omniture

Xinhua Silk Road: Forum Pertanian Organik Antarabangsa ke-8 diadakan di Datong, utara China semasa 6-7 Disember

Xinhua Silk Road
2021-12-13 13:49 130

BEIJING, 13 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Bertemakan pertanian organik berskala penuh dan pemantapan desa di seluruh negara, Forum Pertanian Organik Antarabangsa kelapan telah diadakan di Bandar Datong*, Wilayah Shanxi di utara China semasa 6-7 Disember.

Forum ini, yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Rakyat Datong, China Agricultural University, Taiyuan University of Technology dan Shanxi Agricultural University, menarik lebih 80 pakar dan sarjana di dalam dan luar negara untuk bertukar pandangan mengenai topik seperti status quo dan trend industri organik, amalan Daerah Lingqiu terhadap pertanian organik berskala penuh, perladangan kering organik, komuniti organik dan pembinaan kampung organik.

Tahun-tahun kebelakangan ini, Bandar Datong telah mencurahkan usaha yang besar untuk membangunkan perladangan kering organik dan melalui peningkatan kualiti tanah ladang, penyelidikan ke atas jenis benih yang dipertingkatkan untuk perladangan kering dan pembangunan hijau, kumpulan daerah demonstrasi, kawasan dan zon promosi yang wujud dalam bandar ini.

Zhang Qiang, datuk bandar bandar ini, berkata pada majlis perasmian forum ini bahawa Datong akan terus memanfaatkan peranan perladangan kering organik dalam mengembangkan kelebihan bandar sebagai tempat asal untuk hasil ladang organik yang berkaitan dan secara beransur-ansur mempopularkan "Mod Chehe" untuk membina lebih banyak zon demonstrasi pertanian organik.

Mod Chehe di sini merujuk kepada laluan pembangunan ekonomi seumpamanya seperti menggabungkan pertanian organik, ekopelancongan dan pembinaan kampung yang indah, diwakili oleh amalan-amalan Kampung Chehe di Bandar Hongshileng, Daerah Lingqiu Bandar Datong. Sejak tahun 2013, Daerah Lingqiu memulakan taman demonstrasi dan pembinaan zon pertanian organiknya daripada Kampung Chehe.

Tanpa menghiraukan daerah-daerah lain di Datong, Daerah Lingqiu membangunkan laluan pertumbuhan ekonomi yang dicirikan oleh pertanian organik berskala penuh dan telah berjaya mengurangkan pergantungan ke atas pendapatan fiskal yang berasaskan penjualan tanah dan ekonomi tenaga secara beransur-ansur.

Setakat ini, Daerah Lingqiu mempunyai 60 produk pertanian yang diperakui secara organik, lebih daripada 30 pengeluar pertanian organik dan 6,666.67 hektar tanah ladang untuk pertanian organik.

Seperti yang diperkenalkan oleh Zhang, bandar ini juga akan mengembangkan kerjasama dengan universiti dan institusi terkenal di dalam dan luar negara untuk meneruskan kerjasama dalam projek pengeluaran, bekalan dan jualan yang berkaitan dengan keseluruhan industri pertanian organik.

*Bandar Datong, terletak di wilayah dengan iklim monsun sederhana, memiliki kelebihan unik dalam membangunkan pertanian organik disebabkan oleh perbezaan suhu siang dan malam yang ketara dan waktu sinar matahari yang panjang.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/325264.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Agriculture Publishing/Information Service Trade show news