omniture

Korea Ginseng Association umum Ekspo Ginseng Punggi Dunia Yeongju 2022

The Korea Ginseng Association
2021-12-10 06:09 120

SEOUL, Korea Selatan, 10 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Korea Ginseng Association mengumumkan tarikh untuk "Ekspo Ginseng Punggi Dunia Yeongju 2022", sebuah acara yang dapat meningkatkan kesedaran mengenai faedah-faedah luar biasa Ginseng Korea.

Foto disediakan: Korea Ginseng Association
Foto disediakan: Korea Ginseng Association

Ekspo ini yang dianjurkan oleh kerajaan bandar Yeongju dan Jawatankuasa Penganjur Ekspo Ginseng Punggi Dunia Yeongju dan ditaja oleh Korean Ginseng Association diadakan selama 24 hari mulai 9/30/2022-10/23/2022 di taman Punggi Ginseng Culture Pop-up, Yeongju, Korea Selatan

Slogan untuk Ekspo Ginseng Punggi Dunia Yeongju 2022 ialah "Ginseng, buka masa depan, depani dunia". Acara ini akan menawarkan peluang pameran, persembahan, acara, pelancongan (Hallyu, perubatan) dan perdagangan/perniagaan serta banyak lagi.

Ekspo ini mempunyai tiga tema: nilai kevitalan ginseng, nilai kemanusiaan ginseng dan nilai industri masa depan ginseng. Ekspo ini akan membolehkan pengunjung merasai nilai ginseng Korea melalui pelbagai aktiviti.

Ginseng Korea secara tradisinya dikenali sebagai makanan fungsian kesihatan terbaik dan telah diidamkan oleh nenek moyang Korea sejak zaman dahulu kala. Kesan-kesan fungsiannya yang didokumentasikan oleh kertas kajian saintifik termasuk detoksifikasi, perehatan mental, kesan antipiretik, antidiabetik, anti-letih dan anti-tekanan.

'Kod Makanan Fungsian Kesihatan' yang diterbitkan oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat menyenaraikan fungsi-fungsi ginseng Korea seperti yang berikut: imuniti yang lebih baik, keletihan yang bertambah baik. Selain itu, ia menyatakan bahawa ia boleh membantu meningkatkan aliran darah, memori, kesihatan hati dan kesan antioksidan.

Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat merupakan badan pentadbir negara ini yang bertanggungjawab untuk pentadbiran keselamatan awam yang berkaitan dengan makanan fungsian kesihatan, farmaseutikal, narkotik, kosmetik, ubat-separa dan peralatan perubatan. Keputusannya dimaklumkan oleh bukti saintifik dan kepakaran.

Ban Sang-bae, presiden Korea Ginseng Association, menekankan faedah-faedah ginseng Korea: "Kami menjangkakan Ekspo Ginseng Punggi Dunia Yeongju 2022 akan berperanan sebagai peluang untuk memperkukuh kebanggaan Korea sebagai tempat asal ginseng. Banyak faedah kesihatan ginseng Korea telah diiktiraf sebagai bahan fungsian untuk meningkatkan kesihatan hati oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat. Jumlah kategori yang diiktiraf sebagai rasmi telah meningkat kepada empat."

Maklumat lanjut untuk ekspo ini boleh ditemui di laman sesawang Korea Ginseng Association. (http://www.korean-ginseng.org)

 

Source: The Korea Ginseng Association
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Trade show news Future Events