omniture

Zoomlion Perkenal Teknologi Bahan Komposit Gentian Karbon Perintis Dorong Industri Ke Arah Matlamat Keneutralan Karbonnya

Zoomlion
2021-12-13 09:14 67

CHANGSHA, China, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) melancarkan teknologi bahan komposit gentian karbon inovatif yang terkini dan trak pam (ZLJ5460THBSF 63X-6RZ) yang dilengkapi dengan bum gentian karbon pada 26 November di Taman Industri Lugu di Changsha, China.

Zoomlion Reveals Pioneering Carbon Fiber Composite Material Technology Applied to Industry-First Pump Truck Boom
Zoomlion Reveals Pioneering Carbon Fiber Composite Material Technology Applied to Industry-First Pump Truck Boom

Ini merupakan trak pam pertama dengan bum gentian karbon yang direka bentuk dan dikilangkan sepenuhnya di China. Ia bukan sahaja meningkatkan kecekapan kerja dan menurunkan kos pengeluaran melalui bahan komposit gentian karbon dan teknologi pembuatan Zoomlion yang dibangunkan sendiri dan berpaten, tetapi turut meningkatkan lagi prestasi ringannya dengan teknologi struktur hibrid bahan-logam komposit gentian karbon yang inovatif.

Berat bum dikurangkan sebanyak 35 peratus apabila mengaplikasikan teknologi struktur hibrid kepada trak pam. Teknologi ringan ini membolehkan produk 44-tan ini mencapai ketinggian suapan maksimum 63 meter, lalu menjadikannya sebagai bum yang terpanjang di dunia dalam kelas tanan yang sama. Dengan sensor cip ditambah dalam struktur ini, sama seperti "memasang saraf dalam tulang", ia menawarkan fungsi pemantauan dan ramalan demi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Teknologi perintis Zoomlion seperti bahan komposit gentian karbon baharu dan teknologi reka bentuk bum "berongga" yang pertama di dunia, juga sangat penting untuk matlamat penjimatan tenaga dan pengurangan emisi dalam industri ini. Mengeluarkan 2,500 unit trak pam siri Lingyun Zoomlion setiap tahun umpamanya, yang menggunakan teknologi baharu ini, dapat mengurangkan penggunaan keluli sebanyak 750 tan dan emisi karbon dioksida sebanyak 1,500 tan. Teknologi ringan sedemikian turut mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan semasa operasi dengan banyak sekali.

Zoomlion telah mengambil laluan pembangunan mesra alam yang komprehensif dan mewujudkan strategi pembangunan mesra alam yang mengintegrasikan reka bentuk mesra alam, pembuatan mesra alam dan pengurusan mesra alam, demi memenuhi permintaan pasaran terhadap pembangunan yang berkualiti tinggi dan mampan daripada syarikat-syarikat.

"Ketika dunia berusaha untuk melangkah ke arah matlamat neutral karbon, industri jentera pembinaan perlu tampil ke hadapan bagi melaksanakan teknologi mesra alam dan pembuatan mesra alam menerusi penemuan baharu yang menggalakkan pembangunan mesra alam dan mampan untuk rantaian industri dan produk," kata Fu Ling, ketua jurutera dan naib presiden Zoomlion. "Penegasan Zoomlion terhadap strategi pembangunan mesra alam telah menunjukkan usaha dan tanggungjawab syarikat dengan bertindak sebagai peneraju dalam industri ini."

Latar Belakang Zoomlion

Zoomlion ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan canggih yang mengintegrasikan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Machinery Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)