omniture

Wipro Memperluas Tawaran Sukan, Hiburan, Peruncitan dan Pengangkutan dengan Pelancaran Penyelesaian Wipro VisionEDGE

Wipro Limited
2021-12-15 19:12 20

- Perkongsian strategik yang diperluas dengan Cisco meletakkan Wipro sebagai peneraju dalam menyediakan penyelesaian & perkhidmatan kepada industri pengiklanan digital

NEW YORK dan BANGALORE, India, 15 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Wipro Limited (NYSE: WIT ) ( BSE: 507685 ) ( NSE: WIPRO ), sebuah syarikat teknologi maklumat, perundingan dan perkhidmatan proses perniagaan global terkemuka, hari ini mengumumkan Wipro VisionEDGE, sebuah penyelesaian pengiklanan papan tanda digital dan saluran omni yang dinamik untuk mengembangkan tawaran sukan, peruncitan, pengangkutan dan hiburannya. Dahulunya dikenali sebagai Cisco Vision, Wipro VisionEDGE menawarkan sebuah platform yang tertumpu untuk inovasi dan membenarkan jenama menguruskan dan menstrim kandungan untuk meningkatkan penglibatan pelanggan.

Memandangkan stadium, lapangan terbang, pusat peruncitan dan tempat lain mencari cara yang lebih cekap untuk berinteraksi dengan pelanggan, penyelesaian Wipro VisionEDGE menawarkan fleksibiliti untuk menyampaikan pelbagai jenis video dan pengiklanan berkualiti tinggi untuk mengubah pengalaman pelanggan. Wipro VisionEdge akan memanfaatkan potensi Perkhidmatan Awan Wipro FullStride untuk memberikan pelanggan keupayaan dalam memperoleh nilai perniagaan baharu daripada ciri jenama mereka serta mencipta aliran pendapatan baharu.

Wipro telah bekerjasama dengan Cisco untuk menawarkan penyelesaian kepada pelanggan melalui program Cisco SolutionsPlus dan Senarai Harga Global Cisco (GPL) pada akhir tahun 2021. Di samping itu, kedua-dua syarikat akan terus melabur dalam pelan ke pasaran dan berkembang kepada aplikasi berpotensi yang lebih baharu untuk penyelesaian Wipro VisionEDGE.

"Kerjasama strategik antara Wipro dan Cisco selama 26 tahun merupakan bukti keupayaan kami untuk mengikuti rentak landskap perniagaan dan teknologi yang berubah-ubah serta menyampaikan nilai melalui tawaran yang berbeza dengan model kerjasama yang inovatif. Pelancaran Wipro VisionEDGE melalui program SolutionsPlus Cisco akan memperluas jangkauan penyelesaian dan perkhidmatan kami secara signifikan kepada pelanggan di seluruh dunia. Kami akan terus membangunkan ciri, keupayaan dan perkhidmatan baharu dengan memanfaatkan tawaran EngineeringNXT dan 5G kami untuk menyampaikan nilai dan peluang perniagaan baharu kepada pelanggan kami. Kami teruja untuk memasuki fasa kerjasama strategik dengan Cisco yang seterusnya," kata Malay Joshi, Naib Presiden Kanan & Ketua Sektor – Sukan, Komunikasi, Media, Teknologi, Wipro Limited.

"Oleh kerana pasaran pengiklanan digital terus berkembang dan berubah, kami teruja untuk meningkatkan kerjasama kami bagi menyampaikan Wipro VisionEDGE dan penyelesaian terbaik kepada para pelanggan kami," kata Ken Martin, Pengarah Urusan Jualan Global - Kumpulan Industri Sukan, Media dan Hiburan, Cisco. "Industri sukan, media, hiburan, pengangkutan dan peruncitan kesemuanya sedang mengalami transformasi besar-besaran yang disokong oleh rangkaian tertumpu, teknologi tanpa wayar, IPTV (televisyen Protokol Internet), fabrik IP, penderia, aplikasi natif awan, 5G, Kecerdasan Buatan dan inovasi baharu lain yang akan memberikan peluang yang julung-julung kali berlaku. Kami akan terus melabur dalam portfolio penyelesaian kami dan bekerjasama rapat dengan pelanggan dan rakan kongsi kami untuk menyokong keperluan mereka yang semakin meningkat serta mengguna pakai teknologi terbaik di pasaran."

