- Coway akan mempersembahkan visinya untuk kehidupan lebih baik melalui inovasi perkakas rumah persekitaran di CES 2022 dan pengalaman maya dalam talian
SEOUL, Korea Selatan, 17 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," hari ini mengumumkan ia akan mempamerkan inovasi perkakas rumah persekitarannya yang terkini di Pameran Elektronik Pengguna (CES) pada Januari 2022. Coway menjemput para hadirin CES 2022 ke Venetian Expo, reruai #52509, di Las Vegas. Hadirin juga boleh mengunjungi 'CES 2022 Coway Brand Site' maya dan meneroka inovasinya daripada keselesaan rumah mereka.
Dianjurkan oleh Consumer Technology Association, CES ialah pameran perdagangan teknologi tahunan yang paling berpengaruh di dunia yang mana pempamer mendedahkan inovasinya yang terkini kepada orang ramai.
Di bawah tema We innovate for your better life (Kami berinovasi demi kehidupan anda yang lebih baik), Coway berkongsi visinya untuk rumah masa depan dan bagaimana teknologi generasi seterusnya menambah lebih banyak kemudahan kepada kehidupan harian orang ramai. Bagi menawarkan sepintas lalu mengenai masa depan teknologi rumah, Coway akan mempamerkan penulen air, pembersih udara dan tilam yang meningkatkan cara hidup kami.
Pameran ini akan menampilkan empat zon utama, 'Smart Sleep Solution,' 'Noble,' 'Icon' dan 'Airmega.' Setiap satu daripada zon ini akan mempamerkan bagaimana teknologi inovatif Coway dapat mentakrifkan semula tilam, penulen air, pembersih udara dan bidet.
Mereka yang tidak hadir boleh mengalami Reruai Coway CES di 'CES 2022 Coway Brand Site'. Platform digital ini akan menampilkan produk yang dipamerkan, kandungan Coway X BTS dan memberi akses kepada acara di lapangan. Untuk rakan media, rakan niaga dan pelawat, pra-pendaftaran untuk lawatan reruai dan mesyuarat tersedia.
Seorang pegawai Coway berkata, "Ia merupakan satu penghormatan dapat membawakan inovasi rumah pintar terkini kami, tercipta daripada kepakaran air, udara dan reka bentuk selama 32 tahun, ke CES 2022. Kami berharap agar ini akan memberi gambaran mengenai potensi dari segi bagaimana penyelesaian kehidupan Coway dapat membentuk kehidupan harian masa depan kita."
DI MANA: Reruai Venetian Expo #52509 dan secara dalam talian di 'CES 2022 Coway Brand Site'
KIT AKHBAR: Kit Akhbar Coway
Coway mula mengambil bahagian di CES pada tahun 2016. Susulan pengenalan kepada banyak produk dan perkhidmatan pintar revolusioner termasuk Jendela Pintar, Pembersih Udara Robot, pembersih udara dikawal suara 'Airmega,' Pembersih Pakaian dan Induksi Air serta Pembasuh Pinggan Mangkuk, Coway diiktiraf untuk inovasi teknologi dan reka bentuknya.
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah berdasarkan kepada kejayaan perniagaan ini di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.