omniture

500 PMKS Terpilih Berkembang Secara Global di UMKM EXPO(RT) BRIlianpreneur 2021 Maya

PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
2021-11-19 23:25 556

JAKARTA, Indonesia, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- Susulan acara yang membuahkan hasil selama dua tahun berturut-turut, Bank Rakyat Indonesia (BRI) melaksanakan UMKM EXPO(RT) BRIlianpreneur 2021 maya, mulai 9-16 Disember 2021, melibatkan 500 PMKS yang terpilih untuk mempamerkan produk mereka secara maya.

BRI presents 500 MSMEs at the MSME EXPO(RT) 2021 event which will be held virtually on 9-13 December 2021
BRI presents 500 MSMEs at the MSME EXPO(RT) 2021 event which will be held virtually on 9-13 December 2021

Sunarso, Presiden Pengarah BRI berkata, "Tahun ini, kami memfokuskan kepada sesi pemadanan perniagaan, menyasarkan lebih 105 pembeli dari 30 negara. Dengan ini, PMKS dapat memperluas jangkauan pasaran mereka ke peringkat antarabangsa dan memenangi pertandingan global ini."

UMKM EXPO(RT) BRIlianpreneur 2021 mempamerkan produk-produk eksport berkualiti tertinggi Indonesia merentas sektor-sektor yang kaya dengan warisan dan budaya Indonesia. Ia merangkumi makanan dan minuman (F&B), fesyen, aksesori dan kecantikan serta hiasan rumah dan kraf. Sektor-sektor ini, terutamanya F&B dan fesyen dijangka memberi sumbangan yang positif terhadap nilai eksport Indonesia yang mana pada bulan Ogos 2021 nilainya mencecah sehingga US$ 20.36 Bilion atau meningkat sebanyak 21.75% berbanding dengan Julai 2021, menurut Central Bureau Statistic[1].

Tahun ini, UMKM EXPO(RT) BRIlianpreneur 2021 akan berlangsung secara dalam talian sepenuhnya menerusi sesi Pemadanan Perniagaan yang dijalankan mulai 13-15 Disember 2021. Setelah berjaya memperoleh 74 kontrak dari 24 negara yang berjumlah US$ 57.5 Juta tahun lalu, BRI bermatlamat untuk membuat sasaran yang lebih jauh tahun ini dengan anggaran urus niaga yang berpotensi mencecah US$ 65 Juta.

Matlamat ini dapat dicapai bersama peserta-peserta terpilih ketika ini termasuk CV Pelangi Nusantara (Pelanusa), industri di rumah yang asalnya bermula sebagai komuniti pembangunan wanita pada tahun 2012. Sejak itu, Pelanusa telah mengeksport produk-produk berkualiti tinggi mereka ke luar negara seperti ke Jepun, Malaysia dan Vietnam.

"BRIlianpreneur telah membolehkan kami memperkasa rangkaian kami dengan lebih 20 kumpulan artisan ternama di seluruh negara ini dengan mengubah penetapan minda kami agar menjadi lebih celik digital. Melalui kraf berasaskan fabrik terbuang kami seperti hiasan rumah, kami ingin memelihara warisan tempatan Indonesia," kata Endahing Noor Suryanti, pemilik Pelanusa.

Satu lagi peserta ialah Mutiara Handicraft, sebuah perniagaan PKS yang dibangunkan untuk memperkasa komuniti kurang upaya. Mereka menghasilkan kraf tampal cantum dan kraf berasaskan bahan buangan seperti alas kaki dan selimut, dengan harga yang kompetitif dan rekaan yang berwarna-warni.

Program ini turut membawakan rancangan bual bicara yang memberi inspirasi daripada pakar dan penceramah ternama; ekspo maya; ekspo 3D; lawatan maya; bengkel DIY; dan Anugerah PMKS.

Untuk menyertai pemadanan perniagaan, bakal pembeli kini boleh mendaftar secara dalam talian dan memuat turun katalog www.brilianpreneur.com/umkm/ 

Untuk butiran lanjut mengenai acara ini dan pendaftaran, sila kunjungi www.brilianpreneur.com.

Source: PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
Related Stocks:
Jakarta:BBRI OTC:BKRKY
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Fashion Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail Future Events