omniture

TD Securities Terus Melaksanakan Penyelesaian Suade Labs Dengan Jayanya untuk Pelaporan Kawal Selia

Suade Labs
2021-12-01 22:31 59

Firma Teknologi Kawal Selia Suede Labs yang memenangi anugerah dan mengkhusus  dalam automasi pematuhan kawal selia untuk institusi kewangan melalui teknologi moden, telah menambah TD Securities ke dalam portfolio pelanggannya

LONDON, 1 Disember 2021 /PRNewswire/ -- TD Securities bekerjasama dengan Suade untuk melaksanakan penyelesaian pelaporan kawal selia bagi entitinya di Dublin. Selain itu, firma tersebut juga telah melengkapkan syarat-syarat pelaporan MAS 610 dan 1003 untuk entitinya di Singapura. Ia terus memperluas bidang pelaporan kawal selia dan kes penggunaan risiko dengan Suade di seluruh jejak global mereka termasuk SA-CCR.

TD Securities ialah sebuah bank pelaburan dan penyedia perkhidmatan kewangan Kanada yang menawarkan khidmat nasihat dan pasaran modal kepada pelanggan korporat, kerajaan dan institusi di seluruh dunia. Firma ini menyediakan perkhidmatan perbankan korporat dan pelaburan, pasaran modal dan perkhidmatan urus niaga global. Ia merupakan bank pukal kepada TD Bank Group.

Sebagai pelanggan Suade, TD Securities menyedari manfaat penggunaan teknologi baru muncul seperti pemprosesan bahasa semula jadi (NLP), pembelajaran mesin (ML) dan kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh Suade.

Dengan pelbagai entiti yang merangkumi pelbagai bidang kuasa, TD Securities berusaha untuk mengurangkan kerumitan dalam pelaporan dan memastikan konsistensi pelaporan antara entiti secara cekap. Penyelesaian Suade membolehkan TD Securities mencapai matlamat ini dan berhadapan dengan keperluan yang berbeza-beza sambil menyediakan ciri saling kendali dengan sistem yang ada sekarang.

"Pelaksanaan penyelesaian Suade merupakan suatu proses yang lancar," ulas Robert Hooper, Pengarah Urusan Teknologi, TD Securities. "Suade membolehkan kami memisahkan sepenuhnya pemformatan data proprietari vendor tradisional, menyediakan barisan data serba lengkap yang telus sepenuhnya dan membolehkan kami memenuhi peraturan kawal selia baharu dengan cepat dan menjimatkan kos. Tawaran 'Kawal Selia sebagai Perkhidmatan' mereka yang inovatif merupakan faktor utama kami memilih mereka untuk Pelaporan Kawal Selia kami."

Pendekatan Suade terhadap data dan penggunaan teknologinya yang inovatif membolehkan para pelanggannya menghasilkan laporan yang lebih pantas berbanding mana-mana penyelesaian Teknologi Kawal Selia, pematuhan atau pelaporan lain yang ada di pasaran.

Tentang Suade 

Ditubuhkan pada tahun 2014, Suade ialah sebuah firma Teknologi Kawal Selia yang menawarkan Kawal Selia sebagai Perkhidmatan untuk mengautomasikan pematuhan dan pelaporan kawal selia kepada institusi kewangan. Pendekatan dipacu datanya terhadap peraturan serta penggunaan teknologi inovatif seperti pemprosesan bahasa semula jadi dan pembelajaran mesin telah menjadikan Suade terkenal sebagai peneraju global dalam industri ini. Ia telah menerima pelbagai anugerah dan gelaran termasuk diiktiraf sebagai Inovator Global oleh Forum Ekonomi Dunia. Suade mempunyai sistem terpantas di pasaran. Ia memberikan perkhidmatan kepada institusi kewangan di seluruh dunia dan beroperasi di seluruh dunia di pejabat-pejabat merentasi UK, Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Suade. Merapatkan jurang kawal selia melalui teknologi moden - suade.org 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1559440/Suade_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Suade Labs
Keywords: Airlines/Aviation Auto Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Accounting news, issues Contracts Financing agreements Data Analytics Financial Technology