omniture

Permohonan untuk Pertandingan Kes Pelajar AsiaPac IMA 2022 Kini Dibuka

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar universiti di seluruh rantau Asia Pasifik
Institute of Management Accountants
2021-12-06 14:01 142

SINGAPURA, 2 Disember 2021 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), salah sebuah persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan secara eksklusif terhadap kemajuan kerjaya perakaunan pengurusan, menerima penyertaan untuk Pertandingan Kes Pelajar AsiaPac 2022 mulai sekarang hingga 28 Februari 2022. Pelajar universiti dari seluruh rantau Asia Pasifik dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang mencabar dan sangat bermanfaat ini.

Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mentafsir, menganalisis, menilai, mensintesis dan menyampaikan penyelesaian untuk masalah perakaunan pengurusan. Pelajar perlu mendaftar dan bersaing sebagai sebuah pasukan dengan tiga hingga lima orang ahli. Ahli-ahli pasukan boleh terdiri daripada program-program akademik yang berbeza, tetapi semuanya haruslah daripada institusi/universiti yang sama.

Peserta akan perlu berfikir secara strategik dan menggunakan kemahiran analitikal mereka bagi menyelesaikan kes perniagaan "Maximizing Customer Value at the Cage" ("Memaksimumkan Nilai Pelanggan di The Cage"). Kes ini meminta pelajar untuk melihat kedudukan kompetitif syarikat sukan dalaman rekaan The Cage dan cara untuk memaksimumkan nilai yang diberikan kepada pelanggannya. Kes ini ditulis oleh Junaitha Gaffor dan Desi Arisandl, Ph.D. daripada Singapore Institute of Technology (SIT) dan dipaparkan dalam edisi Ogos 2021 majalah Strategic Finance.

"Pertandingan ini memfokuskan kepada masalah perakaunan dan kewangan topikal yang menggalakkan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran teknikal dan teori mereka dalam suasana praktikal," kata Dr. Josh Heniro, Pengarah Kanan Operasi Asia Tenggara dan Australasia di IMA. "Ia membantu pelajar membina kemahiran berfikir secara kritis, keupayaan untuk membuat pertimbangan yang wajar dan kemahiran komunikasi yang cemerlang. Kesemua ini merupakan apa yang diperlukan untuk ahli-ahli profesional perakaunan dan kewangan pada masa akan datang."

Semua pasukan yang mengambil bahagian akan perlu menghantar permohonan dan analisis kes mereka sebelum 28 Februari 2022. IMA akan memilih empat pasukan untuk membentangkan penyelesaian analisis kes mereka secara maya di pusingan akhir rantau AsiaPac dan menganugerahi tiga pasukan terbaik dengan hadiah yang menarik. Pasukan-pasukan harus bersiap sedia untuk mempertahankan cadangan mereka dan menjawab sebarang soalan tambahan yang mungkin diajukan oleh hakim.

Pasukan yang memenangi tempat pertama daripada pusingan akhir rantau AsiaPac, diiringi oleh penasihat fakulti mereka akan meneruskan dengan membuat pembentangan di Pusingan Akhir di Dubai*, U.A.E., untuk bersaing dengan pemenang-pemenang rantau lain dari Eropah, India dan Timur Tengah. Di samping itu, hadiah utama merangkumi kad hadiah Amazon bernilai US$500 untuk setiap ahli pasukan, biasiswa U.S. CMA® (Certified Management Accountant), sesi perangkaian dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IMA Jeff Thomson dan banyak lagi.

Butiran penuh pertandingan disediakan di sini: Pertandingan Kes Pelajar AsiaPac IMA 2022

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants) 

IMA® ialah salah sebuah persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan secara eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. Dinamakan sebagai Badan Profesional Tahunan sebanyak dua kali oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, IMA mempunyai jaringan global melibatkan kira-kira 140,000 ahli dalam 150 negara dan 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut mengenai IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

*Sekiranya Pusingan Akhir diadakan secara maya ekoran sekatan COVID-19, tiada hadiah gentian ditawarkan untuk perjalanan ke Dubai.  

HUBUNGI:  

Jesslyn Aw
IMA Asia Tenggara & Australasia
(65)64933113
jesslyn.aw@imanet.org

 

Source: Institute of Management Accountants
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education Accounting news, issues New products/services