omniture

Laing O'Rourke Mengumumkan Keputusan Setahun Penuh sehingga 31 Mac 2013

Laing O'Rourke
2013-09-09 15:37 109

DARTFORD, England, 9 September 2013 /PRNewswire/ --

Sorotan Kewangan

  • Hasil terurus meningkat 2 peratus menjadi £4.4 bilion (£4.3 bilion: 2011/12).
  • EBIT pratambahan meningkat 45.2% menjadi £78.0 juta (£54.0 juta: 2011/12).
  • EBIT pratambahan untuk Hab Eropah menjadi £49.0 juta dan Hab Australia menjadi £29.4 juta.
  • Keuntungan sebelum cukai meningkat 144% menjadi £57.0 juta (£23.4 juta: 2011/12)
  • Caj cukai berkumpulan sebanyak £13.2 juta, bersamaan dengan kadar cukai berkesan sebanyak 23.2% pada 2012/13.
  • Kedudukan tunai kasar yang kuat dikekalkan pada £684 juta.
  • Peningkatan dalam kedudukan tunai bersih daripada £89 juta menjadi £410 juta.
  • Kos tambahan sebelum cukai sebanyak £23.4 juta dalam tempoh itu, hampir berkaitan sepenuhnya dengan kejejasan bukan tunai pada portfolio darat & pembangunan.
  • Buku pesanan berkualiti tinggi sebanyak £8.2 bilion mencipta kenampakan pendapatan jangka sederhana yang bagus.
  • 91% daripada hasil didapati untuk tempoh prestasi 2013/14.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130906/638279 )

Ulasan prestasi

  • Pelaksanaan strategi berkembang maju ke seluruh Hab Eropah dan Hab Australia.
  • Kemenangan projek berprestij daripada klien baharu dalam sektor dan pasaran penting.
  • Pesanan berulang yang meningkat dan perlanjutan kontrak daripada klien sedia ada sehingga 71%.
  • Disiplin komersil menukarkan peluang dalam perancangan menjadi portfolio projek yang lebih bernilai tinggi.
  • Kempen kesihatan dan keselamatan Mission Zero ini menjadi amalan tetap secara global, berikutan pelaksanaan besar-besaran yang berjaya di seluruh Hab Australia dengan Kadar Kekerapan Kemalangan yang berkurang iaitu sebanyak 0.21 (AFR 0.24: 2011/12).
  • Kaedah kejuruteraan Digital dan Rekaan untuk Pembuatan dan Pemasangan (DfMA) mencipta kecekapan dalam penyampaian projek dan prestasi pengendalian.
  • Fokus berterusan untuk agenda modal insan, dengan komitmen yang banyak terhadap mempertingkatkan kemampuan kejuruteraan dan perkongsian pendidikan.
  • Kerangka pentadbiran korporat yang lebih kuat melalui penyepaduan proses teras yang lebih baik, pelantikan pegawai kanan - Anna Stewart sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan, David Stewart sebagai Ketua Eksekutif  Hab Australia dan Callum Tuckett, Pengarah Kumpulan, Kewangan dan Perdagangan – serta penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan.

Pandangan

  • Memacu kelebihan daya saing Tawaran Perniagaan Unik kami walaupun dengan keadaan pasaran mencabar yang berterusan.
  • Pertumbuhan sederhana dalam hasil terurus dan pendapatan sebelum cukai boleh dijangka untuk Kumpulan itu sehingga 2015, jika melihat pada keadaan pasaran lazim.
  • Kumpulan berada dalam kedudukan baik untuk mencapai matlamat jangka sederhananya dalam tempoh sehingga 2015.
  • Penampakan hasil masa hadapan yang bagus dan peluang kontrak dalam perancangan yang menarik dalam sektor penting, termasuk sektor nuklear, perlombongan, landasan kereta api serta minyak dan gas.
  • Kadar pulangan ekuiti yang lebih tinggi dirancang untuk Kumpulan itu dengan faedah kecekapan penyampaian yang dijangka daripada pengaturan penggunaan besar-besaran Rekaan untuk Pembuatan dan Pemasangan (DfMA), ditambah dengan kecekapan kos yang lebih banyak dalam overhed Kumpulan yang menyediakan titik harga yang lebih berdaya saing bagi para pelanggan.
  • Laing O'Rourke kekal dalam perjalanan untuk memenuhi sasaran kewangan 2013/14 dan, lebih daripada ini, berada dalam kedudukan yang kukuh untuk mencapai objektif strategiknya untuk jangka sederhana sehingga jangka panjang.

Ulasan Tahunan 2013 penuh kini boleh dibaca dan dimuat turun daripada laman web Laing O'Rourke (http://www.laingorourke.com).

Ray O'Rourke, Pengerusi Eksekutif Kumpulan memberi komen:

"Laing O'Rourke sekali lagi telah menghasilkan prestasi yang patut dipuji, menjana aliran tunai yang kuat, pendapatan dan pesanan masa hadapan. Kami juga ada kemajuan dalam misi strategik kami bagi menjadi perusahaan kejuruteraan yang kekal lama yang memberikan Kecemerlangan Bersama prestasi untuk klien kami, dan untuk tindakan penting yang kami sedang lakukan untuk memberi hasil yang banyak, stabil dan mampan sambil masa berlalu."

Anna Stewart, Ketua Eksekutif Kumpulan berkata:

"Pada tahun 2012, kami mewujudkan Peta Jalan Strategi Kumpulan, membina asas yang sepatutnya untuk memenuhi objektif 2020 kami dalam masa tiga hingga lima tahun seterusnya. Kami telah memberikan satu lagi prestasi yang berketahanan tinggi dan membuat kemajuan yang kuat untuk unsur penting dalam pelan strategik kami bagi menjadi rakan kongsi kejuruteraan dan pembinaan pilihan pertama para klien."

Callum Tuckett, Pengarah Kewangan dan Perdagangan Kumpulan berkata:

"Kumpulan ini memberi prestasi yang bagus dan, seperti yang kami telah rancang, telah membina ketahanan tambahan dalam tempoh 2012/13. Kami mempunyai struktur modal yang bersesuaian, aliran tunai yang bagus dan buku pesanan mantap yang dapat membekalkan sumber kewangan yang mencukupi, yang apabila ia digabungkan dengan Tawaran Perniagaan Unik dan perhubungan jangka panjang dengan klien utama seluruh sektor bernilai tinggi, meletakkan kami dalam kedudukan yang kukuh untuk bergerak maju dengan penuh yakin."

Ulasan Tahunan 2013 penuh kini boleh dibaca dan dimuat turun daripada laman web Laing O'Rourke (http://www.laingorourke.com).

Sumber: Laing O'Rourke

 

Source: Laing O'Rourke
Keywords: Banking/Financial Service Earnings