omniture

JRPG Mudah Alih Ragnarok: The Lost Memories Tersedia untuk Pra-pendaftaran di Google Play dan Apple App Store

Gravity Game Hub
2021-12-01 13:10 41

SINGAPURA, 19 November 2021 /PRNewswire/ -- Gravity Game Hub telah melancarkan pra-pendaftaran untuk permainan mudah alih Ragnarok: The Lost Memories di Apple App Store dan Google Play Store  di seluruh Singapura, Malaysia, dan Filipina. Ragnarok: The Lost Memories, JRPG cerita 'Newtro' Sinematik mudah alih main-percuma merupakan susulan kepada Ragnarok Online, mengembalikan semua nostalgia dan pengalaman permainan klasik kepada anda.

Dalam Ragnarok: The Lost Memories, terokai dunia Midgard dan pilihlah kelas pilihan anda daripada kelas-kelas asal iaitu Swordsman, Thief, Acolyte, Mage, Archer dan Merchant. Pemain-pemain kini boleh menikmati fungsi pertempuran automatik untuk melangkah maju mengikut rentak mereka sendiri sambil menyelesaikan pencarian yang menarik dan melucukan. Dengan sistem kad uniknya, kumpul pelbagai kad untuk watak tugas berbeza yang dapat digunakan dalam pertempuran. Semasa anda melakukan perjalanan sepanjang pencarian, dapatkan watak wira yang baharu dan perolehlah ganjaran untuk naik tahap!

Pra-pendaftaran telah bermula dan ketika jumlah pemain pra-daftar bertambah, pemain boleh meraih pencapaian dan berpeluang untuk memenangi ganjaran hebat seperti iPhone 13 Pro Max, iPad, Xiaomi, Oppo atau AirPods! Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran pra-pendaftaran, anda boleh mengunjungi Laman Sesawang Rasmi.

Tatkala kisah klasik Ragnarok tersingkap, mulakan pengembaraan menarik yang dipenuhi dengan unsur tersembunyi dan pencarian! Ragnarok: The Lost Memories kini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Kini anda boleh menikmati pengalaman RPG 'Newtro' Sinematik pada peranti mudah alih anda!

Latar Belakang Gravity Game Hub 

Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte Ltd ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan kepada permainan dalam talian dan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mewujudkan komuniti yang dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.

Gravity Game Hub ialah subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), pembangun dan penerbit permainan dalam talian dan mudah alih yang beribu pejabat di Korea Selatan. Syarikat ini merupakan pencipta Ragnarok Online yang diiktiraf di seluruh dunia dengan lebih 120 juta pengguna seluruh dunia.

Dibangunkan oleh Gravity NeoCyon Inc, Ragnarok, The Lost Memories ialah permainan main peranan (RPG) 'newtro' sinematik baharu main-percuma 2D yang unik dan revolusioner. Ia akan menjadi permainan pertama yang diterbitkan oleh Gravity Game Hub di rantau ini.

Ragnarok: The Lost Memories kini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi mudah alih Ragnarok: The Lost Memories, anda boleh mengunjungi laman sesawang berikut:

Laman Sesawang Pra-Pendaftaran: https://tlm.gnjoy.asia/
Laman Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/RagnarokTLMSGMYPH
YouTube Rasmi: https://www.youtube.com/c/GravityGameHub 
Kit Media Akhbar: https://bit.ly/ROTLMGGH

Source: Gravity Game Hub
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment New products/services