omniture

LINEPHARMA INTERNATIONAL MEMFAILKAN UNTUK KELULUSAN PEMBUATAN DAN PEMASARAN PIL PENGGUGURAN DI JEPUN

Linepharma International Limited
2021-12-23 19:34 79

LONDON dan TOKYO, 23 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Linepharma International Ltd., peneraju global dalam pengguguran perubatan, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya iaitu Linepharma KK telah memohon kelulusan pembuatan dan pemasaran di Jepun untuk ubat oralnya, MEFEEGO™ bagi penamatan perubatan kehamilan sehingga 63 hari kehamilan. Ubat tersebut diiktiraf sebagai piawaian emas antarabangsa untuk pengguguran perubatan trimester pertamai dan berada dalam senarai ubat penting untuk pengguguran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).ii 

Penyerahan yang berjaya di Jepun akan menandakan ubat pengguguran perubatan yang pertama diluluskan di Jepun serta akan menyusuli pelancaran di Australia dan Kanada dan yang paling terkini di Korea Selatan, yang akan diserahkan kepada pihak berkuasa kesihatan pada akhir tahun ini. Pil pengguguran yang tersedia di 80 buah negara ini telah mengekalkan rekod keselamatan yang cemerlang di seluruh dunia.iii 

Gabungan ubat mifepristone dan misoprostol yang merupakan pek gabungan pertama di seluruh dunia ini akan dikenali di Jepun sebagai MEFEEGO™. Permohonan kepada Agensi Farmaseutikal dan Peranti Perubatan (PMDA) adalah berdasarkan keputusan ujian klinikal Fasa III di Jepun yang terdiri daripada 120 orang wanita yang berusia 18 hingga 45 tahun. Sekiranya ubat tersebut diluluskan, seramai 156,430 orang wanita Jepun yang menjalani prosedur pengguguran pembedahan pada tahun 2019 sahaja akan mempunyai satu lagi pilihan terapeutik berdasarkan keperluan individu mereka.  

"Linepharma ialah perintis global dalam perubatan pengguguran dan khusus untuk meningkatkan kesihatan seksual dan reproduktif yang merangkumi penyelidikan, pembangunan dan pengedaran penyelesaian kesihatan inovatif termasuk gabungan ubat pengguguran. Kami juga komited untuk bekerjasama rapat dengan pengawal selia kesihatan, profesional penjagaan kesihatan, kumpulan pesakit dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan akses kepada pilihan yang selamat dan berkesan", kata Marion Ulmann, Pengurus Besar Linepharma International. "Permohonan ubat MEFEEGO kami di Jepun merupakan satu pencapaian yang sangat penting bagi kaum wanita di Jepun yang buat pertama kalinya bakal mempunyai pilihan pengguguran yang benar-benar baharu." 

Kira-kira 73 juta keguguran cetusan telah berlaku di seluruh dunia setiap tahun. Anggaran global menunjukkan bahawa 45% daripada kesemua keguguran cetusan adalah tidak selamat.iv Menurut WHO, pengguguran ialah intervensi penjagaan kesihatan yang mudah dan selamat yang boleh diuruskan dengan berkesan oleh pelbagai profesional penjagaan kesihatan dengan menggunakan ubat-ubatan atau prosedur pembedahan.v

Tentang Linepharma International Ltd.
Linepharma International Ltd. telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan kini beroperasi di lebih 25 buah negara di Amerika Utara dan Selatan serta rantau Asia Pasifik. Selaras dengan data saintifik yang paling terkini dan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Linepharma membekalkan produk untuk pengguguran perubatan di Kanada, Amerika Latin, Asia dan Australia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.linepharma.com

Linepharma KK
Linepharma KK telah ditubuhkan pada bulan Mei 2020 dan memperoleh lesen sebagai sebuah syarikat farmaseutikal pada bulan Julai 2021. Linepharma KK komited untuk meningkatkan kesihatan golongan wanita melalui produk dan penyelesaian yang memberi tumpuan kepada keperluan perubatan yang tidak dipenuhi termasuk ubat oral untuk penamatan perubatan kehamilan.

RUJUKAN

i JOGC 2019 Halangan dan Fasilitator kepada Pelaksanaan Pengguguran Perubatan Trimester Pertama dengan Mifepristone di Wilayah Québec: Penyelidikan Kualitatif Marie-Soleil Wagner, MD, MS; Sarah Munro, PhD; Elizabeth S. Wilcox, MA; Courtney Devane, RN, MN; Wendy V. Norman, MD, MH Sc; Sheila Dunn, MD, MSc; Judith A. Soon, RPh, PhD; Edith Guilbert, MD, MSc

ii www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/abortion

iii www.actioncanadashr.org/resources/factsheets-guidelines/2019-04-06-faq-abortion-pill-mifegymiso

iv Bearak J, Popinchalk A, Ganatra B, Moller A-B, Tunçalp Ö, Beavin C, dll. Kehamilan yang tidak diingini dan pengguguran mengikut pendapatan, kawasan dan status undang-undang pengguguran yang dianggarkan daripada model komprehensif untuk tahun 1990–2019. Lancet Glob Health. 2020 Sep; 8(9):e1152-e1161. doi: 10.1016/S2214-109X (20)30315-6

v www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/abortion 

Hubungan media dan untuk mengatur temu bual: Carol Levine, Carol.levine@energipr.com, 1-514-703-0256, 1-416-425-9143 samb. 226

 

Source: Linepharma International Limited
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements