Pasukan Pembangunan Digital Pertama telah Dilancarkan di Lisbon, Portugal
GENEVA, 14 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Membangunkan produk dan perkhidmatan digital, Skuad Inovasi kami akan membolehkan SGS mengesahkan lebih banyak inovasi dengan lebih cepat dan lebih berkesan dari segi kos melalui pendekatan mengutamakan pelanggan.
SGS, sebuah syarikat pengujian, pemeriksaan dan pensijilan terkemuka di dunia, telah mengambil langkah besar ke hadapan dalam hasratnya untuk menjadi peneraju digital dalam industri TIC global dengan penubuhan Skuad Inovasi pertamanya di Lisbon, Portugal.
Ditubuhkan pada bulan Oktober 2021, Skuad Inovasi ini merupakan sebahagian daripada pasukan Digital & Inovasi SGS. Skuad ini beroperasi dengan menggunakan teknologi dan metodologi digital yang canggih untuk prototaip pantas dan pembangunan produk yang tertumpu kepada pengguna.
Skuad yang berpangkalan di Lisbon ini merupakan yang pertama daripada banyak lagi skuad yang dirancang oleh SGS untuk ditubuhkan di pelbagai rantau global dengan pengambilan ahli yang sudah pun dijalankan untuk pasukan kedua. Setiap skuad yang terdiri daripada pengurus produk, pereka, pembangun dan saintis data, akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan dan serantau untuk mengesahkan, membina dan mengeluarkan perkhidmatan digital baharu secara berskala dan pantas.
Siddi Wouters, Naib Presiden Kanan Digital & Inovasi berkata: "Pembukaan operasi baharu kami di Portugal ini merupakan satu peristiwa penting untuk mencapai cita-cita digital kami. Bidang tumpuan utama kami termasuklah menjadi sebuah Syarikat Dipacu Data yang meningkatkan prestasi dengan menghubungkan data masa nyata dengan individu dan proses di seluruh ekosistem SGS. Permudahan Pintar, penyelarasan proses dan perkhidmatan dengan meningkatkan operasi fizikal melalui kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin. Akhir sekali, Pelanggan Didahulukan, yang mengutamakan pelanggan dengan membolehkan mereka saling berhubung, mengintegrasi dan memperibadikan pengalaman mereka dengan mudah berdasarkan perkhidmatan yang tepat untuk orang yang tepat pada waktu yang tepat."
Skuad ini akan bekerjasama rapat dengan sektor perniagaan SGS dalam Sumber Asli; Industri dan Alam Sekitar; Kesihatan dan Pemakanan; Pengetahuan serta Ketersambungan dan Produk.
Borge Nilsen, Naib Presiden, Kilang Inovasi SGS mengulas: "Kami gembira melihat Skuad Inovasi SGS yang pertama ditubuhkan di Lisbon. Skuad ini merupakan bahagian yang penting dalam enjin inovasi kami. Ia menyediakan sumber khusus yang membolehkan SGS memperoleh lebih banyak nilai daripada usaha inovasinya secara konsisten dan lebih pantas."
Metodologi baharu seperti Design Thinking, Lean Startup dan Agile membolehkan SGS menumpukan perhatian kepada pelanggan, memudahkan penerokaan pantas dan hanya membina apa yang mempunyai nilai. Kepelbagaian bakat dalam setiap skuad memastikan pelanggan akan disokong untuk menambah baik dan mengembangkan operasi mereka melalui teknologi digital. Akhirnya, usaha inovasi SGS akan terus membolehkan syarikat menyampaikan hasratnya untuk mewujudkan dunia yang lebih baik, lebih selamat dan terhubung.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:
Borge Nilsen
Naib Presiden, Kilang Inovasi
Digital dan Inovasi
SGS Telefon: +47 56 16 81 00
Tentang SGS
Kami ialah SGS – syarikat pengujian, pemeriksaan dan pensijilan terkemuka di dunia. Kami dikenali sebagai penanda aras global untuk kualiti dan integriti. 93,000 orang pekerja kami mengendalikan satu rangkaian yang terdiri daripada 2,600 buah pejabat dan makmal, bekerjasama untuk mewujudkan dunia yang lebih baik, lebih selamat dan lebih terhubung.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1705510/MicrosoftTeams.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1705513/Siddi_Wouters.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1705511/Borge_Nilsen.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1705512/SGS_Digital_and_Innovation_Logo.jpg?p=medium600