omniture

Nanoracks, Voyager Space dan Lockheed Martin Dianugerahkan Kontrak NASA untuk Membina Stesen Angkasa Lepas Komersial Pertama Seumpamanya

Voyager Space; Nanoracks; Lockheed Martin
2021-12-03 22:19 439

Starlab akan menyandang projek Destinasi Orbit Bumi Rendah Komersial NASA ketika ekonomi angkasa terus berkembang

DENVER, 3 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Nanoracks, dengan kerjasama Voyager Space dan Lockheed Martin [NYSE: LMT], telah dianugerahkan kontrak bernilai $160 juta oleh NASA untuk mereka bentuk stesen angkasa lepas komersial Starlab sebagai sebahagian daripada program Pembangunan Orbit Bumi Rendah (LEO) Komersial agensi tersebut. Starlab akan mendayakan inisiatif NASA untuk merangsang ekonomi angkasa komersial dan menyediakan keupayaan sains dan anak kapal sebelum persaraan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

"Walaupun hari ini menandakan satu pencapaian besar untuk Nanoracks dan pasukan Starlab kami, impaknya jauh melangkaui pembiayaan ini," kata Dr. Amela Wilson, Ketua Pegawai Eksekutif Nanoracks. "Untuk menerima sokongan ini daripada NASA mengesahkan kerja keras Nanoracks selama lebih satu dekad dalam menempa akses komersial ke angkasa lepas, membawa lebih 1300 muatan komersial dari 30 buah negara ke ISS. Peluang ini membukakan kemungkinan yang luas untuk penyelidikan kritikal dan aktiviti perindustrian komersial di LEO.  Kami berbesar hati kerana dipilih sebagai salah satu daripada tiga penerima pembiayaan untuk bekerjasama dengan NASA dan kami tidak sabar untuk membawa pangkalan pelanggan komersial global kami yang sedia ada ke Starlab."

Pembiayaan awal bernilai $160 juta untuk Nanoracks dibuat melalui Perjanjian Akta Angkasa yang dibiayai hingga tahun 2025. Pembiayaan awal yang disediakan oleh NASA ini akan ditambah dengan kemungkinan pra-beli pelanggan dan perkongsian swasta-awam. Dimiliki sepenuhnya oleh Nanoracks, Starlab dirancang untuk mencapai keupayaan operasi awal pada tahun 2027 yang memastikan kehadiran manusia yang berterusan di LEO oleh entiti A.S. NASA akan berpeluang untuk membeli perkhidmatan anak kapal dan muatan di Starlab melalui kontrak perkhidmatan berasingan dengan Nanoracks.

Nanoracks mempunyai pengalaman komersial yang tiada tandingan di ISS. Disertai oleh strategi pelaburan dan kepakaran pelaburan Voyager Space yang canggih dalam integrasi operasi serta pengetahuan kejuruteraan dan wawasan strategik Lockheed Martin, pasukan Starlab membentangkan satu program yang mengagumkan untuk masa depan pengkomersilan LEO.

Unsur asas stesen angkasa Starlab merangkumi prasarana yang boleh kembung yang direka dan dibina oleh Lockheed Martin, sebuah nod dok metalik, sebuah elemen kuasa dan pendorong, lengan robotik yang besar untuk memberikan perkhidmatan kepada kargo dan muatan, serta Taman Sains George Washington Carver (GWC). Taman Sains GWC ialah sebuah sistem makmal tercanggih yang akan menjadi tempat kepada keupayaan penyelidikan, sains dan pembuatan yang komprehensif. Starlab akan mempunyai kapasiti untuk terus menampung sehingga empat angkasawan untuk menjalankan aktiviti sains dan penyelidikan yang penting.

"Starlab ialah gabungan kepakaran dan sejarah angkasa yang berharga Lockheed Martin, inovasi Nanoracks dan kebijaksanaan kewangan Voyager. Pasukan ini dipersiapkan untuk membantu NASA dalam misinya untuk memperluas akses kepada LEO dan membolehkan ekonomi angkasa komersial yang transformatif," kata Lisa Callahan, Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Angkasa Awam Komersial di Lockheed Martin.

Nanoracks akan mengutamakan pembangunan Starlab dengan memanfaatkan pengalaman selama lebih satu dekad sebagai peneroka laluan dan peneraju global dalam penggunaan ISS komersial. Voyager Space, pemegang saham majoriti dalam Nanoracks, akan mengetuai strategi dan pelaburan modal, manakala Lockheed Martin, peneraju dalam membangunkan dan mengendalikan teknologi angkasa yang kompleks, akan bertindak sebagai penyepadu teknikal stesen angkasa termaju yang baharu.

