omniture

Artmarket.com: Berada Pada Kedudukan Sempurna untuk Menjana Hasil Menakjubkan Daripada Pasaran NFT di Artprice-nft.com

Artmarket.com
2021-11-13 22:03 266

PARIS, 13 November 2021 /PRNewswire/ -- Menurut thierry Ehrmann, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Artprice and Server group, "Sejak tahun 1987, kumpulan kami telah membangunkan kesahihan yang tiada tandingan bukan sahaja pengetahuan tentang pasaran seni malah pengetahuan dari dimensi sibernya. Sesungguhnya, melalui kesetiaan kami terhadap sebab-sebab wujudnya kami, kami telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan sisi digital pasaran seni, terutamanya dengan menguraikan serta menjelaskan pasaran bersejarah yang bersifat samar-samar ini."

Artprice-nft.com
Artprice-nft.com

Artprice oleh Metaverse Artmarket akan menjadi destinasi mengagumkan bagi para pengumpul dan peminat seni digital berdasarkan pemilihan NFT yang ketat dan menawarkan pengalaman serta jaminan yang diperlukan untuk ekosistem ini, di mana Artprice dan pemegang saham rujukannya, Groupe Serveur, menjadi peramal rintis Internet sejak tahun 1987. Beberapa kumpulan telah diungkap namanya dalam Time Magazine.

Setelah hampir setahun, Artprice by Artmarket kini menjadi subjek kepada pelbagai tawaran perkongsian, penggabungan, pengambilalihan (sebahagian atau sepenuhnya) secara spontan dalam suasana pasaran yang baru muncul dan agak luas bagi Token Tidak Sepiawai. NFT (sebagaimana yang dikenali) ialah koleksi produk digital yang disimpan pada rantaian blok.

Pedagang NFT secara semula jadinya, inginkan kredibiliti tambahan dan logik penciptaan nilai yang khusus untuk pasaran seni dalam talian. Dan pastinya, mereka ingin mencari seniman yang telah dikenal pasti berdasarkan prestasi pasaran mereka serta pembeli dan penjual yang mempunyai kedudukan kewangan yang mantap dan berkelayakan.

Secara ringkasnya, para seniman utama ini akan mendapat manfaat yang besar daripada bantuan dan sokongan Artprice sebagai Peneraju Dunia dalam Maklumat Pasaran Seni dengan ahlinya yang seramai 5.4 juta dan Pasarannya yang diasaskan pada tahun 2005 yang menawarkan lebih 72,000 karya masa nyata dalam talian dan pangkalan data yang meliputi 765,000 orang seniman. Bagi persaingan yang sengit di pasaran NFT, Artprice by Artmarket tampil sebagai penjamin kejayaan global yang ideal.

Untuk memenuhi keperluan mendesak dan penting bagi para pesaing NFT dan peserta pasaran seni lain yang ingin menyertai pasaran seni digital, Artprice by Artmarket sedang menyediakan – seperti yang diumumkan dalam siaran akhbar kewangan terkininya – platform NFT miliknya sendiri yang menyepadukan semua proses dan perkhidmatan perindustrian. Nama domain platform ini telah didaftarkan sebagai artprice-nft.com dan artmarket-nft.com

Pada masa hadapan, Pasaran Standard Artprice boleh menjana pendapatan yang bernilai puluhan juta Euro sekali gus memberi justifikasi untuk permodalan yang sejajar dengan peserta rantaian blok tersenarai baru-baru ini seperti Industri Rantaian Blok Kripto (CBI). Pendapatan ini adalah berdasarkan pada pelbagai item belum bayar yang berulang (dalam mata wang fizikal) yang wujud dalam proses perindustrian yang menjadi asas kepada ekonomi NFT/Rantaian Blok.

Seperti yang telah kita saksikan, terdapat tumpuan media secara besar-besaran terhadap fenomena NFT dan kesemua peserta utama pasaran seni berlumba-lumba menggabungkan NFT ke dalam model ekonomi mereka walau apa pun kosnya, termasuk Christie's dan Sotheby's. Sehubungan dengan itu, Sotheby's baru saja mengumumkan penciptaan platform NFTnya iaitu Sotheby's Metaverse pada 14 Oktober 2021.

Dengan sokongan pelbagai jabatan yang khusus, Artprice by Artmarket telah menjalankan kajian dan analisis yang mendalam ke atas fenomena NFT dan kemudiannya menyedari bahawa bidang ini sebenarnya lebih kompleks daripada yang kita tahu.

Pertama sekali, anda memerlukan pengetahuan tentang Rantaian Blok, suatu bidang yang telah diusahakan oleh Artprice selama beberapa tahun dan telah memperoleh label 'Syarikat Inovatif' sebanyak dua kali serta menerima anugerah daripada Bank Pelaburan Awam (BPI) Perancis.

Dari segi infrastruktur, mana-mana peserta yang berpotensi dalam bidang ini memerlukan ruang yang bersih dan keseluruhan Sistem Operasinya diletakkan dalam mod proprietari. Kemudian, mereka perlu mempunyai pengetahuan yang sangat baik tentang sejarah dan pengurusan mata wang kripto serta sistem Dompet untuk mengelakkan perangkap. Akhir sekali, mereka memerlukan kepakaran dalam sejarah seni khususnya dari segi asal-usul Internet dan budaya siber, untuk mengenal pasti faktor yang membentuk seni halus digital. Jenis pengetahuan yang berbeza ini memerlukan kemahiran secara menegak dan juga melintang.

Dalam pelbagai unjuran dan modelnya, Artprice by Artmarket telah menguji pusat keuntungan yang boleh disahkan dalam keseluruhan proses NFT / rantaian pengetahuan. Ia memberi tumpuan khusus kepada realiti kefungsian dan ekonomi pengendalian platform dengan  penerbit NFT utama dan sisi jual beli NFT pada pasaran sekunder. Usaha besar-besaran telah dibuat untuk mengenal pasti dan membezakan pelbagai item pendapatan yang berulang dan item yang tertakluk kepada ketidaktentuan pasaran, dan telah didedahkan juga bahawa dari segi prinsip perakaunan, aktiviti yang berulang dan yang menjana pendapatan boleh diakses terutamanya dalam mata wang dolar atau euro.

Begitu jelas bahawa peserta utama NFT mengatasi semua peserta utama dalam lapangan mata wang kripto. Mengabaikan gabungan ini adalah suatu kesilapan utama dalam memahami ekosistem ini, yang hanya dikuasai oleh beberapa individu.

Oleh itu, Artmarket.com telah memeriksa dengan teliti jualan utama yang telah menyumbang kepada populariti NFT dan menemui peserta yang sama dalam kedua-dua mata wang kripto dan NFT, dengan NFT menunjukkan jalan keluar mata selain mata wang kripto melalui aset tidak sepiawai. Analisis ini penting kerana ia menyerlahkan kekuatan dan kelemahan para peserta awal dalam dunia kripto.

Jualan karya digital yang pertama di Christie's mempunyai kesan gegaran yang mendorong BEEPLE (alias Mike Winkelmann) – tanpa diketahui oleh mereka yang berada di luar bidang seni digital – ke tempat ketiga pada podium keputusan lelongan bagi kategori seniman bebas, selepas Jeff Koons dan David Hockney. Selepas jualan Everydays: The first 5000 Days yang memecahkan rekod, fail digital dalam format JPEG yang dinilai pada harga $69.3 juta pada 11 Mac 2021, seni digital perlu dianggap sebagai kreativiti semasa yang amat lumayan nilainya.

Tujuan pembelian Everydays: The first 5000 Days bernilai $69.3 juta ini oleh dua orang usahawan dari India adalah untuk menzahirkan 'kesaksamaan' antara semua negara di seluruh dunia dan menunjukkan bahawa pembelian karya seni bukan suatu bidang yang hanya dipelopori oleh para pengumpul di Barat. Kesaksamaan ini 'didayakan' oleh kemunculan mata wang kripto, situasi logik untuk kedua-dua individu ini yang bernasib baik melalui pembelian Ethereum, satu daripada beratus-ratus mata wang kripto yang diedarkan di seluruh dunia.

Satu lagi cabang penyelidikan Artprice dalam pasaran NFT adalah fokusnya terhadap dimensi undang-undang dan ia menyimpulkan bahawa bidang tersebut menimbulkan sejumlah besar persoalan undang-undang yang hanya boleh dijawab oleh beberapa orang peserta yang luar biasa (seperti Artprice).

Satu contoh berkaitan dengan undang-undang harta intelektual: semua orang bersetuju bahawa pelbagai transaksi yang melibatkan karya seni NFT merekodkan surat ikatan hak milik dengan jelas; namun, bagaimana pula dengan hak cipta, hak patrimoni, hak moral, hak pengeluaran semula dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan isu utama NFT. Artprice, melalui kepakaran dan pengalamannya dalam bidang ini, boleh bertindak balas terhadap kekurangan ini dengan mewujudkan hubungan yang sewajarnya antara NFT dengan Pasaran Seni Fizikal.

Di ADAGP (persatuan pengumpulan dan pengedaran hak cipta dalam bidang grafik dan seni plastik Perancis), yang menyaksikan Artprice by Artmarket sebagai salah satu penyumbang utama, NFT telah menjadi subjek yang diteliti secara ketara dan wajar. Menurut pengarah undang-undangnya Thierry Maillard, "Penting untuk memastikan hubung kait antara NFT dengan seniman serta benefisiari seniman yang sah, bagi menstruktur amalan ini dan memberi tanggungan kepada pihak ketiga yang dipercayai". Kesemua pemerhatian ini menjurus ke arah Artprice dengan jelas kerana Artprice sudah pun mempunyai kepakaran, infrastruktur dan pengetahuan yang diperlukan untuk menangani isu-isu yang rumit dan sensitif seperti ini.

Selain itu, menurut Blanche Sousi, Profesor Emeritus di University of Lyon 3, Pemegang Kerusi Jean Monnet dalam Undang-undang Perbankan dan Kewangan Eropah, Pengarah Kehormat Institut Undang-undang dan Ekonomi Perniagaan serta ahli Jawatankuasa Saintifik Institut Art et Droit yang dianggotai oleh Artprice, penerbitan NFT utama mesti mematuhi peruntukan Kod Monetari dan Kewangan (aset digital dalam undang-undang Perancis atau aset Kripto dalam undang-undang Eropah) .

Akhir sekali, tentang kelahiran gerakan seni baharu, kami menyokong analisis ahli sejarah seni Michael Maizels yang mengatakan: 'Saya seorang pakar sejarah seni yang telah menjalankan penyelidikan meluas tentang evolusi 'seni terkini' di pasaran. Saya boleh beritahu anda bahawa pentakrifan berdasarkan generasi kini sedang berlaku pada NFT.'

Pada tahap pengendalian isu seperti ini, pengetahuan yang kukuh tentang budaya siber dan interaksinya dengan pasaran seni selama hampir empat puluh tahun diperlukan, semua ini dilakukan agar ia dapat menentukan kemunculan artis Kontemporari baharu yang kerja-kerja NFTnya menarik minat para pengumpul baharu.

Walaupun terdapat sensasi media yang berkisar tentang NFT, penting untuk mengenal pasti pelbagai bidang pengetahuan yang berbeza (yang hanya boleh diperoleh dari semasa ke semasa) yang diperlukan untuk memastikan aktiviti yang berkesan dan menguntungkan dalam sektor ini. Sesudah itu, Pasaran NFT boleh ditubuhkan dan memperoleh hasil yang berulang dan sangat menguntungkan yang akan dijana oleh pasaran ini dalam bentuk mata wang fizikal (iaitu Euro / Dolar) untuk melindungi nilai risiko pertukaran kripto dan sistem percukaian yang secara jelasnya, masih dalam peringkat 'usaha yang sedang dijalankan'.

Maka, dari sisi permintaan, pelanggan global Artprice akan bersedia untuk mengambil risiko sebaik sahaja mereka merasakan bahawa urus niaga mereka selamat, manakala dari sisi penawaran, Artprice yakin ia boleh menarik para seniman untuk menghasilkan NFT mereka pada pasaran terbitan utama.

Dalam pasaran seni yang lebih luas, kini jelas bahawa semua pengendali utama merasakan terdapat keperluan penting untuk menentukan asas kelayakan mereka pada data makro dan mikroekonomi dengan analisis pasaran yang tepat. Jenis kelayakan ini secara tepat menjelaskan perkara yang boleh dibawa oleh Artprice by Artmarket kepada mereka melalui peranannya sebagai Peneraju Global dalam Maklumat Pasaran Seni selama hampir 25 tahun - melalui laporan, indeks, graf dan data (yang digunakan oleh lebih 7,200 media cetak dan digital).

Keyakinan terhadap NFT hanya dapat diperolehi daripada peserta yang telah memantau dan menguasai ekonomi pasaran seni dengan perkembangannya secara eksponen sejak tahun 2000 (peningkatan perolehan sebanyak 2,700% dalam bidang seni Kontemporari).

Artprice by Artmarket menganggap bahawa seni digital menunjukkan peralihan paradigma tanpa sebarang keraguan. Walau bagaimanapun, ia juga menganggap bahawa hanya beberapa peserta unik yang dapat menawarkan rantaian proses dan perkhidmatan industri yang bersepadu dan koheren dengan persekitaran undang-undang, serta analisis ekonomi dan kewangan yang betul, dan pastinya, jenis pedagogi pelanggan yang betul yang sangat penting untuk menimbulkan keyakinan dalam Metaverse ini (versi masa depan Internet yang dimulakan oleh visi Neal Stephenson pada tahun 1992 dalam dunia punk siber pascaapokaliptik 'Snow crash').

Artprice by Artmarket dapat menunjukkan protagonis sebenar budaya siber yang terpendam dalam dunia digital, jauh lebih awal daripada yang lain. Artprice dan Groupe Serveur, pemegang saham utamanya, memikirkan wawasan tentang kelahiran dunia baharu ini pada tahun 1987.

Artprice by Artmarket beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkenal di dunia yang mengurus Demeure du Chaos / Abode of Chaos (dixit The New York Times) dan disebut dalam kesusasteraan sejarah seni sebagai salah satu rujukan terpenting dalam dunia punk siber pascaapokaliptik (yang menjadi topik perbincangan lebih 3,600 laporan media dalam tempoh 21 tahun). Muzium Seni Kontemporari, Demeure du Chaos / Abode of Chaos merancang untuk menerbitkan beribu-ribu NFT daripada pengarang tunggalnya, thierry Ehrmann, seorang seniman/pengukir dan pengasas kumpulan Artprice and Server group (pautan ke biografi dalam Who's Who France).

Biographie_nov2020_WhosWho_thierryEhrmann.pdf 

Anjakan paradigma yang diwakili oleh kemunculan NFT mencadangkan bahawa usaha pentakrifan badan / pihak berkuasa / institusi / pakar yang akan muncul sebagai autoritatif dalam hal penciptaan seni digital dan takrifan nilai kognitif karya seni digital ini akan memakan selama masa beberapa dekad. Artprice by Artmarket adalah antara segelintir peserta luar biasa yang berkelayakan untuk terlibat dalam komitmen sedemikian.

