omniture

Forum Pertukaran Budaya Kemboja-China dan Majlis Perasmian Rangkaian Pertukaran Budaya Kemboja dan China Diadakan di Beijing

China Huaneng
2021-12-21 09:47 142

BEIJING, 20 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada 16 Disember, Forum Pertukaran Budaya Kemboja-China yang pertama dan Majlis Pelancaran Rangkaian Pertukaran Budaya Kemboja dan China telahpun diadakan di Beijing. China Huaneng Group Co., Ltd. menganjurkan acara ini. Dengan tema "Inovasi, Konsensus dan Kemakmuran", Forum ini bertujuan untuk mengintegrasikan sumber yang berkualiti tinggi dalam bidang pertukaran budaya, menggalakkan penyepaduan budaya dan kesalinghubungan antara Kemboja dan China, mempererat kerjasama akademik dan pertukaran individu-kepada-individu antara Kemboja dan China serta meningkatkan pembelajaran bersama antara tamadun dan hubungan insan antara kedua-dua negara ini. Dalam pada itu, Rangkaian Pertukaran Budaya Kemboja dan China diumumkan secara rasmi di Forum ini.

Forum Pertukaran Budaya Kemboja-China Pertama dan Majlis Pelancaran Rangkaian Pertukaran Budaya Kemboja dan China Diadakan di Beijing
Forum Pertukaran Budaya Kemboja-China Pertama dan Majlis Pelancaran Rangkaian Pertukaran Budaya Kemboja dan China Diadakan di Beijing

En. Wang Wentian, Duta Luar Biasa dan Plenipotensiari Republik Rakyat China ke Kerajaan Kemboja, En. Prak Phannara, Kaunselor Komersial, Royal Embassy of Cambodia, En. Shu Yinbiao, Pengerusi China Huaneng Group Co., Ltd., Ahli Chinese Academy of Engineering, En. Lin Weijie, Ketua Pakar Ekonomi China Huaneng Group Co., Ltd., Pengarah Jabatan Perniagaan Luar Negara, En. Sok Touch, Presiden Royal Academy of Cambodia, En. Neak Oknha Kith Meng, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif The Royal Group, Kemboja dan En. Yang Dan, Presiden Beijing Foreign Studies University masing-masing menyampaikan ucapan di majlis perasmian Forum ini.

Dalam ucapan beliau, En. Wang Wentian berkata bahawa Kemboja dan China mempunyai asas budaya yang mendalam serta pertukaran budaya dan pembelajaran bersama sentiasa menjadi bahagian yang penting dalam kerjasama dua hala.

En. Prak Phannara, Kaunselor Komersial, Royal Embassy of Cambodia menyatakan bahawa Kemboja dan China merupakan jiran yang mesra dan sahabat setia secara tradisional dan hubungan Kemboja-China telah memancarkan daya hidup yang baharu baru-baru ini. Menuju masa depan yang dapat diramalkan, Kemboja dan China akan melaksanakan pertukaran dan kerjasama yang mendalam dari segi pertukaran budaya.

Dalam ucapan beliau. En. Shu Yinbiao berkata bahawa penubuhan Rangkaian Pertukaran Budaya Kemboja dan China akan mempereratkan lagi pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun Kemboja dan China, lalu membawa kepada lebih persefahaman, keakraban dan integrasi antara dua insan.

En. Sok Touch menyatakan bahawa penubuhan Rangkaian ini bertepatan dengan detik apabila hubungan dua hala antara Kemboja dan China terjalin pada waktu yang terbaik dalam sejarah.

Anggota-anggota rangkaian ini sebulat suara menyatakan bahawa Rangkaian ini akan mewujudkan kebiasaan pertukaran dan pembelajaran bersama yang baharu antara Kemboja dan China serta memberi sumbangan positif untuk meninjau pembangunan komuniti Kemboja-China dengan masa depan yang dikongsi bersama serta pembinaan jenis hubungan antarabangsa yang baharu di bawah pembangunan mampan dengan visi untuk memajukan budaya Kemboja dan China yang hebat serta prinsip-prinsip hormat-menghormati, kerjasama yang saling menguntungkan, saling membantu, keterangkuman dan juga pembelajaran bersama.

Source: China Huaneng
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news