"Impak Starlab terhadap pengkomersialan angkasa tidak boleh diperkecilkan," kata Dylan Taylor, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Voyager Space. "Hari ini kita sedang menyaksikan peralihan ekonomi yang besar, di mana perniagaan angkasa lepas adalah nyata, dipermodalkan dengan baik dan mampan secara komersial. Ia memerlukan sebuah planet untuk meneroka alam semesta dan kami menjemput komuniti global untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan Starlab."

Tentang Nanoracks 

Nanoracks, sebuah anak syarikat Voyager Space, merupakan penyedia perkhidmatan angkasa lepas komersial yang terkemuka di dunia. Nanoracks memiliki dan mengendalikan perkakasan peribadi di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dan telah melancarkan lebih 1,300 eksperimen penyelidikan yang menggunakan lebih 300 buah satelit kecil serta memasang Bishop Airlock. Hari ini, Nanoracks memanfaatkan lebih satu dekad pengalaman untuk membangunkan sistem angkasa lepas komersial baharu sebagai tindak balas langsungnya terhadap keperluan pelanggan. Sistem angkasa ini termasuk menukar peringkat atas kenderaan pelancaran komersial kepada platform sekunder yang berfungsi, membina stesen angkasa baharu yang boleh didiami, membekalkan sistem sendat udara dan infrastruktur perkhidmatan bagi muatan dan anak kapal, dan banyak lagi. Ikuti @Nanoracks di Twitter untuk mengetahui lebih lanjut.

Tentang Voyager Space 

Voyager Space ialah peneraju global dalam penerokaan angkasa lepas. Misi jangka panjang Voyager adalah untuk mewujudkan syarikat NewSpace dagangan awam yang bersepadu dalam pelbagai bidang dan mampu menyampaikan misi angkasa lepas yang dicetuskan oleh manusia. Model pertama dalam industri firma ini disesuaikan secara unik untuk menyokong keperluan pertumbuhan syarikat angkasa lepas komersial dengan menggantikan model permodalan swasta tradisional dengan pendekatan jangka panjang yang menyediakan modal secara tetap. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Voyager Space, sila layari: https://voyagerspace.com/ dan ikuti @VoyagerSH di Twitter.

Tentang Lockheed Martin 

Beribu pejabat di Bethesda, Maryland, Lockheed Martin (NYSE: LMT) merupakan sebuah syarikat keselamatan dan aeroangkasa global yang mempunyai kira-kira 114,000 orang pekerja di seluruh dunia dan pada dasarnya terlibat dalam penyelidikan, reka bentuk, pembangunan, pembuatan, integrasi dan ketahanan sistem teknologi, produk dan perkhidmatan yang canggih. Sila ikuti @LMNews di Twitter untuk segala pengumuman dan berita terkini tentang perbadanan ini.

Pernyataan Berjaga-jaga Berkenaan Pernyataan Berpandangan ke Hadapan 

Siaran akhbar ini mengandungi "pernyataan berpandangan ke hadapan." Semua pernyataan, selain daripada pernyataan fakta sejarah, termasuk pernyataan misi dan strategi pertumbuhan syarikat yang berkenaan dengan Voyager Space Holdings, Inc. ("Syarikat"), adalah "pernyataan berpandangan ke hadapan."  Walaupun pihak pengurusan Syarikat percaya bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah munasabah, ia tidak menjamin bahawa jangkaan tersebut adalah, atau akan, menjadi benar. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini melibatkan banyak risiko dan ketidakpastian, yang boleh menyebabkan keputusan masa depan syarikat berbeza secara material daripada yang dijangkakan.  Potensi risiko dan ketidakpastian termasuk, antara lain, keadaan ekonomi secara am dan keadaan yang mempengaruhi industri Syarikat beroperasi; ketidakpastian keperluan dan kelulusan kawal selia; dan keupayaan untuk memperoleh pembiayaan yang diperlukan mengikut terma yang boleh diterima atau dalam apa jua cara. Pembaca tidak boleh meletakkan sebarang pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini kerana ia melibatkan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui serta faktor-faktor lain yang untuk kes tertentu, berada di luar kawalan Syarikat dan yang mungkin akan memberi kesan secara material terhadap keputusan, tahap aktiviti, prestasi atau pencapaian sebenar. Mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan menggambarkan pandangan semasa Syarikat berhubung peristiwa masa depan dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan andaian lain yang berkaitan dengan operasi, hasil operasi, strategi pertumbuhan dan kecairan. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula pernyataan berpandangan ke hadapan ini secara terbuka, atas apa-apa sebab, atau untuk mengemas kini sebab-sebab keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dijangkakan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini, walaupun jika maklumat baharu tersedia pada masa hadapan.

 

 

 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1585430/Voyager_Logo.jpg?p=medium600

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1701496/Enter_a_title.mp4

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1701495/LM_logo.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1585431/Nanoracks_Logo.jpg?p=medium600

Source: Voyager Space; Nanoracks; Lockheed Martin
Related Stocks:
NYSE:LMT
Keywords: Aerospace/Defense Contracts