omniture

PAUS FRANCIS MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA ANUGERAH FAIR PLAY MENARINI

Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
2021-12-23 17:36 40

Pada tahun ulang tahunnya yang ke-25, satu perwakilan Duta Menarini Fair Play telah diterima menghadap oleh Bapa Suci di Balai Menghadap Paul VI

BANDAR VATICAN, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada pagi ini, dalam upacara yang dilakukan dengan penuh takzim di Balai Menghadap Paul VI, satu perwakilan Duta Menarini Fair Play telah diterima menghadap oleh Bapa Suci, yang menyampaikan mesej harapan, rasa hormat, etika dan dedikasi kepada orang lain yang merupakan kelaziman dalam permainan adil.

 

Pope Francis with the International Fair Play Menarini ambassadors © Vatican Media
Pope Francis with the International Fair Play Menarini ambassadors © Vatican Media

Pada setiap tahun sejak dari 1996, Anugerah Fair Play yang komited terhadap kebaikan bersama sukan telah mengiktiraf ahli sukan dan institusi dari seluruh dunia yang menonjol dari segi etika dan sumbangan mereka kepada masyarakat. Sejak edisi pertamanya, para pemenang anugerah juga telah menjadi Duta Fair Play Menarini yang mewakili nilai-nilai murni dalam sukan serta menjadi suri teladan dan contoh yang positif untuk generasi akan datang.

Semasa upacara menghadap pada pagi ini, satu perwakilan besar daripada Duta Fair Play Menarini yang mewakili para pemenang bagi edisi Anugerah Menarini Fair Play yang lepas, diberi penghormatan untuk menganugerahkan sebuah plak peringatan kepada Bapa Suci sebagai Duta Fair Play.

"Paus Francis mengajar kita setiap hari tentang kepentingan nilai-nilai seperti persaudaraan, perpaduan dan rasa hormat terhadap orang lain. Diterima menghadap oleh Bapa Suci untuk mengiktiraf nilai-nilai sukan dan kehidupan yang sihat merupakan satu anugerah yang berharga untuk Duta Fair Play Menarini," kata Lucia dan Alberto Giovanni Aleotti, pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah Menarini. "Kata-kata Paus Francis, bersama-sama dengan contoh yang ditunjukkan oleh Duta Fair Play mengingatkan kita semua bahawa juara yang sebenar dalam kehidupan adalah mereka yang tetap bergantung kepada dedikasi dan bakat mereka, sentiasa menghormati peraturan dan bersedia untuk berjabat tangan dengan pihak lawan mereka walaupun ketika berada dalam detik-detik yang paling sukar."

Berikut adalah senarai Duta Fair Play Menarini dan wakil yang hadir pada pagi ini:

  • Giuseppe Abbagnale – Juara Olimpik dalam lumba dayung dan Pengerusi Persekutuan Lumba Dayung Itali
  • Agostino Abbagnale – Juara Olimpik dalam lumba dayung
  • Romano Battisti – Juara Olimpik dalam lumba dayung dan anak kapal Luna Rossa
  • Massimo Bonini – Jurulatih bola sepak
  • Serse Cosmi – Jurulatih bola sepak
  • Ferdinando De Giorgi – Jurulatih pasukan bola tampar lelaki Kebangsaan Itali
  • Gabriella Dorio – Juara Olimpik dalam olahraga
  • Andrea Giani - Jurulatih bola tampar
  • Pietro Giurdanella – Ahli Lembaga Pengarah FNOPI
  • Eleonora Goldoni – Pemain bola sepak
  • Carolina Kostner – Juara luncur ais Olimpik
  • Andrea Lucchetta – Bekas pemain bola tampar dan pengulas sukan
  • Carolina Morace – Jurulatih bola sepak
  • Manuel Poggiali – Juara motosikal dunia
  • Francesca Porcellato – Juara Paralimpik dalam olahraga dan ski
  • Elisa Santoni – Juara Olimpik dalam gimnastik berirama
  • Ylenia Scapin – Juara Olimpik dalam judo
  • Giusy Versace – Atlet Paralimpik dan ahli Parlimen

Foto dilampirkan pada siaran akhbar ini:
Semua hak cipta untuk foto ini adalah milik © Vatican Media

Ikuti kami di media sosial:
Facebook: @PremioFairPlayMenarini - Twitter: @PremioFairPlay - Instagram: @premiofairplay_menarini
YouTube: Premio Internazionale Fair Play Menarini
Tanda pagar rasmi:

#FairPlayMenarini #PremioFairPlayMenarini #XXVFairPlayMenarini

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1715529/Pope_Francis_International_Fair_Play_Menarini.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1715527/logo_fair_play_menarini_international_award_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Menarini Industrie Farmaceutiche Riunite
Keywords: Sports Awards Religion