omniture

CGTN: Bagaimana CPC mendapat kekuatan daripada sejarah untuk memulakan perjalanan baharu

CGTN
2021-11-15 11:23 104

BEIJING, 15 November 2021 /PRNewswire/ -- Sejak penubuhannya 100 tahun yang lalu, the Parti Komunis China (CPC) telah memimpin China untuk meraih pencapaian yang sangat besar di dalam negara dan memberi sumbangan penting kepada keamanan dan pembangunan global.

Mengapa Parti ini berjaya pada masa lampau? Bagaimana ia dapat terus mencapai kejayaan pada masa depan? CPC mengadakan mesyuarat berprofil tinggi mulai 8 hingga 11 November dan menjawab soalan-soalan tersebut melalui resolusi penting.

Resolusi mengenai pencapaian utama dan pengalaman bersejarah daripada 100 tahun usaha CPC telah diterima pakai di sidang pleno keenam Jawatankuasa Pusat CPC ke-19 pada hari Khamis, menurut kenyataan sesi ini. Bagi pihak Biro Politik Jawatankuasa Pusat CPC, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat CPC Xi Jinping, juga merupakan presiden Cina, menjelaskan mengenai draf resolusi ini semasa sesi ini.

Mengapa sekarang masanya untuk CPC mengkaji semula sejarahnya

Apabila melawat sebuah pameran mengenai sejarah CPC pada bulan Jun, Xi menegaskan bahawa "sejarah Parti ini merupakan buku teks yang paling jelas dan meyakinkan."

Beliau berkata perlu untuk belajar dan mengkaji semula sejarah Parti ini, meneruskan pengalaman berharganya, mengingati perjalanan perjuangannya, menggalas misi bersejarah dan mendapatkan kekuatan daripada sejarahnya untuk mara ke hadapan.

Resolusi pada hari Khamis ini merupakan yang ketiga mengenai isu sejarah Parti ini, selepas Resolusi mengenai Isu-isu Tertentu dalam Sejarah CPC dikeluarkan pada tahun 1945 dan Resolusi mengenai Soalan-soalan Tertentu dalam Sejarah CPC sejak Penubuhan Republik Rakyat China (PRC) diterima pakai pada tahun 1981.

Berucap di sidang media pada pagi Jumaat mengenai pengenalan kepada prinsip-prinsip panduan sidang pleno, Wang Xiaohui, timbalan pengarah eksekutif Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat CPC berkata Parti dan negara ini telah berkembang dengan pesat terutamanya sejak 40 tahun yang lalu dan teori serta amalan Parti ini turut berkembang dengan pesat, lantas memerlukan kajian semula.

Beliau turut menyatakan bahawa memandangkan isu-isu penting berkenaan benar dan salah dalam sejarah Parti ini secara dasarnya telah diselesaikan oleh dua resolusi bersejarah yang pertama, resolusi baharu ini dengan tumpuannya untuk meringkaskan mengenai pencapaian penting dan pengalaman bersejarah daripada 100 tahun usaha Parti adalah selari dengan realiti, kondusif untuk menggalakkan perkembangan kebijaksanaan, perpaduan, keyakinan dan motivasi Parti dan perlu sebelum memulakan perjalanan baharu untuk membina sepenuhnya sebuah negara sosialis moden yang hebat.

Apa yang ditonjolkan? 

Melihat daripada kenyataan sesi ini, selain daripada perkataan dan rangkai kata seperti "China" dan "Parti Komunis China," "sosialisme dengan ciri-ciri Cina" menonjol dengan 28 sebutan.

Presiden Cina telah menyifatkan "sosialisme dengan ciri-ciri Cina" sebagai satu-satunya laluan yang tepat untuk merealisasikan penggiatan semula negara.

"Sebagaimana kami telah menegakkan dan membangunkan sosialisme dengan ciri-ciri Cina dan memacu kemajuan yang diselaraskan dari segi material, politik, budaya-etika, sosial dan ekologi, kami telah mempelopori laluan Cina yang baharu dan unik ke arah pemodenan dan mencipta model baharu untuk peradaban manusia," kata Xi di majlis yang menyambut ulang tahun keseratus CPC pada 1 Julai lalu.

"Pembangunan" muncul 55 kali, kekal sebagai teras dalam kenyataan ini. Pembangunan ekonomi China telah menjadi lebih seimbang, diselaraskan serta mampan dan Parti ini tekal menggalakkan pembaharuan yang lebih luas dan lebih mendalam secara menyeluruh, seperti yang diringkaskan oleh kenyataan ini.

Xi mengulangi bahawa China tidak akan mengubah azamnya untuk membuka dengan lebih luas pada standard yang tinggi, tidak akan mengubah kesungguhan untuk berkongsi peluang pembangunan dengan seluruh pelosok dunia dan tidak akan mengubah komitmennya terhadap globalisasi ekonomi yang lebih terbuka, inklusif, seimbang dan bermanfaat untuk semua.

Menurut kenyataan ini, resolusi ini turut menyatakan bahawa Parti ini juga aktif membangunkan demokrasi rakyat dalam seluruh proses dan melaksanakan usaha komprehensif untuk menambah baik institusi, standard dan prosedur demokrasi sosialis China.

Konsep membangunkan "demokrasi rakyat dalam seluruh proses" mula digunakan oleh Presiden Xi apabila beliau melawat sebuah pusat sivik di Shanghai pada tahun 2019. Idea ini menyeru untuk membolehkan rakyat Cina mengambil bahagian secara meluas dan berterusan dalam aktiviti-aktiviti politik harian pada semua peringkat termasuk pilihan raya demokratik, perundingan politik, pembuatan keputusan dan pemerhatian.

Apa yang seterusnya untuk CPC? 

Sesi ini turut menyemak semula dan meluluskan resolusi untuk menghimpunkan Kongres Kebangsaan ke-20 CPC dalam separuh kedua tahun 2022 di Beijing.

Wang menjelaskan pada hari Jumaat bahawa kongres ini yang akan diadakan pada waktu yang penting apabila Parti ini memulakan perjalanan baharu untuk membina sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek dan bagi merealisasikan Matlamat Seratus Tahun Kedua, akan menjadi mesyuarat yang sangat penting dan acara yang mempunyai kepentingan politik yang besar baik untuk Parti mahupun negara ini.

https://news.cgtn.com/news/2021-11-12/How-does-CPC-draw-strength-from-history-to-embark-on-a-new-journey--157T3o5W3Oo/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service