omniture

Pandangan Perniagaan untuk tahun 2022: Ketua Eksekutif Global Positif

YPO
2021-12-16 06:04 30

NEW YORK, 16 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Lebih 80% eksekutif global di seluruh 44 industri percaya pertumbuhan ekonomi akan kekal kukuh pada tahun 2022, walaupun ia bukan tanpa tahap ketidakpastian yang tinggi, menurut tinjauan baharu oleh YPO.

Tinjauan yang telah dijalankan pada 18 November – 5 Disember dengan 1,700 Ketua Eksekutif di 101 buah negara memberi maklum balas, antara penemuan utama tinjauan YPO Global Pulse termasuk:

  • Perkara-perkara yang diharapkan oleh kebanyakan syarikat dari segi pertumbuhan pendapatan dan pengambilan pekerja. 
    • Antara mereka yang ditinjau, 37% telah melaporkan peningkatan pendapatan sebanyak 20% atau lebih sejak awal tahun 2021 dan hanya 17% menyaksikan penurunan sebanyak 10% atau lebih sejak awal tahun ini. 
    • Pengambilan pekerja telah meningkat, dengan 38% responden mengalami peningkatan sebanyak 10% atau lebih dalam bilangan pekerja sejak awal tahun 2021, walaupun 45% firma mengatakan bahawa jumlah bilangan pekerja mereka adalah lebih kurang sama seperti pada awal tahun 2021 dan 16% mengatakan mereka telah menyaksikan penurunan. 
  • Kebanyakan ketua eksekutif (71%) sangat atau agak bimbang tentang kesan inflasi ke atas perniagaan mereka pada tahun depan. Pemimpin A.S. (77%) lebih bimbang terhadap inflasi berbanding rakan sejawat global mereka.  
    • Kebimbangan terhadap inflasi boleh menimbulkan berita buruk untuk pengguna, dengan responden dalam industri Makanan dan Minuman (74%), Pembuatan (73%) dan Jualan Runcit dan Borong (62%) bercadang untuk meningkatkan harga sebagai tindak balas kepada inflasi. 
  • Nampaknya tiada penyelesaian segera yang dilihat dalam isu rantaian bekalan, dengan hanya 2% responden percaya ia akan diselesaikan pada awal tahun 2022. Tiga puluh sembilan peratus percaya penyelesaian akan muncul pada akhir tahun 2022 dan 38% menjangkakan ia akan tercapai pada tahun 2023 atau tahun-tahun selepas itu. 
  • Kekurangan tenaga kerja global dijangka akan berterusan, dengan 67% responden mengatakan ia agak atau sangat sukar untuk mencari pekerja untuk tenaga kerja umum dan 57% responden melaporkan tahap kesukaran yang sama apabila ia berkaitan dengan pengambilan kakitangan peringkat pengurusan atasan dan eksekutif. 
  • Walaupun hanya 1% daripada eksekutif yang ditinjau percaya pekerja lebih produktif apabila bekerja di rumah, 74% pemimpin perniagaan berkongsi bahawa beberapa bentuk pengaturan kerja yang fleksibel akan dijangka berkekalan. 
  • Dengan tekanan pandemik yang sangat memberi kesan, sesetengah perniagaan meningkatkan manfaat kesihatan mental, dengan 35% melaporkan beberapa jenis pelaburan kesihatan mental untuk para pekerja dan 16% sedang merancang untuk mengadakan pelaburan seumpamanya. 
  • Menuju ke tahun 2022, ahli YPO berkongsi bahawa semua pemimpin perniagaan hendaklah memberi tumpuan untuk:
    • Meningkatkan penglibatan pekerja dan budaya kerja/pengekalan pekerja  
    • Meneroka aliran tunai alternatif/melindungi aliran tunai sedia ada 
    • Bersedia untuk menghadapi inflasi 
    • Perancangan untuk menangani isu rantaian bekalan 
    • Memahami keperluan pelanggan yang semakin berkembang

YPO Global Pulse  Metodologi:
YPO Global Pulse telah dijalankan oleh YPO bermula dari 18 November – 5 Disember 2021 melalui soal selidik dalam talian. Sejumlah 1,700 ahli YPO telah memberi maklum balas dan mewakili 101 buah negara yang berbeza. Margin ralat persampelan ialah sebanyak lebih kurang 2.3 mata peratusan pada tahap keyakinan sebanyak 95 peratus.

Tentang YPO:
YPO ialah komuniti kepimpinan global yang terdiri daripada lebih 30,000 orang ketua eksekutif di 142 buah negara yang dihubungkan dengan kepercayaan bersama bahawa dunia ini memerlukan pemimpin yang lebih baik. Sila layari ypo.org untuk maklumat lanjut.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1065220/YPO_Logo.jpg?p=medium600

Source: YPO
Keywords: Workforce Management/Human Resources Not for profit Survey, Polls & Research Public Interest