omniture

Zoomlion Tonjolkan 16 Produk Tenaga Baharu, Terima Sepenuhnya Pembuatan Mesra Alam dan Memperkasa Pertumbuhan Global Lestari

Zoomlion
2021-12-08 10:11 68

CHANGSHA, China, 8 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) mengeluarkan 16 produk tenaga baharu dalam lapan kategori utama pada 26 November di Taman Industri Lugu di Changsha, China.

Zoomlion Reveals 16 New Energy Products, Fully Embracing Green Manufacturing and Empowering Sustainable Global Growth
Zoomlion Reveals 16 New Energy Products, Fully Embracing Green Manufacturing and Empowering Sustainable Global Growth

Kumpulan produk tenaga baharu yang terkini daripada Zoomlion bukan sahaja merangkumi kren trak elektrik penuh pertama di dunia yang diiktiraf secara meluas, ZTC250N-EV, tetapi juga penampilan besar-besaran beberapa rekod dunia yang lain – trak pam elektrik penuh pertama dunia, trak pam hibrid 60-meter pertama dunia dan trak buang berbadan lebar, elektrik penuh, luar jalan, 118 tan yang terbesar di dunia, ZT118EV. Sebanyak 16 produk yang meliputi kategori produk utama Zoomlion termasuk kren, trak pam, trak pencampur, platform kerja udara (AWP), peralatan kecemasan, pengorek, peralatan perlombongan dan cesi tugas berat, dengan kombinasi tenaga baharu elektrik tulen, sel bahan api hidrogen dan kuasa hibrid.

Peralatan tenaga baharu syarikat ini mempunyai kelebihan penting dari segi penjimatan tenaga dan emisi digandingkan dengan prestasi yang tinggi. Sebagai contoh, kren trak 25-tan ZTC250N-EV yang dilancarkan pada tahun 2020 memiliki kelajuan maksimum 90km/j, jarak yang dinyatakan sejauh lebih 200km dan kebolehgredan maksimum 50 peratus manakala kos penggunaan tenaga keseluruhan berkurangan kepada hanya 35 peratus daripada model diesel dalam kelas yang sama, dengan emisi sifar pada titik penggunaan.

"Aplikasi termaju teknologi tenaga baharu Zoomlion telah diiktiraf secara meluas oleh pasaran. Pada April 2019, Zoomlion menjadi peneraju untuk melancarkan produk AWP tenaga baharu yang dikuasakan oleh bateri litium dan mencapai pengeluaran besar-besaran. Seterusnya, syarikat ini melancarkan lebih 20 produk tenaga baharu yang dijual secara meluas dalam pelbagai pasaran. Pada 26 November, AWP lengan lurus 40-meter elektrik penuh yang pertama di dunia, ZT40JE-V, turut dikeluarkan daripada barisan pemasangan Zoomlion. Ketika ini, produk AWP tenaga baharu Zoomlion menyumbang sebanyak 60 peratus daripada hasil AWP.

"Zoomlion telah mencadangkan strategi pembangunan mesra alam untuk mencapai 'greenization' (penghijauan) seluruh kitaran hayat produk kami dengan kesan alam sekitar yang minimum dan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan masyarakat sekali gus memastikan kadar penggunaan sumber tertinggi serta pelaksanaan pembangunan yang harmoni dan lestari dengan berganding bahu bersama pelanggan kami untuk akhirnya mencipta nilai tambahan untuk masyarakat dan alam sekitar," kata Fu Ling, ketua jurutera dan naib presiden Zoomlion.

Hari ini, Zoomlion telah mewujudkan strategi pembangunan mesra alam komprehensif yang mengintegrasikan reka bentuk mesra alam, pembuatan mesra alam dan pengurusan mesra alam, mendorong industri jentera berat ke arah pengurangan emisi dan kelestarian.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities Corporate Social Responsibility New products/services