omniture

CGTN: Persahabatan China-Afrika terus subur berhubung vaksin, perdagangan, tenaga boleh diperbaharui

CGTN
2021-12-01 02:34 143

BEIJING, 1 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Hubungan persahabatan China-Afrika dijangka terus subur tatkala kerjasama dipereratkan lagi dalam pelbagai bidang susulan Persidangan Peringkat Menteri ke-8 Forum mengenai Kerjasama China-Afrika (FOCAC) yang sedang berlangsung, diadakan di Dakar, Senegal.

China akan menyediakan tambahan satu bilion dos vaksin COVID-19 kepada Afrika, menjalankan 10 projek mengenai pembasmian kemiskinan dan pertanian serta melaksanakan lebih banyak program bersama Afrika dalam pelbagai bidang, seperti yang diumumkan oleh Presiden Xi Jinping pada hari Isnin apabila berucap di majlis perasmian mesyuarat ini melalui pautan video.

Menghuraikan mengenai rahsia persahabatan China-Afrika dan memandang ke arah perkembangan masa depan hubungan mereka, beliau menekankan mengenai perpaduan bagi memerangi pandemik, mempererat kerjasama praktikal, menggalakkan pembangunan mesra alam serta melindungi kesaksamaan dan keadilan.

Kerjasama memerangi COVID-19  

"Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan oleh African Union untuk memberi vaksin kepada 60 peratus penduduk Afrika bagi memerangi COVID-19 menjelang tahun 2022, China akan menyediakan tambahan satu bilion dos vaksin kepada Afrika, yang mana 600 juta dos akan diberikan secara percuma," kata Xi.

Semasa waktu yang paling sukar dalam perjuangan China memerangi wabak COVID-19, negara-negara Afrika dan organisasi-organisasi serantau seperti African Union (AU) memberi sokongan padu kepada China. Setelah COVID-19 melanda Afrika, China membekalkan 50 negara Afrika dan AU Commission dengan vaksin COVID-19.

"China tidak akan pernah lupa jalinan persahabatan yang mendalam negara-negara Afrika," kata Xi, menambah bahawa China akan turut menjalankan 10 projek perubatan dan kesihatan untuk negara-negara Afrika dan menghantar 1,500 anggota pasukan perubatan dan pakar kesihatan awam ke Afrika.

Pada awal minggu ini, bangunan utama ibu pejabat yang dibiayai oleh China untuk Africa Centers for Disease Control and Prevention telah siap dari segi strukturnya.

Kerjasama praktikal dalam pelbagai bidang 

China akan bekerjasama dengan Afrika untuk memperluaskan perdagangan dan pelaburan, berkongsi pengalaman dalam pembasmian kemiskinan dan mengukuhkan jalinan kerjasama berhubung ekonomi digital dan tenaga boleh diperbaharui, kata Xi.

China akan menghantar 500 pakar pertanian ke Afrika, bekerjasama erat dengan negara-negara Afrika untuk melaksanakan sembilan projek utama berhubung rawatan kesihatan, pembasmian kemiskinan, perdagangan, pelaburan, inovasi digital, pembangunan mesra alam, pembinaan kapasiti, pertukaran budaya dan keselamatan, tambah beliau.

Sejak penubuhan FOCAC, syarikat-syarikat Cina telah menggunakan pelbagai dana untuk membantu negara-negara Afrika membina dan menaik taraf lebih daripada 10,000 km perkhidmatan kereta api, hampir 100,000 km lebuh raya, hampir 1,000 jambatan dan 100 pelabuhan serta 66,000 km rangkaian penghantaran dan pengagihan kuasa, menurut kertas putih yang bertajuk "China dan Afrika dalam Era Baharu: Perkongsian yang Setara" ("China and Africa in the New Era: A Partnership of Equals") yang dikeluarkan pada hari Jumaat.

Membina komuniti China-Afrika dengan masa depan yang dikongsi bersama 

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 permulaan hubungan diplomatik antara China dan negara-negara Afrika.

Mengalu-alukan semangat persahabatan dan kerjasama China-Afrika, Xi berkata bahawa ia menggambarkan pengalaman kedua-dua pihak dalam berkongsi suka dan duka serta berperanan sebagai sumber kekuatan untuk melanjukan hubungan China-Afrika.

Sepanjang 65 tahun yang lalu, China dan Afrika telah menjalin ikatan persaudaraan yang tidak dapat diputuskan dalam perjuangan menentang imperialisme dan kolonialisme serta memulakan laluan kerjasama yang berbeza dalam perjalanan menuju pembangunan dan penggiatan semula, kata beliau.

"Kami secara bersama telah menulis lembaran yang hebat mengenai bantuan bersama di tengah-tengah perubahan yang rumit dan menunjukkan contoh yang cemerlang bagi membina jenis hubungan antarabangsa yang baharu," kata beliau.

Xi mengemukakan prinsip-prinsip dasar Afrika China: keikhlasan, hasil sebenar, persahabatan dan penuh percaya serta mengusahakan kebaikan yang lebih besar dan kepentingan bersama.

Hasil inisiatif daripada China dan negara-negara Afrika, FOCAC dirasmikan di Persidangan Peringkat Menteri pertamanya di Beijing pada Oktober 2000 dengan matlamat untuk bertindak balas terhadap cabaran yang muncul daripada globalisasi ekonomi dan usaha pembangunan bersama.

Kini, FOCAC mempunyai 55 anggota yang terdiri daripada China, 53 negara Afrika yang menjalin hubungan diplomatik dengan China dan AU Commission.

https://news.cgtn.com/news/2021-11-29/Xi-addresses-opening-ceremony-of-8th-FOCAC-ministerial-conference-15At0m8AIOk/index.html

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Utilities