omniture

Rockwell Automation Gariskan Trend Teknologi Pacu Industri 5.0 di Automation Fair(R) Tahunan ke-30

Kecerdasan buatan, penyepaduan pengkomputeran pinggir dan awan, penambahan tenaga kerja dan banyak lagi, dikenal pasti sebagai bidang penerimaan utama untuk pengusaha automasi industri
Rockwell Automation
2021-12-08 12:54 174

SINGAPURA, 8 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang berdedikasi terhadap automasi industri dan transformasi digital, bersama-sama PartnerNetwork™nya, melabuhkan tirai tahun ke-30 acara pameran Automation Fair khasnya mulai 10 – 11 November di Houston, Texas.

Merumuskan acara ini, Scott Wooldridge, Presiden,Rockwell Automation Asia Pasifik, menyatakan bahawa automasi industri telah berubah pada kadar yang pesat sehingga perusahaan harus melihat melepasi Industri 4.0 dan mula merangka pelan hala tuju ke arah Industri 5.0.

"Ini merupakan tempoh hebat bagi perubahan luar biasa dalam industri kita, dipercepatkan oleh pandemik COVID-19.  Persekitaran pembangunan tertumpu pinggir-dan-awan, kecerdasan buatan (AI) dan pengeluaran berautonomi telah beralih daripada teknologi baru muncul kepada penyelesaian yang kritikal dan bermanfaat pada hari ini," kata beliau.

Sambungan jarak jauh, kejuruteraan termaju dengan pelbagai kembar digital, mencampurkan aset fizikal dan digital dan perubahan interaksi manusia-mesin telah mempercepatkan kemunculan Industri 5.0. Satu laporan Frost and Sullivan mentakrifkan perbezaan antara Industri 4.0 dan 5.0, menekankan aspek-aspek di bawah sebagai perubahan yang boleh dicapai dan membawa impak yang dapat dihasilkan oleh pengeluar:

  1. Penyampaian khidmat pelanggan
  2. Penyesuaian hiper
  3. Rantaian bekalan responsif dan teragih 
  4. Produk diaktifkan pengalaman (interaktif)
  5. Pengembalian tenaga kerja kepada kilang

"Dengan persaingan untuk bakat teknologi yang menjadi semakin meluas di seluruh dunia, Rockwell Automation bermatlamat untuk menyampaikan sistem yang dapat menjadikan interaksi manusia-mesin lebih cekap," kata Wooldridge. "Matlamatnya adalah untuk menambah keupayaan sedia ada; memaksimumkan output dan meminimumkan pergantungan yang memerlukan pekerja hadir secara fizikal, untuk meningkatkan kecekapan mahupun keselamatan."

Teknologi sebagai pendorong untuk Industri 5.0

Adalah penting bagi pengeluar memanfaatkan teknologi jika mereka ingin maju menuju Industri 5.0. Semasa berlangsungnya acara ini, Rockwell Automation menggariskan empat bidang penting yang mana teknologi boleh dimanfaatkan:

  1. Evolusi awan, pinggir dan perisian
  2. Kawalan sejagat dan persekitaran pembangunan bersepadu (IDE) tertumpu
  3. Pengurusan operasi natif-AI, termasuk perisian sebagai satu perkhidmatan (SaaS) dan perkhidmatan digital
  4. Sistem berautonomi dan tenaga kerja tambahan

Bagi membolehkan kawalan di peringkat perusahaan, sistem dengan seni bina tentuan perisian dan perkakasan asas akan diperlukan. "Ini bukan bermakna bahawa setiap bahagian sistem perlu ditukar, atau perkakasan sedia ada menjadi ketinggalan zaman," kata Wooldridge. "Bermula daripada peranti hingga pinggir dan kepada awan, seluruh proses ini perlu menjadi pintar. Dalam persekitaran tertumpu, kawalan, keselamatan dan pergerakan kesemuanya bergabung dan perlu berfungsi secara bersepadu."

Wooldridge menjelaskan bahawa dengan membina seni bina natif-AI, pengurusan operasi menjadi lebih cekap. AI boleh dilihat daripada lensa pemodelan proses dan dapat membantu memudahkan reka bentuk generasi baru dengan menterjemahkan output sistem kepada cerapan data yang berharga.

Akhir sekali, mentransformasikan sistem automatik kepada sistem berautonomi membolehkan keputusan yang lebih baik untuk memperluaskan apa yang mampu dicapai oleh manusia. "Sistem berautonomi ini merupakan peluang untuk memikirkan semula prinsip-prinsip penting dalam sistem kawalan berautonomi," kata Wooldridge. "Kami memiliki keupayaan untuk mengukuhkan sistem sedia ada dengan teknologi baharu."

Akhir sekali, teknologi kekal menjadi kuasa pengupaya yang hebat. "Ia mesti boleh di akses dan difahami oleh pengguna untuk berjaya. Rockwell Automation memahami bahawa dalam dunia natif-digital, pengalaman pengguna adalah sangat penting untuk menyampaikan produk dan penyelesaian inovatif yang dapat membawa manfaat," rumus Wooldridge.

Saksikan Automation Fair atas permintaan hingga Februari 2022

Automation Fair tahun ini mempamerkan lebih 100 barang pameran, forum industri dan perbincangan panel bersama pakar industri terkemuka daripada organisasi global termasuk AB InBev, Bridgestone, Corteva dan The Kraft Heinz Company. Sesi-sesi ini menyelidik mengenai perubahan dan peluang teknologi bermula daripada topik-topik seperti keselamatan siber dan peranti pintar hinggalah penambahan tenaga kerja dan robotik canggih.

Automation Fair atas permintaan tersedia hingga Februari 2022. Untuk akses percuma ke sesi maya, temu bual dan lawatan tingkat pameran, daftar di sini.

Latar Belakang Rockwell Automation 

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi pengguna dengan potensi teknologi untuk mengembangkan apa yang mungkin dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan lebih mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation  mempunyai kira-kira 24,500 penyelesai masalah yang dikhaskan untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami membawakan The Connected Enterprise merentas seluruh perusahaan industri, sila layari www.rockwellautomation.com. 

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Trade show news