Untuk maklumat lanjut: https://www.wipro.com/engineeringNXT/wipro-visionedge-a-dynamic-digital-signage-solution/  

Tentang Cisco 

Cisco (NASDAQ: CSCO) ialah peneraju teknologi yang memperkasakan Internet di seluruh dunia. Cisco memberi inspirasi terhadap potensi-potensi baharu dengan memperbaharui semula aplikasi, menjamin keselamatan perusahaan dan mengubah infrastruktur serta memperkasakan pasukan anda untuk masa depan yang inklusif dan global.

Tentang Wipro Limited 

Wipro Limited (NYSE: WIT) (BSE: 507685) (NSE: WIPRO) ialah sebuah syarikat perkhidmatan teknologi maklumat, perundingan dan proses perniagaan global yang terkemuka. Kami memanfaatkan kuasa pengkomputeran kognitif, automasi hiper, robotik, awan, analisis dan teknologi baru muncul untuk membantu pelanggan kami menyesuaikan diri dengan dunia digital dan menjadikan mereka berjaya. Sebagai sebuah syarikat yang diiktiraf secara global kerana portfolio perkhidmatan yang komprehensif, komitmen yang kukuh terhadap kelestarian dan kewarganegaraan korporat yang baik, kami mempunyai lebih 220,000 pekerja yang berdedikasi yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan merentasi enam buah benua. Kami meneroka idea bersama-sama dan mencari penyelesaian untuk membina masa depan baharu yang lebih baik dan cerah. 

Hubungan Media: 

Nisha Chandrasekaran
Wipro Limited
nisha.chandrasekaran@wipro.com

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung di dalam siaran ini menunjukkan kepercayaan Wipro tentang peristiwa masa depan, yang kebanyakannya bersifat semula jadi, sememangnya tidak pasti dan berada di luar kawalan Wipro. Pernyataan tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan tentang prospek pertumbuhan Wipro, keputusan operasi kewangan pada masa hadapan serta rancangan, jangkaan dan hasrat syarikat. Wipro memberi amaran kepada pembaca bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan yang terkandung di dalam siaran ini adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang hasil yang dijangkakan oleh pernyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada risiko dan ketidakpastian tentang pendapatan, hasil dan keuntungan kami, keupayaan kami untuk menjana dan menguruskan pertumbuhan, cadangan tindakan korporat yang lengkap, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT, keupayaan kami untuk mengekalkan kelebihan kos, peningkatan gaji di India, keupayaan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkemahiran tinggi, masa dan kos yang melebihi harga tetap, kontrak jangka masa tetap, penumpuan pelanggan, larangan imigresen, keupayaan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan terhadap teknologi dalam bidang tumpuan utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi, keupayaan kami untuk berjaya melengkapkan dan menyepadukan potensi pengambilalihan, liabiliti terhadap kerosakan pada kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat yang kami laburkan secara strategik, penarikan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik, peperangan, sekatan undang-undang terhadap pengumpulan modal atau pengambilalihan syarikat-syarikat di luar India, penggunaan harta intelek kami tanpa kebenaran dan keadaan ekonomi umum yang mempengaruhi industri serta perniagaan kami. Keadaan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 boleh mengurangkan perbelanjaan teknologi, menjejaskan permintaan terhadap produk kami, mempengaruhi kadar perbelanjaan pelanggan dan boleh menjejaskan keupayaan pelanggan kami atau kesediaan mereka untuk membeli tawaran kami, kelewatan keputusan pembelian pelanggan prospektif yang menjejaskan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan rundingan di lokasi dan ketidakupayaan kami untuk menyampaikan tawaran kepada pelanggan kami atau melambatkan peruntukan tawaran kami yang kesemuanya boleh menjejaskan jualan, keputusan operasi dan prestasi kewangan keseluruhan kami pada masa hadapan. Operasi kami juga mungkin terjejas secara negatif oleh pelbagai faktor luaran yang berkaitan dengan pandemik COVID-19 yang di luar kawalan kami. Risiko tambahan yang boleh menjejaskan hasil operasi masa depan kami dijelaskan dengan lebih lengkap dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk, tetapi tidak terhad kepada Laporan Tahunan pada Borang 20-F. Pemfailan ini tersedia di www.sec.gov. Kami mungkin akan membuat pernyataan berpandangan ke hadapan tambahan secara bertulis dan lisan dari semasa ke semasa, termasuk pernyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta laporan kami kepada para pemegang saham. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa oleh kami atau bagi pihak kami.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1708302/Wipro_Logo.jpg?p=medium600

Source: Wipro Limited
Related Stocks:
Bombay:507685 Bombay:WIPRO.BO Frankfurt:WIOA.F India:EQWIPRO India:WIPRO India:WIPRO.NS NYSE:WIT
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Retail Sports Telecommunications New products/services