omniture

Tiga Tempat Kerja Terbaik di Malaysia bagi tahun 2021 Didedahkan

Best Places to Work
2021-12-13 09:51 66

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Alcon, Novo Nordisk, Inova Pharma telah diiktiraf sebagai tiga tempat terbaik untuk bekerja di Malaysia bagi tahun 2021 menurut program pensijilan "Tempat Terbaik untuk Bekerja" berprestij tahunan. Tempat Terbaik untuk Bekerja ialah program pensijilan antarabangsa, dianggap sebagai "Piawaian Platinum" dalam mengenal pasti dan mengiktiraf tempat kerja terbaik di seluruh dunia, memberikan pekerja peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang penglibatan dan kepuasan pekerja mereka dan menghargai mereka yang memberikan pengalaman kerja yang luar biasa dengan standard tertinggi yang berkaitan dengan keadaan kerja.

Alcon Malaysia, sekutu kepada peneraju global dalam penjagaan mata, telah dianugerahkan kedudukan teratas diikuti oleh Novo Nordisk Malaysia, sekutu kepada syarikat penjagaan kesihatan global dengan lebih daripada 95 tahun inovasi dan kepimpinan dalam penjagaan penyakit kencing manis. Inova Pharma, syarikat yang membangun dan memasarkan pelbagai ubatan tanpa preskripsi dan preskripsi untuk Asia, Australia dan New Zealand, berada di tempat ketiga.

Mengenai Alcon Malaysia, yang dinamakan sebagai Tempat Terbaik untuk Bekerja di negara ini, James J. Govindasamy, Ketua Tapak/Pengurus Besar untuk Alcon Malaysia, berkata, "Ini merupakan satu perhargaan apabila diiktiraf sebagai yang terbaik dalam industri ini untuk strategi pekerja dan usaha pembangunan bakat kami. Di Alcon, pekerja ialah teras kepada perniagaan kami. Kami berusaha untuk membina budaya melangkaui kerja dan menyokong rakan sekerja kami sebagai keluarga, dengan persekitaran yang memupuk untuk menyerlahkan potensi penuh mereka. Sebagai syarikat penjagaan mata terkemuka di dunia, kami akan terus melabur dalam pekerja kami kerana kami memenuhi tujuan kami untuk membantu orang ramai melihat dengan baik melalui mereka. Terima kasih sekali lagi untuk pengiktirafan yang hebat ini, terutamanya semasa salah satu tahun yang paling mencabar disebabkan oleh pandemik ini. Pengiktirafan ini menyakinkan saya bahawa kami mengambil langkah yang betul dan mengimbangkan kesejahteraan rakan sekerja dan hasil perniagaan. Alcon ialah tempat yang membina kerjaya."

Richard Abela, Naib Presiden & Pengurus Besar Novo Nordisk Pharma Malaysia berkata, "Dengan situasi COVID-19, terdapat sejumlah besar ketidaktentuan dan keperluan untuk perubahan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Ia terutamanya mencabar kerana COVID-19 memberi kesan dalam semua aspek kehidupan setiap orang – kerja, kehidupan di rumah, kanak-kanak, dan banyak lagi. Dianugerahkan "Tempat Terbaik untuk Bekerja" memberikan kami keyakinan bahawa kami telah membuat lebih banyak keputusan yang tepat berbanding yang salah dan telah mengurus situasi dengan baik. Pengesahan ini adalah perkara yang baik, walau bagaimanapun, ia juga mengesahkan bahawa semua rakan kerja Novo Nordisk bekerjasama sebagai pasukan yang hebat untuk mencapai matlamat kami. Kejayaan perniagaan dan penglibatan pekerja kami yang tinggi hanya dapat berlaku hasil daripada budaya dan semangat pasukan yang kuat. Pujian diberikan kepada seluruh pasukan untuk tahap komitmen dan ketangkasan yang tinggi untuk menyesuaikan diri kepada persekitaran yang berubah."

Setiap tahun di Malaysia, program ini bekerjasama dengan banyak organisasi, dari pelbagai industri, untuk membantu mereka mengukur, memberi tanda aras, meningkatkan amalan HR dan mendapat akses kepada alat dan kepakaran yang mereka perlukan untuk memberikan perubahan yang berkesan dan lestari dalam organisasi mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila kunjungi www.bestplacestoworkfor.org. Sertai komuniti kami di LinkedIn, Twitter, dan Facebook.

Source: Best Places to Work
Keywords: Workforce Management/Human Resources Awards Not for profit