omniture

Bizzi, Syarikat Pemula Automasi Invois Vietnam, Dianugerah sebagai Pemenang Digital Transformation Award ASEAN Berprestij - Perkhidmatan Kewangan 2021

Bizzi Vietnam
2021-12-13 10:05 111

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Bizzi, SaaS automasi belum bayar akaun berpangkalan di Vietnam, muncul sebagai pemenang Digital Transformation (DX) Award 2021 yang dianjurkan oleh Swiss Chamber of Commerce and Industry (SwissCham) di Singapura dan Deloitte.

DX Award 2021, kini memasuki tahun keduanya, meraikan usaha inovasi dan pendigitalisan di seluruh Singapura dan Asia Tenggara, membawakan lapan subkategori tahun ini: Keselamatan Siber; Perkhidmatan Kewangan; Pembuatan Canggih; Rawatan Kesihatan; Insurans; Logistik; B2C; dan Kecemerlangan Perniagaan.

"Melihatkan keperluan yang mendesak untuk mempercepatkan pendigitalisan di seluruh rantau ini, kami membayangkan DX Award dapat berfungsi sebagai jalan untuk memudahkan pertukaran amalan terbaik, perangkaian dan pementoran dalam kebiasaan digital yang baharu," kata Andreas Enderlin, Pengerusi Digital Transformation Award dan Rakan Pengurusan Hugo Capital Partners.

Sejumlah 45 penyertaan telah diterima dan hanya 22 syarikat pemula ditonjolkan di malam pic jualan maya. Bizzi merupakan satu-satunya wakil syarikat pemula teknologi dari Vietnam.

Ditubuhkan di tengah-tengah COVID-19, Bizzi ialah penggerak pertama bagi penyelesaian automasi pemprosesan invois yang dikuasakan oleh AI dan automasi proses robotik (RPA) dalam pasaran Vietnam. Platform seragam Bizzi dapat diintegrasikan dengan penyelesaian ERP/perakaunan sedia ada dan menghubungkan vendor serta pelanggan untuk mengautomasikan proses kewangan seperti pembayaran bil, pengimbasan resit, pematuhan dan simpan kira-kira, antara lain.

Syarikat pemula peringkat awal ini sudahpun mempunyai lebih daripada 100 pelanggan perusahaan termasuk rangkaian kedai serbaneka Korea Selatan GS25, Circle K, Guardian, Family Mart, Medicare, Tiki.vn, Deloitte, DKSH dan lebih daripada 1,000 PKS menggunakan platform berkenaan setiap hari. Nilai bulanan invois yang diproses mereka melebihi US$300J.

"Kami berasa rendah hati apabila Bizzi, syarikat pemula Vietnam yang baharu, mula mendapat pengiktirafan serantau. Bizi ditubuhkan untuk mengatasi masalah utama yang besar dalam industri ini - perakaunan manual bukan sahaja memakan masa namun terdedah kepada kesilapan. Teknologi automasi proses robotik dan pembelajaran mesin kami mengurangkan masa pemprosesan invois sebanyak 80% dan kos pemprosesan sebanyak 50% dan dalam masa yang sama meningkatkan ketelusan dan pematuhan cukai. Bizzi beraspirasi untuk mempercepatkan penerimaan digital dan transformasi digital dalam pasukan kewangan demi faedah-faedah perniagaan yang ketara dan boleh diukur," kata pengasas bersama Vu Trong Nghia.

DX Awards 2021 ditaja oleh peneraju industri termasuk Acronis, DSV, Entsia, SIX group, Zuhlke dan disokong oleh Enterprise Singapore, The American Chamber of Commerce di Singapura dan The European Chamber of Commerce di Singapura, antara yang lain.

Latar Belakang Bizzi: 

Ditubuhkan pada tahun 2020 di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam, Bizzi ialah SaaS automasi belum bayar akaun berkuasa AI untuk membantu menyelaraskan operasi perakaunan dengan automasi pemprosesan invois dan mendigitalkan pengurusan aliran tunai perniagaan untuk membuat keputusan perniagaan yang lebih baik.

Source: Bizzi Vietnam
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Financial Technology