omniture

Mobileum Dirujuk sebagai Vendor Contoh untuk Pengurusan Risiko Digital dalam Laporan Gartner ® 2021 Bertajuk "Emerging Technology Horizon for Information Security"

Mobileum
2021-12-15 22:59 69

Jaminan Perniagaan adalah penting untuk melindungi ekosistem digital 5G

CUPERTINO, California, 15 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), sebuah penyedia penyelesaian analitik global yang terkemuka bagi perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, ujian dan pemantauan, berbesar hati mengumumkan bahawa ia telah dirujuk dalam laporan Gartner 2021 bertajuk "Emerging Technology Horizon for Information Security" (Horizon Teknologi Baharu untuk Keselamatan Maklumat). Laporan tersebut mengenal pasti Mobileum sebagai Vendor Contoh untuk Pengurusan Risiko Digital (DRM).*

Dengan penyelesaian kesalinghubungan asas 5G yang telah pun tersedia, keupayaan dengan awan, pengkomputeran canggih mudah alih, IoT, kecerdasan buatan dan realiti maya dan terimbuh yang lebih maju dan dijangka akan mengungkap potensi ekonomi penuh 5G. Walau bagaimanapun, tidak seperti teknologi terdahulu yang menyaksikan CSP mengawal keseluruhan rantaian nilai, 5G dan IoT akan mewujudkan ekosistem baharu sepenuhnya, rantaian nilai teragih pihak berkepentingan dan silo maklumat yang memerlukan pendekatan baharu bagi memantau risiko digital.

"Dengan keupayaan untuk mengurus dan menghubungkaitkan jumlah data yang besar yang dijangkakan daripada perkhidmatan 5G dan peranti IoT baharu, CSP berada pada titik penting untuk menangani risiko digital tentang pengaturan kerjasama dan ekosistem B2B2X mereka. Potensi manfaat inisiatif risiko digital ini merangkumi kecekapan, produktiviti dan keuntungan hasil serta meningkatkan keberkesanan usaha pengurangan risiko. Perisian Jaminan Perniagaan RAID Mobileum menyediakan penyelesaian pengurusan risiko yang memanfaatkan data industri telekomunikasi masa nyata untuk melindungi ekosistem digital dan industri perusahaan yang disokong oleh 5G," jelas Ron Haberman, Ketua Pegawai Produk Mobileum.

Penyelesaian RAID Mobileum ialah sebuah platform analitik yang menggunakan pengingesan dan pemprosesan data masa nyata untuk meningkatkan usaha pengurangan risiko. Ia merangkumi automasi proses, automasi keputusan dan pemantauan terdigit berserta amaran awal automatik. Ia dilengkapi dengan fungsi dan kawalan pengurusan risiko prabina berdasarkan kes penggunaan risiko digital seperti katalog pengurusan risiko bersepadu (IRM) untuk menyediakan kawalan yang ketat bagi kebanyakan model kerjasama ekosistem 5G yang akan sentiasa disokong oleh CSP.

RAID adalah amat berskala dan menyediakan pemantauan kawalan berterusan untuk pengurusan risiko masa nyata:

  • Pemantauan risiko objektif peringkat perkhidmatan (SLO) berdasarkan perjanjian kesalinghubungan - bagi menyokong perkhidmatan B2B2X
  • Pengewangan dan pemerolehan pendapatan 5G CSP
  • Ujian, pemantauan dan pemantauan prestasi rantaian nilai IoT selular untuk pendayaan SLA
  • Pemantauan identiti hibrid (fizikal dan digital) untuk mengesan penipuan identiti dan pengambilalihan akaun
  • Pengesanan penipuan untuk melindungi peranti dan identiti IoT

Mobileum turut menerima pengiktirafan sebagai vendor contoh Keselamatan Rangkaian 5G dalam laporan Gartner 2021 bertajuk "Hype Cycle™ for Privacy, 2021[1]" dan "Hype Cycle™ for the Future of CSP Network Infrastructure, 2021 [2]."

Sumber (tersedia untuk pelanggan Gartner): 

*Gartner, "Emerging Technology Horizon for Information Security ", Ruggero Contu , dll., 16 November 2021.

[1] Gartner, Gartner, Hype Cycle for Privacy, 2021, Bart Willemsen, 13 Julai 2021.

[2] Gartner, "Gartner, Hype Cycle for the Future of CSP Networks Infrastructure, 2021, Sylvain Fabre, 12 Julai 2021.

Penafian Gartner 

GARTNER dan HYPE CYCLE ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di dalam siaran ini dengan kebenaran.

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Kecerdasan Aktif miliknya yang menyediakan penyelesaian analitik canggih yang membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura, UK dan Emiriah Arab Bersatu.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/  dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Logo -  https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Mobileum
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Data Analytics