Artprice by Artmarket akan memilih senimannya dan karya NFT daripada Pasarannya untuk menyampaikan wawasan seni digital.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Artprice by Artmarket, platform NFT yang paling popular dalam kalangan para seniman ialah OpenSea, SuperRare, Nifty Gateway, Rarible, Known Origin, Hic et Nunc (yang paling kurang menggunakan tenaga).

Sila baca juga lelongan seni Kontemporari yang dipacu NFT (laporan Artprice) (AFP) 2021

Jualan dalam talian kini merupakan sebahagian daripada strategi pusat lelongan. Christie's, Sotheby's dan Phillips telah menghentikan lebih separuh daripada operasi mereka. Tetapi ini bukan perkara utama; pusat lelongan di seluruh dunia secara keseluruhan pada masa ini, mencakupi 41% bahagian pasaran dalam talian untuk tahun 2021. Satu langkah baharu telah diambil secara jelas dengan kemunculan NFT yang hebat ini.

Menurut Laporan Tahunan Pasaran Seni Kontemporari Artprice yang diterbitkan pada Isnin lalu, lelongan seni Kontemporari mencapai tahap perolehan yang tertinggi dalam sejarah, mencecah nilai $2.7 bilion antara tahun 2020-2021 (hujung Jun hingga permulaan Julai), melalui rangsangan NFT serta lelongan dalam talian.

Bagi Artmarket.com, semua pilihan kini tersedia, termasuk hipotesis lain: kerjasama serta-merta dengan platform NFT utama. Ini akan menjana penjimatan masa dan skala ekonomi yang besar yang akan menghasilkan keuntungan kewangan serta merta dengan pendapatan bersih yang meningkat dan akan ditambah kepada kunci kira-kira yang pastinya menguntungkan dan akan menjadi pemacu pertumbuhan yang penting.

Pasaran NFT Artprice by Artmarket® mendapat manfaat utamanya daripada nama domain 'Artmarket.com, Artmarket.net, Artmarket.org' yang secara langsung akan menemukan carian menggunakan istilah Pasar Seni (Art Market dalam bahasa Inggeris). Dengan carian mudah 'art market', 12 hasil langsung tanpa tajaan yang teratas daripada 3.33 bilion hasil pada Google.com didorong ke pangkalan data Artprice by Artmarket.

Akhir sekali, penting untuk diingat bahawa dengan Artprice dan Cision (PR Newswire), Pasaran Artprice by Artmarket akan mendapat manfaat daripada agensi akhbar pertama yang dikhususkan untuk maklumat Pasaran Seni: Artpress agency® ialah agensi akhbar yang ditubuhkan pada tahun 1999 dan dimiliki secara 100% oleh Artprice, Peneraju Dunia dalam Maklumat Pasaran Seni.

Sejak 120 tahun yang lalu, Cision telah membina rangkaian globalnya secara beransur-ansur untuk menyebarkan maklumat / berita yang diiktiraf oleh lebih 100,000 pelanggan terkemuka di pasaran kewangan.

Cision ialah peneraju dunia dalam perisian Perhubungan Awam (PR) & Pengaruh serta penyelidikan media.

Dengan pangkalan data yang mengandungi seramai 1.6 juta wartawan dan organisasi media, Cision menyampaikan maklumat kualitatif tentang informasi harian yang dijana oleh Artprice by Artmarket dengan menyasarkan 450 juta penduduk melalui agensi akhbarnya Artpress Agency, dalam bahasa ibunda setiap negara di lima buah benua.

Perjanjian ini merupakan hasil langsung daripada hubungan jangka panjang selama dua dekad antara Artprice dengan Cision, dua peneraju yang berpengaruh dalam pasaran masing-masing.

Hak Cipta 1987-2021 thierry Ehrmann www.artprice.com  - www.artmarket.com 

Tentang Artmarket:

Artmarket.com disenaraikan di Eurolist oleh Euronext Paris, SRD Long Only dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Terokai Artmarket dan jabatan Artprice dalam video ini: www.artprice.com/video

Artmarket dan jabatan Artpricenya telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutif, thierry Ehrmann. Artmarket dan jabatan Artpricenya dikawal oleh Groupe Serveur, yang ditubuhkan pada tahun 1987.

Lihat biografi bertauliah di Who's who ©:
https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2021/06/Biographie_nov2020_WhosWho_thierryEhrmann.pdf

Artmarket ialah peserta global dalam Pasaran Seni bersama-sama dengan jabatan Artpricenya, peneraju dunia dalam pengumpulan, pengurusan dan penerokaan maklumat pasaran seni masa kini dan masa lalu dalam bank data yang mengandungi lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan dan meliputi lebih 770,000 orang seniman.

Artprice Images® membenarkan akses tanpa had ke bank imej Pasaran Seni terbesar di dunia: tidak kurang daripada 180 juta imej digital fotografi atau penghasilan semula karya seni ukiran dari tahun 1700 hingga ke hari ini yang diulas oleh pakar sejarah kesenian.

Artmarket dengan jabatan Artpricenya mengumpul data secara tetap daripada 6,300 Pusat Lelongan dan menghasilkan maklumat Pasaran Seni utama untuk akhbar-akhbar utama dan agensi media (dengan 7,200 penerbitan). 5.4 juta ('log masuk ahli' dan media sosial) penggunanya mempunyai akses kepada iklan yang disiarkan oleh ahli lain, sebuah rangkaian yang hari ini mewakili Global Standardized Marketplace® yang terkemuka untuk membeli dan menjual karya seni pada harga tetap atau harga bidaan (lelongan dikawal selia oleh perenggan 2 dan 3 Artikel L 321.3 Kod Komersial Perancis).

Artmarkets dengan jabatan Artpricenya, telah dianugerahkan label "Syarikat Inovasi" peringkat Negara oleh Bank Pelaburan Awam (BPI) (untuk kali kedua dalam bulan November 2018 bagi tempoh baharu selama 3 tahun) yang menyokong syarikat tersebut dalam projeknya untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pemain global dalam pasaran seni.

Laporan Pasaran Seni Kontemporari Artprice 2020/21 oleh Artmarket.com:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2021

Laporan Pasaran Seni Global Artprice by Artmarket 2020 diterbitkan pada bulan Mac 2021:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2020

Indeks siaran akhbar yang disiarkan oleh Artmarket dengan jabatan Artprice:
serveur.serveur.com/pressreleaseen.htm

Ikuti semua berita Pasaran Seni dalam masa nyata dengan Artmarket dan jabatan Artprice di Facebook dan Twitter:

www.facebook.com/artpricedotcom/ (lebih 5.4 juta pengikut)

twitter.com/artketdotcom 

twitter.com/artpricedotcom 

Terokai keajaiban dan dunia Artmarket dan jabatan Artpricenya di https://www.artprice.com/video yang beribu pejabat di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkemuka, "The Abode of Chaos" (dixit The New York Times): https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013

L'Obs - The Museum of the Future: https://youtu.be/29LXBPJrs-o

www.facebook.com/la.demeure.du.chaos.theabodeofchaos999 

(4.4 juta pengikut)

https://vimeo.com/124643720 

Hubungan untuk Artmarket.com dan jabatan Artprice - Sila hubungi: Thierry Ehrmann, ir@artmarket.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1683484/Artmarket_NFT_bill.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1009603/Art_Market_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Artmarket.com
Related Stocks:
Berlin:AJP Bloomberg:PRC@FP Dusseldorf:AJP Euroclear:7478 EuronextParis:PRC Frankfurt:AJP ISIN:FR0000074783 LSE:0DM3 RICS:ARTF RICS:ARTF.PA Stuttgart:AJP
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet