omniture

Kajian bersama CUHK-HKU temui keberkesanan vaksin COVID-19 berkorelasi dengan bakteria probiotik, Bifidobacterium adolescentis

The Faculty of Medicine of The Chinese University of Hong Kong
2021-12-06 15:54 79

HONG KONG, 6 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Centre for Gut Microbiota Research daripada Fakulti Perubatan di Chinese University of Hong Kong (CU Medicine) merupakan antara yang pertama di dunia menemui bahawa kuman dalam usus kita (mikrobiota usus) memodulasikan imuniti dan tahap keterukan penyakit kita bagi COVID-19. Dalam satu projek penyelidikan kolaboratif antara CU Medicine dan Fakulti Perubatan LKS di University of Hong Kong (HKUMed), pasukan penyelidikan menunjukkan bahawa keberkesanan SinoVac dan BioNTech berkorelasi dengan bakteria yang unik, Bifidobacterium adolescentis. Mereka mendapati bahawa individu yang kekurangan Bifidobacterium adolescentis dalam usus mereka mengalami tindak balas antibodi suboptimum terhadap SinoVac. Dalam kalangan penerima BioNTech, mereka yang kekurangan dua jenis bakteria termasuk Bifidobacterium adolescentis juga mengalami tindak balas antibodi yang lebih rendah. Penemuan baharu ini menunjukkan bahawa Bifidobacterium adolescentis dapat berperanan sebagai pilihan terapi yang berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan SinoVac dan BioNTech. 

Joint CUHK-HKU study provides the first proof in humans that Bifidobacterium adolescentis plays an important role in modulating the efficacy of COVID-19 vaccines.
(From left) Professor Siew Chien NG, Associate Director of the Centre for Gut Microbiota Research, CU Medicine and Professor Francis CHAN, Dean and Director of the Centre for Gut Microbiota Research, CU Medicine
Joint CUHK-HKU study provides the first proof in humans that Bifidobacterium adolescentis plays an important role in modulating the efficacy of COVID-19 vaccines. (From left) Professor Siew Chien NG, Associate Director of the Centre for Gut Microbiota Research, CU Medicine and Professor Francis CHAN, Dean and Director of the Centre for Gut Microbiota Research, CU Medicine

 

Kajian manusia pertama memberikan bukti bahawa mikrobiota usus memodulasikan tindak balas vaksin

Keberkesanan vaksin COVID-19 menurun dengan masa. Dr. Hein TUN, Penolong Profesor Sekolah Kesihatan Awam di HKUMed berkata, "Terdapat dua mekanisme yang mungkin berlaku dari segi bagaimana mikrobiota usus kita dapat meningkatkan tindak balas antibodi terhadap vaksin: pertama, beberapa komponen dalam bakteria usus seperti flagelin berfungsi sebagai adjuvan semula jadi untuk meningkatkan penghasilan antibodi; dan kedua, mikrobiota usus menghasilkan metabolit seperti asid lemak rantai pendek (SCFA) yang dapat meningkatkan metabolisme sel imun untuk menyokong keperluan tenaga bagi penghasilan antibodi."

Antara April dan Ogos 2021, pasukan penyelidikan ini merekrut 138 residen berumur antara 18 dan 67 tahun. Semua peserta memberi sampel darah dan tinja sebelum vaksinasi dan sebulan selepas menerima dos kedua. Pasukan penyelidikan ini mengukur tahap antibodi mereka berhubung dengan komposisi bakteria usus mereka.

Individu kekurangan Bifidobacterium adolescentis menunjukkan tindak balas antibodi yang lemah terhadap vaksin COVID-19  

Keputusan menunjukkan bahawa lebih separuh daripada individu yang menerima SinoVac mengalami tindak balas antibodi suboptimum. Terdapat korelasi yang rapat antara tindak balas antibodiyang rendah dan kekurangan bakteria yang unik dalam usus kita yang dikenali sebagai Bifidobacterium adolescentis. Dalam kalangan penerima BioNTech, mereka yang kekurangan dua jenis bakteria termasuk Bifidobacterium adolescentis turut menunjukkan tindak balas antibodi yang lebih rendah.

Bifidobakteria tergolong dalam keluarga bakteria probiotik dalam usus kita. Tidak seperti jenis bifidobakteria yang lain, pasukan ini mendapati bahawa hanya Bifidobacterium adolescentis yang dikaitkan dengan tindak balas antibodi terhadap SinoVac. Bifidobacterium adolescentis berada dalam usus kita sejak lahir dan jumlahnya yang banyak merosot dengan cepat seiring dengan usia, diet moden, tekanan dan penggunaan antibiotik. Diet sahaja tidak dapat mengembalikan bakteria yang berharga ini sebaik sahaja ia lenyap. Banyak produk kesihatan mengandungi Bifidobakteria namun hanya sedikit yang mengandungi Bifidobacterium adolescentis. Dalam satu kajian CUHK terdahulu melibatkan lebih 2,000 penduduk Hong Kong, penyelidik menemui bahawa Bifidobacterium adolescentis sama ada sangat rendah atau tiada dalam 85% warga Hong Kong yang sebaliknya sihat.

Profesor Siew Chien NG, Pengarah Bersekutu bagi Centre for Gut Microbiota Research di CU Medicine, menjelaskan, "Ini merupakan bukti pertama dalam manusia bahawa Bifidobacterium adolescentis memainkan peranan penting dalam memodulasikan keberkesanan vaksin COVID-19. Vaksin tidak aktif (SinoVac) diketahui mempunyai kesan sampingan yang sedikit namun mengalami tindak balas antibodi yang agak rendah. Kajian kami menawarkan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan SinoVac."

Profesor Francis CHAN, Dekan dan Pengarah Centre for Gut Microbiota Research di CU Medicine, berkata, "Penemuan baharu ini konsisten dengan penemuan[i] klinikal terdahulu kami bahawa rejimen berasaskan mikrobiota yang dibangunkan oleh CUHK yang mengandungi Bifidobacterium adolescentis, membawa kepada peningkatan tindak balas antibodi dalam kalangan pesakit COVID-19. Kajian kami memberi bukti bahawa Bifidobacterium adolescentis merupakan kunci untuk memodulasikan tindak balas antibodi bagi vaksin COVID-19. Kami percaya bahawa penemuan ini dapat menawarkan pendekatan yang baharu untuk mengoptimumkan keberkesanan dan keselamatan vaksin melalui modulasi mikrobiota usus."

Kajian ini dibiayai oleh Health and Medical Research Fund daripada Food and Health Bureau, geran penyelidikan permulaan Enhanced HKU dan geran National Research Foundation of Korea.

[i] 40% of Hong Kong People Show Gut Dysbiosis Comparable to that of COVID-19 Patients CUHK Microbiome Immunity Formula Hastens Recovery of COVID-19 Patients and Offers Hope to Boost Immunity (Butiran: https://bit.ly/3fmo10D)

Source: The Faculty of Medicine of The Chinese University of Hong Kong
Keywords: Biotechnology Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services