omniture

2000-Watt Smart Cities Association, ACTUAL dan Peace Innovation Institute Akan Bekerjasama Dengan Bandar Di Seluruh Dunia Dan Mempercepatkan Peralihan Mereka Kepada Penyahkarbonan

ACTUAL Systems Inc.
2021-11-15 12:49 27

GLASGOW, Scotland, 15 November 2021 /PRNewswire/ -- 2000-Watt Smart Cities Association, ACTUAL dan Peace Innovation Institute at The Hague akan bekerjasama dengan bandar-bandar di seluruh dunia dan membantu mereka mempercepat peralihan mereka kepada penyahkarbonan. Mereka akan memperkenalkan kajian kes pertama pada awal Suku Pertama tahun 2022 untuk dijadikan contoh bagi bandar-bandar di seluruh dunia.

2000-Watt Smart Cities Association, yang dibina berdasarkan 2000-Watt Society ETH Zurich dan pensijilannya di Switzerland dengan 40 buah tapak, menampilkan rangka kerja untuk 2000-Watt Smart Cities di seluruh dunia. GreenCity Zurich yang diilhamkan oleh Presiden persatuan Andreas Binkert, merupakan contoh utama kejiranan kawasan hijau ternyahkarbon pertama di dunia.

Platform ACTUAL memperkasakan pemimpin di seluruh industri untuk bertindak terhadap matlamat ESG mereka dan menetapkan haluan ke arah perubahan sebenar melalui kit peralatan digital yang pertama seumpamanya.

Peace Innovation Institute at The Hague melalui kerjasama antara Peace Innovation Lab di Stanford dan Bandar Raya The Hague yang terletak di titil pertembungan antara reka bentuk tingkah laku, teknologi, inovasi dan perniagaan. Institut ini mengkhusus dalam mewujudkan kerjasama budaya inovasi dan pengajaran merentasi seluruh sempadan.

"Misi Peace Innovation Institute adalah untuk mewujudkan kerjasama yang kukuh melalui rangkaian di seluruh dunia dan kami gembira dapat menyatukan 2000-Watt Smart Cities Association dan ACTUAL," kata Mark Nelson, Pengarah Inovasi bagi Peace Innovation Institute.

"2000-Watt Smart Cities Association berusaha untuk mempamerkan rangka kerja GreenCity Zurich yang dinyahkarbonkan sebagai templat untuk memberi inspirasi kepada bandar-bandar lain di seluruh dunia. Kami teruja untuk mula bekerjasama dengan ACTUAL dan Peace Innovation Institute untuk memenuhi misi ini dan menunjukkan bahawa terdapat laluan yang boleh dilaksanakan untuk bandar-bandar yang ingin mempercepat peralihan mereka kepada penyahkarbonan," kata Andreas Binkert, Presiden 2000-Watt Smart Cities Association.

"Perisian ACTUAL telah mendayakan projek global berskala negara untuk bergerak dengan pantas dan membolehkan organisasi merancang senario dengan cepat serta membayangkan haluan untuk maju ke hadapan buat kali pertama dengan kesan yang positif pada skala besar. Berjuta-juta orang berpindah ke bandar setiap bulan dan usaha ACTUAL adalah penting untuk menunjukkan kesan kehidupan sebenar bagi melakukan pelaburan yang lebih baik sekarang. Kami teruja untuk memulakan kerjasama dengan 2000-Watt Smart Cities Association dan Peace Innovation Institute untuk membantu bandar-bandar memenuhi hasrat komitmen Sifar Karbon yang diumumkan semasa COP26," kata Karthik Balakrishnan, Ph.D., Pengasas Bersama merangkap Presiden, ACTUAL.

SILA HUBUNGI
Frederic Guarino
frederic@fredericguarino.com

 

Source: ACTUAL Systems Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Utilities Environmental Issues