan Wawasan 2030 Kerajaan untuk mengungkap potensinya yang besar dalam sektor budaya, pelancongan dan ekonomi. Agenda Pembangunan Lestari UNESCO dan Wawasan 2030 ini diselaraskan secara strategik untuk mempromosikan pendidikan, budaya dan sains sebagai platform yang hebat untuk merangsang peluang ekonomi, penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan.

Kerjasama baharu yang akan berlangsung selama lima tahun akan datang dan memberi tumpuan kepada 10 program ini merangkumi penyenaraian tapak semula jadi dan budaya yang baharu di bawah taksonomi UNESCO untuk melindungi dan mempromosikan warisan tempatan serta landskap dan ekosistem semula jadi. Sektor utama yang akan membentuk matlamat ini termasuk pemuliharaan warisan, pendidikan dan pembinaan kapasiti, alam semula jadi dan seni kreatif, dengan penduduk tempatan sebagai penerima pembangunan AlUla yang utama.

AlUla yang membantu mengungkap potensi, pengetahuan dan budaya unik yang telah lama terpendam dan membentuk identiti dan warisan Arab Saudi ini akan bertindak sebagai makmal model pembangunan dan amalan pemuliharaan lestari sambil turut membolehkan UNESCO meningkatkan jejaknya di rantau ini.

Perjanjian ini dibina berdasarkan sejarah kerjasama yang panjang antara Arab Saudi dengan UNESCO yang bermula sejak tahun 1946 apabila Kerajaan tersebut menjadi salah sebuah daripada 20 buah negara yang meratifikasi perlembagaan UNESCO. Tahun demi tahun, hubungan ini terus berkembang dan meningkat secara dua hala; UNESCO menetapkan Hegra di AlUla sebagai Tapak Warisan Dunia Arab Saudi yang pertama pada tahun 2008, Kerajaan Arab Saudi menjadi ahli Jawatankuasa Eksekutif UNESCO pada tahun 2019 dan telah dipilih sebagai Jawatankuasa Intangible Cultural Heritage UNESCO buat kali pertama pada tahun 2020.

Nota kepada editor:
Ia sentiasa dieja sebagai AlUla / bukan Al-Ula

Tentang Suruhanjaya Diraja AlUla
Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) ditubuhkan oleh dekri diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, sebuah wilayah yang mempunyai alam semula jadi yang luar biasa dan budaya yang signifikan di barat laut Arab Saudi. Pelan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, lestari dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang mengekalkan warisan semula jadi dan bersejarah di kawasan ini serta menjadikan AlUla sebagai lokasi yang menarik untuk didiami, bekerja dan dilawati. Ini mencakupi pelbagai inisiatif yang merangkumi arkeologi, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan seni yang mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan dari program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

Tentang UNESCO
UNESCO ialah Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia bertujuan untuk membina keamanan melalui kerjasama antarabangsa dalam Pendidikan, Sains dan Kebudayaan. Program UNESCO menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari yang ditakrifkan dalam Agenda 2030, yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 2015.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1684360/AlUla_Image_of_Hegra.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1684361/AlUla_Signing_of_partnership.jpg?p=medium600

HH Prince Badr bin Abdullah Al-Saud, Governor of Royal Commission for AlUla and Minister of Culture of Saudi Arabia, and Audrey Azoulay, Director General, UNESCO sign long-term strategic partnership to preserve AlUla's heritage and accelerate its renaissance
HH Prince Badr bin Abdullah Al-Saud, Governor of Royal Commission for AlUla and Minister of Culture of Saudi Arabia, and Audrey Azoulay, Director General, UNESCO sign long-term strategic partnership to preserve AlUla's heritage and accelerate its renaissance

 

 

 

Source: The Royal Commission for AlUla
Keywords: Art Entertainment Environmental Products & Services Travel Environmental Issues Joint ventures