omniture

Kajian yang Baru Diterbitkan Menyimpulkan Stretta Mungkin Merupakan Rawatan GERD yang Lebih Diingini berbanding Penggunaan PPI Kronik atau Pembedahan Anti-Refluks dalam Sebilangan Pesakit

Mederi Therapeutics
2013-09-07 02:06 201

GREENWICH, Connecticut, 7 September 2013 /PRNewswire/ -- Satu kajian ulasan setara yang baru diterbitkan yang membincangkan terapi Stretta sedang menarik perhatian baharu ke prosedur tanpa pembedahan ini yang mempunyai data pesakit selama 10 tahun dan baru-baru ini mendapat saranan GRADE tertinggi daripada Persatuan Pakar Bedah Gastrousus dan Endoskopi (SAGES).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/NY56794 )

Kajian itu, yang diterbitkan dalam jurnal Gastroenterology Research and Practice, bertajuk "Stretta Radiofrequency Treatment for GERD: A Safe and Effective Modality" (Rawatan Radiofrekuensi Stretta untuk GERD: Modaliti Selamat dan Berkesan) dan membentangkan fakta yang menyangkal beberapa salah tanggapan tentang Stretta. Kajian itu menyimpulkan Stretta ialah rawatan yang selamat dan berkesan bagi pesakit yang tidak memilih terapi PPI, atau bagi ramai pesakit yang lebih memilih rawatan yang kurang invasif.

Dikarang oleh Dr. Mark Franciosa dan Dr. Hiroshi Mashimo, daripada Pusat Gangguan Menelan dan Motiliti di Boston, VA Sistem Penjagaan Kesihatan Boston dan Sekolah Perubatan Harvard, serta Dr. George Triadafilopoulos daripada Divisyen Gastroenterologi dan Hepatologi di Sekolah Perubatan Universiti Stanford, kajian itu memetik data eksperimental dan klinikal daripada pelbagai sumber dan menyimpulkan Stretta ialah pilihan rawatan tanpa pembedahan yang bernilai dalam pengurusan GERD.

Stretta menggunakan tenaga radiofrekuensi (RF) yang berkuasa dan bersuhu rendah bagi membentuk semula otot sfinkter esofagus bawah, lalu mengurangkan Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) serta simptomnya.

"Ulasan untuk data klinikal yang banyak ini, termasuk kajian terkawal dan rawak, serta kajian dengan langkah susulan jangka panjang, menyimpulkan yang Stretta ialah selamat, berkesan dan tahan lama – dan pilihan bernilai untuk ramai pesakit yang mahu lega daripada simptom GERD mereka," kata Dr. Triadafilopoulos. "Ini sangat penting terutamanya dengan kerisauan semasa tentang penggunaan PPI jangka panjang dan ketahanan pesakit terhadap pembedahan anti-refluks," kata Dr. Triadafilopoulos.

Dengan NIH melaporkan yang kira-kira 20 peratus rakyat Amerika menderitai simptom GERD sekurang-kurangnya sekali seminggu, doktor sedang mencari pilihan rawatan untuk GERD. Baru-baru ini SAGES menerbitkan garis panduan klinikal (jurnal Surgical Endoscopy keluaran Ogos 2013) yang memberikan terapi Stretta saranan GRADE sebanyak "++++/kuat," dengan memetik bukti berkualiti tinggi daripada 32 percubaan klinikal. Data selepas 10 tahun rawatan Stretta yang dibentangkan baru-baru ini menyimpulkan Stretta ialah penyelesaian jangka panjang yang berkesan untuk pesakit GERD.

Dr. Triadafilopoulos merujuk kepada data yang dibentangkan dalam kajian itu yang menunjukkan Stretta mempunyai pengalaman paling lama berbanding apa-apa intervensi bukan pembedahan lain. "Sebagai doktor, kami berusaha mempertingkatkan kualiti kehidupan pesakit," kata Triadafilopoulos. "Kami bertanggungjawab untuk menawarkan pilihan rawatan yang berharga ini kepada para pesakit GERD."

Untuk maklumat lanjut tentang Stretta sila ke stretta-therapy.com.

TENTANG STRETTA®

Stretta ialah rawatan kurang invasif untuk GERD yang merupakan pilihan berkesan untuk pesakit yang tidak memberi tindak balas yang baik terhadap ubat-ubatan. Stretta melibatkan pemberian RF ke LES dan kardia gastrik. Kajian menunjukkan Stretta ialah pilihan terapeutik yang selamat, berkesan dan tahan lama. Stretta tidak menghalang langkah rawatan lanjut dengan prosedur lebih invasif sekiranya itu diperlukan. Kini Stretta dijamin oleh banyak pelan insurans.

TENTANG MEDERI®

Mederi Therapeutics menghasilkan dan memasarkan peranti perubatan inovatif yang memberikan tenaga RF bagi merawat penyakit sistem pencernaan. Terapi Mederi tidak memerlukan penginapan hospital, kurang invasif dan merangsangkan pemulihan lebih pantas.

Hubungi: Julia Brannan
+1-908-464-2470
julia@pascalecommunications.com

Source: Mederi Therapeutics
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research