BAD HOMBURG, Jerman, 25 November 2021 /PRNewswire/ -- Fresenius Kabi berbesar hati mengumumkan pemenang program pendidikan JUMPstart mereka yang inovatif dan anugerah geran penyelidikan pada 10 September 2021. JUMPstart ialah inisiatif yang bertujuan untuk memupuk penyelidikan dalam bidang pemakanan parenteral melalui bimbingan, pendidikan dan rangkaian para klinisian dan penyelidik. Geran ini dianugerahkan untuk membantu memajukan penyelidikan baharu berasaskan komuniti dalam bidang pemakanan parenteral untuk membawa perubahan kepada para pesakit yang kritikal.
Pemenang tahun ini ialah Profesor Stefan Schaller M.D. dari Charité – Universitätsmedizin Berlin, Jerman, dengan cadangan beliau yang bertajuk "Memperbaiki metabolisme otot dengan gabungan pengaktifan otot dan penggantian protein." Kajian yang canggih ini bertujuan untuk meneroka kesan penggantian protein sebelum dan selepas mobilisasi awal berasaskan matlamat, dalam fasa akut penyakit yang kritikal. Pengumuman tersebut dibuat ketika Kongres Metabolisme dan Pemakanan Klinikal Persatuan Eropah (ESPEN).
Semasa majlis penganugerahan yang diadakan secara maya ini, Profesor Schaller berkata: "Selepas berusaha menghasilkan cadangan penyelidikan ini untuk suatu tempoh yang lama, saya dan pasukan penyelidikan saya kini teruja dapat menjalankan kajian ini dan saya amat bersyukur dengan geran yang pemurah ini daripada Fresenius Kabi. Saya berpandangan optimis bahawa ujian ini akan memberi kesan kepada terapi pemakanan dalam penjagaan kritikal."
Profesor Schaller mengambil bahagian dalam program ini bersama-sama dengan 18 orang peserta lain dari seluruh dunia, termasuk perwakilan dari Afrika, Asia, Australia, Eropah, New Zealand serta Amerika Utara dan Selatan. Selepas empat sesi latihan, para peserta membentangkan cadangan penyelidikan mereka kepada jawatankuasa saintifik antarabangsa yang bebas yang terdiri daripada lima orang pakar bidang terkemuka: Profesor Mette Berger dari Switzerland; Profesor Olav Rooyackers dari Sweden; Profesor Tim Friede dari Jerman; Profesor Robert Martindale dari USA; dan Profesor Ho-Seong Han dari Korea Selatan. Jawatankuasa tersebut kagum dengan semua cadangan yang berkualiti tinggi dan ini menjadikan pemilihan pemenang begitu mencabar.
Dr. Jos Simons, Naib Presiden Eksekutif Fresenius Kabi mengulas: "Kami benar-benar gembira dapat menganugerahkan geran penyelidikan ini kepada Profesor Schaller. Kedua-dua ahli jawatankuasa saintifik dan Fresenius Kabi berasa kagum dengan cadangan beliau dan kesan positif yang akan dihasilkan terhadap amalan klinikal. Kami sangat teruja untuk menyaksikan Profesor Schaller memulakan kajian klinikal ini."
Ini merupakan geran penyelidikan JUMPstart kedua yang bernilai €250,000. Program pertama dengan 19 orang peserta telah diselesaikan pada tahun 2019, dengan geran yang dianugerahkan kepada pakar diet Lizl Veldsman, dari Tygerberg Academic Hospital di Cape Town, Afrika Selatan.
Dengan program pendidikan dan geran penyelidikan JUMPstart, Fresenius Kabi menyokong generasi pakar klinikal akan datang yang akan menyumbang kepada kemajuan terapi pemakanan pada para pesakit kritikal.
Fresenius Kabi ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan global yang mengkhusus dalam ubat-ubatan dan teknologi penyelamatan nyawa untuk infusi, transfusi dan pemakanan klinikal. Produk dan perkhidmatan syarikat ini digunakan untuk membantu penjagaan pesakit yang kritikal dan kronik. Portfolio produk Fresenius Kabi terdiri daripada pelbagai ubat generik I.V., terapi infusi dan produk pemakanan klinikal yang komprehensif serta peranti untuk menyampaikan kesemua produk ini. Dalam bidang bioserupa, Fresenius Kabi memberi tumpuan kepada penyakit autoimun dan onkologi. Pada tahun 2019, produk bioserupa yang pertama daripada Fresenius Kabi telah dilancarkan. Dalam terapi sel dan perubatan transfusi, Fresenius Kabi menawarkan produk untuk pengumpulan komponen darah dan terapi ekstrakorporeum.
Dengan falsafah korporatnya "Prihatin pada kehidupan", syarikat ini komited untuk menyerahkan hal ehwal ubat-ubatan dan teknologi yang penting kepada individu yang bertanggungjawab membantu pesakit dan mencari penyelesaian terbaik bagi cabaran yang mereka hadapi.
Fresenius Kabi mempunyai kira-kira 40,500 orang pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2020, syarikat tersebut telah melaporkan jualan berjumlah kira-kira €7.0 bilion. Fresenius Kabi AG ialah anak syarikat milik penuh Fresenius SE & Co. Kumpulan penjagaan kesihatan KGaA.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fresenius-kabi.com
Siaran ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan yang tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian. Keputusan masa depan mungkin berbeza secara material daripada yang diterangkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, contohnya perubahan situasi perniagaan, ekonomi dan daya saing, pembaharuan kawal selia, hasil ujian klinikal, turun naik kadar tukaran wang asing, ketidakpastian dalam proses litigasi atau siasatan dan ketersediaan pembiayaan. Fresenius Kabi tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran ini.
Ahli Lembaga Pengurusan: Michael Sen (Pengerusi), Marc Crouton, John Ducker, Dr. Oskar Haszonits, Dr. Christian Hauer, Dr. Michael Schönhofen, Gerrit Steen
Pengerusi Ahli Lembaga Penyelia: Stephan Sturm
Pejabat Berdaftar: Bad Homburg, Jerman
Pendaftaran Komersial: Amtsgericht Bad Homburg - HRB 11654
Emese Kamp
PINK CARROTS Communications GmbH
E-mel: emese.kamp@pinkcarrots.com
Telefon: +49 69 4272614-141
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1693173/Fresenius_Kabi.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1655430/Fresenius_Kabi_Logo.jpg?p=medium600