omniture

CCTV+: Peng Liyuan sampaikan ucapan selamat kepada pelajar yang menghidap HIV pada Hari AIDS Sedunia

CCTV+
2021-12-04 02:48 509

BEIJING, 4 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Sempena Hari AIDS Sedunia kali ke-34 pada hari Rabu, Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, menyampaikan ucapan selamat beliau kepada pelajar-pelajar di Sekolah Reben Merah Linfen di Wilayah Shanxi utara China, satu-satunya kemudahan yang dibangunkan di negara ini khususnya untuk anak-anak muda yang menghidap HIV/AIDS.

Peng, juga merupakan Duta Muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Tuberkulosis dan HIV/AIDS, menyampaikan ucapan selamat beliau dalam pesanan video kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut yang turut menyambut ulang tahun penubuhan kali ke-10nya pada tahun ini.

Dalam pesanan video beliau, Peng mengimbau kembali kenangan yang beliau kongsikan bersama pelajar-pelajar dan fakulti sekolah tersebut pada dekad yang lalu dan menggalakkan pelajar-pelajar untuk belajar daripada suri teladan di sekeliling mereka dan mewariskan kasih sayang yang diterima oleh mereka selama ini.

"Sepuluh tahun yang lalu, sekumpulan abang-abang dan kakak-kakak yang mengalami nasib malang keluarga yang serupa seperti anda melangkah ke Sekolah Reben Merah ini dengan hati yang hancur, yang dimulakan oleh orang-orang yang baik hatinya. Di sini, mereka membuang rasa hina pada diri sendiri dan memperoleh minda terbuka yang ceria apabila mereka menyingkirkan kelemahan dan kerapuhan diri mereka dan menjadi semakin kuat pada setiap hari yang berlalu. Mereka menjadikan diri mereka tidak gentar menghadapi ribut, menguatkan diri untuk menghadapi kesusahan hidup dan akhirnya membuatkan diri mereka bersinar," kata Peng.

Hasil daripada usaha bersama jawatankuasa Parti Komunis China dan kerajaan di kesemua peringkat selain ramai orang yang baik daripada organisasi-organisasi sosial, hampir 60 orang pelajar mendapat pendidikan dan penjagaan di sekolah ini sejak 10 tahun yang lalu, malah dua belas orang daripada mereka lulus peperiksaan kemasukan peringkat kebangsaan untuk melanjutkan pelajaran di universiti, kata Peng ketika beliau mengimbau semula lawatan beliau bertemu pelajar-pelajar dan detik menggembirakan yang dikongsi oleh beliau bersama mereka sejak beberapa tahun yang lalu.

"Mereka merupakan suri teladan yang tepat yang patut anda pelajari daripadanya dan mereka kesemuanya merupakan bakat yang lebih berharga untuk pembinaan negara ini," kata Peng.

Peng berkata beliau gembira dapat melihat kasih sayang dan kebaikan yang telah diturunkan selama bertahun-tahun di sekolah tersebut ketika ia terus menyaksikan wajah-wajah muda kembali semula ke sini untuk mengajar dan menjaga anak-anak ini.

Beliau berkata bahawa beliau gembira apabila mengetahui pelajar-pelajar dapat menikmati persekitaran yang lebih baik pada hari ini dengan bilik darjah berbilang fungsi dan pembinaan taman permainan yang dinaik taraf.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=fdbMM28OfR4

 

Source: CCTV+
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Internet Technology Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Telecommunications