omniture

CATALYST CEO CHAMPIONS FOR CHANGE MEMAJUKAN WANITA DALAM KEPEMIMPINAN WALAUPUN BERHADAPAN CABARAN PANDEMIK

Catalyst
2021-12-14 20:58 34

NEW YORK, 14 Disember 2021 /PRNewswire/ -- catalyst CEO Champions For Change terus memajukan wanita dalam organisasi mereka pada setiap peringkat di seluruh barisan kepemimpinan, terutamanya dalam jawatan eksekutif—menunjukkan komitmen mereka untuk menggandakan kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di tengah-tengah pandemik global dan ekonomi yang tidak stabil. Menurut laporan yang baru dikeluarkan berjudul Prioritizing Equity at a Pivotal Moment: The Catalyst CEO Champions For Change , golongan wanita mewakili 27.9% eksekutif di syarikat Champions, berbanding 23% dalam kalangan rakan-rakan global mereka.

Syarikat-syarikat ini diketuai oleh lebih 70 orang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang berikrar untuk memajukan wanita di seluruh kumpulan etnik dan kaum ke dalam peranan kepemimpinan. Buat pertama kalinya sejak inisiatif tersebut dilancarkan pada tahun 2017, subset syarikat Champion menyediakan metrik kenaikan pangkat yang mendedahkan bahawa pada tahun 2020, syarikat-syarikat ini menaikkan pangkat kaum wanita pada kadar yang hampir sama dengan kaum lelaki. Malah, kumpulan ini telah menaikkan pangkat kaum wanita pada perkadaran yang sedikit tinggi berbanding kaum lelaki dalam jawatan kepemimpinan kanan.

"Kami memuji CEO ini dan organisasi mereka atas komitmen berterusan mereka terhadap inisiatif kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) ketika mengharungi cabaran pandemik," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Catalyst, Lorraine Hariton. "Adalah penting untuk kita terus membangunkan perancangan kepimpinan untuk wanita, terutamanya wanita kulit berwarna, sekiranya kita ingin melihat manfaat yang signifikan bagi membina tempat kerja yang saksama dan inklusif untuk wanita."

Syarikat-syarikat Champion turut mengatasi rakan-rakan mereka dalam Fortune 500 dari segi perwakilan wanita di peringkat lembaga pengarah pada kadar 32.2% berbanding 26.5%. Golongan wanita yang dikenal pasti berada dalam kumpulan etnik atau kaum yang kurang diwakili menyumbang kepada 7.5% penyertaan sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat Champion, berbanding 5.7% di syarikat Fortune 500 secara keseluruhan.

Ini adalah titik perubahan dalam sejarah gerakan wanita. Syarikat boleh menangani kekurangan yang dialami oleh kaum wanita akibat Covid-19 dengan membangunkan inisiatif yang mantap yang memberi tumpuan kepada kemasukan semula, pengambilan, kemajuan dan pengekalan mereka. Laporan tersebut menyorot tindakan yang boleh diambil oleh syarikat- syarikat termasuk:

  • Mengenal pasti peluang terbesar organisasi mereka untuk memajukan wanita, terutamanya wanita yang dikenal pasti berada dalam kumpulan etnik atau kaum yang kurang diwakili.
  • Mewujudkan penyelesaian tersuai untuk memupuk kemajuan yang saksama, seperti pilihan kerja yang fleksibel dan program tajaan. 
  • Menjejak dan mengukur kemajuan bagi matlamat yang ditetapkan. 

Syarikat Catalyst CEO Champions For Change mewakili lebih 11 juta pekerja dan pendapatan melebihi $3 trilion di seluruh dunia. Sejak pengumpulan data global yang bermula pada tahun 2018, kumpulan ini terus mengatasi rakan global mereka dari segi perwakilan wanita di seluruh perancangan kepemimpinan.

Baca laporan tersebut dan ketahui lebih lanjut tentang Catalyst CEO Champions For Change di catalyst.org/champions.

Tonton video . 

Sertai perbincangan: #CatalystForChange

Tentang Catalyst

Catalyst ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan global yang disokong oleh kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif paling berkuasa serta syarikat-syarikat terkemuka di dunia untuk membantu mewujudkan sebuah tempat kerja yang sesuai untuk wanita. Ditubuhkan pada tahun 1962, Catalyst mendorong perubahan dengan kepemimpinan inovatif yang terkemuka, penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan komuniti syarikat multinasional yang berusaha untuk mempercepat dan memajukan wanita dalam kepemimpinan—kerana kemajuan untuk wanita adalah kemajuan untuk semua orang. 

Hubungan Media: 

Naomi R. Patton
Naib Presiden, Media & Perhubungan Awam
Catalyst
npatton@catalyst.org

Stephanie Wolf
Perunding Komunikasi AS
Catalyst
stephanie@stephaniewolfpr.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/597751/Catalyst_C4C_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Catalyst
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Not for profit Survey, Polls & Research Women-related news