omniture

CellCarta mengambil alih Biogazelle untuk mengukuhkan keupayaan genomik dan berkembang ke dalam perkhidmatan PCR digital (dPCR)

CellCarta
2021-12-14 21:04 65

Pengambilalihan ini mengukuhkan kedudukan kepemimpinan CellCarta dalam perkhidmatan genomik dengan gabungan unik keupayaan analisis sampel ujian klinikal global dan pembangunan asai yang meliputi pelbagai teknologi genomik yang mantap dan canggih. 

MONTREAL, 14 Disember 2021 /PRNewswire/ -- CellCarta, penyedia perkhidmatan makmal perubatan kepersisan global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pengambilalihan Biogazelle ("Biogazelle"), peneraju penyelesaian ujian genomik. Terletak di Ghent (Belgium), Biogazelle membangun dan menggunakan PCR digital (dPCR) tahap tinggi, PCR kuantitatif (qPCR) dan asai RNASeq untuk pelanggan industri farmaseutikal dan bioteknologinya.

Dengan pengalaman selama beberapa dekad dalam analisis ekspresi gen, pasukan Biogazelle mempunyai kedudukan dan kemahiran yang unik dalam penggunaan PCR kuantitatif dan PCR digital. Pengasas Bersama, Jan Hellemans dan Jo Vandesompele diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana menetapkan piawaian dalam analisis ekspresi gen. Biogazelle, sebuah projek rintis Universiti Ghent dengan sokongan kewangan daripada BNP Paribas Fortis dan dana pelaburan Qbic, PMV serta Fournier-Majoie Foundation, merupakan makmal Eropah pertama yang menawarkan teknologi dPCR dan masih menerajui penyelidikan berasaskan dPCR. Kumpulan ini juga menyediakan aliran kerja jujukan RNA khusus tentang sampel klinikal seperti biopsi cecair dan tisu FFPE.

"Kepakaran genomik Biogazelle yang luar biasa akan membolehkan CellCarta terus menyokong strategi pembangunan terapeutik pelanggannya, menawarkan mereka dengan penyelesaian yang penting untuk menangani cabaran klinikal dan menggerakkan program imunologi serta program mereka yang lain ke hadapan," kata Martin LeBlanc, Ketua Pegawai Eksekutif CellCarta. Pengambilalihan Biogazelle mengukuhkan strategi pertumbuhan CellCarta untuk menjadi penyedia perkhidmatan perubatan kepersisan yang terkemuka dan akan membolehkan organisasi tersebut memperluas perkhidmatan genomik dari persekitaran penyelidikan hingga klinikal. "Kami sangat teruja dapat bergabung tenaga dengan CellCarta. Dengan kedua-dua organisasi yang dipacu oleh kecemerlangan dan inovasi saintifik, ini adalah langkah kami seterusnya yang wajar bagi memanfaatkan pengetahuan dan perkhidmatan kami secara maksimum dalam skala yang benar-benar global," kata Roel Sterken, Ketua Pegawai Eksekutif Biogazelle.

Di samping terus menawarkan perkhidmatan genomik sedia ada yang luas, Biogazelle akan turut menjadi Pusat Kecemerlangan CellCarta untuk pembangunan asai biopenanda genomik yang kompleks. Pengambilalihan ini membolehkan CellCarta memperluas tawarannya kepada pelanggan dalam bidang analisis genomik seperti imuno-onkologi serta terapi sel dan gen yang mempunyai permintaan tinggi.

Tentang CellCarta
CellCarta ialah penyedia perkhidmatan makmal perubatan kepersisan khusus untuk industri biofarmaseutikal. Dengan memanfaatkan platform analisis bersepadunya dalam imunologi, histopatologi, proteomik dan genomik serta perkhidmatan pengumpulan spesimen dan logistik yang berkaitan, CellCarta menyokong keseluruhan kitaran pembangunan ubat-ubatan daripada penyelidikan hingga ujian klinikal peringkat akhir. Syarikat ini beroperasi di seluruh dunia dengan 10 kemudahan yang terletak di Kanada, AS, Belgium, Australia dan China.

Untuk maklumat lanjut:  cellcarta.com

Tentang Biogazelle 
Biogazelle menawarkan perkhidmatan makmal pakar dalam pengkuantitian asid nukleik (ekspresi, mutasi dan analisis bilangan salinan gen, saringan oligonukleotida antideria) untuk menyokong para pelanggannya dalam pembangunan diagnostik dan terapeutik mereka. Aliran kerja yang disesuaikan untuk sampel berkaitan klinikal – dari biopsi cecair hingga tisu tetap – adalah tersedia. Selain itu, program pembangunan biopenanda RNA yang canggih milik Biogazelle menawarkan penyelesaian serba lengkap dari penyelidikan panel biopenanda RNA (termasuk biopsi cecair) hingga pembangunan ujian diagnostik molekul berasaskan PCR. Biogazelle juga berfungsi sebagai makmal khusus dalam bidang ujian klinikal dan dalam persekitaran diagnostik rutin.

Untuk maklumat lanjut: biogazelle.com

     

Hubungan Media untuk CellCarta: Prosek Partners, Jackie Schofield, Jschofield@prosek.com; CellCarta, Guylaine Galipeau, Pengarah Pemasaran Global CellCarta, ggalipeau@caprion.com; Biogazelle, Roel Sterken, Ketua Pegawai Eksekutif Biogazelle, +32/470.88.700, Roel.sterken@biogazelle.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1708958/CellCarta_1.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1708959/CellCarta_Biogazelle_2.jpg?p=medium600

 

Source: CellCarta
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers