omniture

Adapdix memperkenalkan pembuatan autonomi Industri 5.0 dengan EdgeOps™, platform awan hibrid pertama dengan teknologi DataMesh

Adapdix Corporation
2021-12-16 00:04 69

Berdasarkan pada teknologi Adapdix DataMesh, EdgeOps mengembangkan cara manusia berinteraksi dengan mesin dan proses yang memberikan kecekapan operasi dan penjimatan kos 

PLEASANTON, California, 15 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Adapdix Corporation, peneraju industri dalam sistem autonomi, mengumumkan Adapdix EdgeOps™, sebuah platform perisian yang menggabungkan kawalan autonomi dengan teknologi DataMesh teragih untuk mendayakan pembuatan autonomi. Ia memberikan kecekapan operasi yang berprestasi tinggi dan ketara serta menjimatkan kos perniagaan pembuatan.

"Yang membezakan EdgeOps ialah, kami merintis sistem autonomi yang menjadikan perusahaan boleh disesuaikan dengan mendayakan serta mengoptimumkan pembetulan kendiri peralatan dalam masa nyata. Dengan teknologi DataMesh sebagai teras platform kami, kami membantu syarikat mencari, memahami dan mengiktiraf nilai data yang telah mereka hasilkan," kata Anthony Hill, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Adapdix. "Pelanggan yang kami tumpukan – pembuatan kepersisan serta sektor industri lain – menjana sejumlah besar data di pinggir. Aplikasi pembuatan sangat mencabar kerana ia memerlukan pengurusan dan analisis data teragih yang menghasilkan maklumat dalam tempoh milisaat. Selain itu, EdgeOps menyediakan para pelanggan kami dengan keupayaan untuk meningkatkan penggunaan autonomi dari peringkat peralatan hingga perusahaan lalu menghasilkan nilai yang tidak pernah direalisasikan sebelum ini. Akhirnya, pendekatan ini membantu pelanggan melaksanakan strategi awan hibrid mereka."

Sejak sedekad yang lalu, syarikat pembuatan telah memulakan perjalanan yang sering dirujuk sebagai Industri 4.0. Walaupun ada yang telah mendapat keuntungan besar daripada usaha mereka, namun ada juga yang terperangkap dalam "Pilot Purgatory." Integrasi pinggir ke awan, kesalinghubungan jarak jauh dan pembuatan autonomi adalah lebih dari sekadar sebuah konsep. Inovasi teknologi ini telah pun wujud dan gangguan baru-baru ini seperti kekurangan cip, kelewatan rantaian bekalan, cabaran buruh serta COVID-19 di seluruh dunia telah mempercepat kebanyakan dimensi tersebut. Kini, para pengilang perlu bertanya tentang apa seterusnya. Bagaimana untuk mereka mencapai matlamat produktiviti yang berterusan dan melancarkan kemudahan mereka ke dalam revolusi perindustrian seterusnya – Industri 5.0 – dalam suasana manusia dan mesin yang berinteraksi secara lancar untuk mengoptimumkan operasi mereka?

"Gangguan baru-baru ini juga berfungsi sebagai pemangkin inovasi, pertumbuhan dan transformasi perniagaan," kata Ritu Jyoti, Naib Presiden Kumpulan, Penyelidikan Automasi dan AI Seluruh Dunia di IDC. "Digabungkan dengan jumlah hasil data pinggir yang semakin meningkat dan kerumitannya, pemimpin operasi sedang mencari penyelesaian awan hibrid yang boleh memberikan nilai operasi masa nyata sambil mengurus data secara bijak merentasi kedua-dua titik akhir pinggir dan awan. Dengan menyepadukan teknologi Edge Intelligence yang diperoleh baru-baru ini ke dalam platform EdgeOps, Adapdix kini menyediakan perisian awan hibrid yang dibina untuk melaksanakan AI/ML di pinggir dengan gabungan sistem pengurusan data teragih generasi seterusnya yang membolehkan pelanggan mengekalkan data di tempat ia dihasilkan, namun data tersebut akan dianalisis dan dipersoalkan secara global."

Dengan bermulanya wawasan Industri 5.0 ini, seni bina dengan kontena moden EdgeOps menangkap, menyimpan, menganalisis dan menyegerakkan data, menyampaikan kecerdasan mesin dan kawalan autonomi dalam persekitaran pembuatan termaju - semuanya dalam milisaat. EdgeOps menambah baik kependaman, keselamatan, privasi dan kos, dengan membawa aplikasi kepada data anda berbanding keperluan untuk memindahkan data anda kepada aplikasi. Dengan memanfaatkan kuasa DataMesh kami untuk menggabungkan semua jenis data, EdgeOps menyambung sebarang jenis data silo yang mungkin wujud dengan menghubungkan peristiwa merentasi pelbagai sumber. Ini meningkatkan prestasi penggunaan, kualiti data dan konteks yang membentuk asas untuk kawalan sistem autonomi.

Pengoptimuman preskriptif dan kawalan autonomi yang dihasilkan oleh EdgeOps memberikan Pulangan Pelaburan yang pantas dan berterusan. Sebagai contoh, pelanggan telah mengukur pengurangan kos penyelenggaraan peralatan sebanyak 45%, masa henti yang dikurangkan sebanyak 50% dan peningkatan daya pemprosesan sebanyak 20%. Perisian Adapdix digunakan oleh pelanggan di pelbagai bidang industri, termasuk pengeluar semikonduktor terkemuka untuk meningkatkan prestasi operasi.

Walaupun terdapat beberapa kebimbangan tentang penumpuan data, namun Adapdix mendayakan pengurusan data awan hibrid serta kawalan autonomi yang sebenar. Mulakan dalam masa beberapa hari dan saksikan ROI dalam beberapa minggu. Inilah yang membezakan Adapdix. Sila layari Adapdix.com untuk membebaskan diri anda daripada "Pilot Purgatory" dan memulakan perjalanan Industri 5.0 anda.

Tentang Adapdix
Adapdix menyediakan platform perisian inovatif yang mendayakan sistem autonomi untuk perusahaan. Platform EdgeOps syarikat yang berpusatkan pelanggan serta dikuasakan oleh teknologi DataMesh, meningkatkan masa hidup peralatan, mengurangkan kos rantaian bekalan dan logistik serta mendayakan operasi berautonomi. Ditubuhkan pada 2015, Adapdix beribu pejabat di Pleasanton, California – sila lihat www.adapdix.com.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1601861/Adapdix_logo.jpg?p=medium600

Source: Adapdix Corporation
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Machinery Mining/Metals Workforce Management/Human Resources New products/services