omniture

Fingerpaint Mengambil Alih Engage, sebuah Firma Data dan Analisis yang Berpangkalan di London, Mengukuhkan Jejak Globalnya

Fingerpaint
2021-12-15 23:39 68

Pengambilalihan ini akan memperkukuh tawaran saluran omni , keupayaan data dan analisis serta kehadiran global Fingerpaint.

SARATOGA SPRINGS, NEW YORK dan LONDON, 15 Disember 2021 /PRNewswire/-- Fingerpaint, rakan pengkomersialan global biofarmaseutikal untuk penyelesaian bersepadu yang didayakan analisis, mengumumkan pengambilalihan Engagel, sebuah firma pemasaran penjagaan kesihatan didayakan data dan analisis yang berpangkalan di London serta memenangi anugerah. Butiran urus niaga ini tidak didedahkan. 

Engage akan memperluas jejak Fingerpaint di Eropah dan melengkapkan kepakaran data dan analisis semasa syarikat.

"Pengukuhan infrastruktur global kami mencerminkan pelbagai industri biofarmaseutikal yang kami ceburi di seluruh dunia," kata Ed Mitzen, Pengasas Fingerpaint. "Gabungan penyelesaian pemasaran saluran omni global kami yang dibimbing oleh—dan berakar-umbi dalam—data akan memajukan kedudukan Fingerpaint sebagai rakan kongsi digital transformasi yang memenuhi keperluan pengkomersialan biofarmaseutikal."

Mary McGregor dan Dave Chandler, pengasas dan rakan kongsi pengurusan Engage, akan terus mengetuai operasi harian syarikat. 

"Penyepaduan ke dalam Fingerpaint akan membolehkan kami memanfaatkan bakat kreatif dan digitalnya yang memenangi anugerah dan memaksimumkan kempen saluran omni sewaktu kami meneruskan kerjasama dengan jenama global pada setiap peringkat proses pengkomersialan," kata McGregor.

"Gabungan kepakaran kami dengan Fingerpaint akan mewujudkan keupayaan digital berasaskan prestasi terbaik untuk para pelanggan di seluruh firma bersepadu syarikat," kata Chandler.

Knox Lane, sebuah firma ekuiti swasta yang berpangkalan di San Francisco, merupakan pelabur strategik dalam Fingerpaint.

"Engage akan membantu mengembangkan keupayaan data dan analisis yang diharapkan oleh industri daripada Fingerpaint, rakan kongsi pengkomersialan biofarmaseutikal yang terkemuka," kata Shamik Patel, rakan kongsi Knox Lane.

Engage menyertai firma bersepadu Fingerpaint iaitu MedThink, sebuah syarikat yang memperkasakan penyedia penjagaan kesihatan melalui komunikasi perubatan; Leaderboard Branding, sebuah perniagaan penamaan dan penjenamaan global terkemuka; 1798, sebuah firma pengkomersialan dan akses pasaran yang mengkhusus dalam perkhidmatan perundingan penjagaan kesihatan, termasuk perkhidmatan akses pesakit dan penyedia; serta Photo 51, sebuah syarikat perundingan yang tertumpu hanya kepada terapeutik lanjutan seperti terapi gen dan sel.

Tentang Fingerpaint:

Bebas dari segi reka bentuknya dan ditubuhkan atas dasar empati, Fingerpaint ialah rakan kongsi pengkomersialan global biofarmaseutikal untuk penyelesaian bersepadu didayakan analisis. Kekuatan syarikat ini ialah sebuah pasukan global yang memenangi anugerah dengan lebih 700 orang pekerja yang komited untuk mencipta dan melaksanakan pengalaman jenama yang bermakna untuk penyedia penjagaan kesihatan, rakan kongsi penjagaan dan para pesakit. 

Fingerpaint dinobatkan sebagai Agency of the Year 2021 oleh Med Ad News dan pada tahun 2018, ia memenangi Heart Award daripada Med Ad News kerana komitmennya terhadap kedermawanan dan tujuan sosial. Selain itu, ia telah berada dalam senarai Inc. Magazine untuk 5,000 Syarikat Paling Pesat Berkembang sepanjang lapan tahun yang lalu. Sila kunjungi kami di Fingerpaint.com dan ikuti kami di Facebook, Twitter, LinkedIn dan Instagram. 

Tentang Engage:

Engage, sebuah syarikat Fingerpaint, ialah firma pemasaran penjagaan kesihatan didayakan data dan analisis yang berpangkalan di London serta memenangi anugerah. Ia menyampaikan penyelesaian pemasaran saluran omni global yang dikuasakan oleh maklumat data yang canggih untuk menyampaikan strategi penglibatan pelanggan, pembangunan kandungan dan teknologi, penggunaan kempen serta analisis prestasi masa nyata. 

Hubungan Media:
fingerpaint@jonesworks.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/489237/Fingerpaint_Marketing_Logo.jpg?p=medium600

Source: Fingerpaint
Keywords: Advertising Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics