Bagi memulakan tahun 2022, TCL akan mendedahkan secara maya teknologi paparan terkininya dan penambahan tahun 2022 kepada barisan peranti pintarnya menerusi Sidang Media 'Inspire Greatness'
HONG KONG, 21 Disember 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), jenama barangan elekronik pengguna yang terkemuka, membawakan keterujaan kepada khalayak global menerusi pemesejan korporat terkininya - rumah pintar beraksi serta pratonton TV Mini LED 2022 dan barisan produk mudah alih, sebelum pameran luar taliannya di CES 2022.
Cik Juan Du, Pengerusi TCL Electronics akan menganjurkan sidang media global secara dalam talian pada 4 Januari bersama-sama para eksekutif kanan TCL.
Selanjutnya pada hari yang sama, Naib Presiden Kanan TCL Amerika Utara Chris Larson dan pasukan eksekutif beliau akan membincangkan mengenai strategi jenama ini di wilayah ini di samping memperkenalkan produk terkini dan berita mutakhir menerusi Sidang Media Maya Amerika Utara TCL.
Ikuti kami di saluran media sosial TCL dengan #TCLInspireGreatness #TCL_MiniLED #CES2022 untuk perkembangan terkini semasa CES 2022.
Sidang Akhbar Global (Maya)
Tarikh: 4 Januari 2022
Waktu: 06:00 (PST) / 15:00 (CET) / 17:00 (AST)/ 19:30 (IST) / 22:00 (CST)
Siaran langsung: Laman penambat CES
Twitter: @TCL_TV_Global
Facebook: @TCLElectronicsGlobal
Instagram: @tclelectronics
YouTube: @TCL Electronics
Sidang Akhbar Amerika Utara (Maya)
Tarikh: 4 Januari 2022
Waktu: 07:00 (PST)
Siaran langsung Lambat penambat CES
Twitter: @TCL_USA
Facebook: @TCLUSA
Instagram: @TCL_USA
YouTube: @TCL USA
TCL akan turut mengadakan pameran di CES 2022 pada hari-hari berikut:
Tarikh: 5-8 Januari 2022
Tempat: Reruai #17017, Dewan Tengah, Pusat Konvensyen Las Vegas
Latar Belakang TCL Electronics
TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.