SHANGHAI, 27 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Seminar pertama mengenai Perikatan Strategik Asia Tenggara untuk Pendigitalan Selepas Pasaran Automotif yang dicadangkan oleh TecAlliance diadakan dengan jayanya secara dalam talian.
Bersama-sama AAC Thailand, Solid Automotive of Malaysia, SB (Sumber Berkat) Group Indonesia dan CassTime Technology, platform e-dagang yang terkenal di China, TecAlliance telah meninjau perikatan strategik untuk pendigitalan rantaian bekalan selepas pasaran. Data standard TecDoc TecAlliance akan digunakan sebagai hubungan integrasi untuk pangkalan bekalan dan kumpulan pelanggan daripada AAC, Solid Automotive dan SB Group. E-platform Casstime akan menjadi teknologi penting bagi mengupayakan pasaran untuk pangkalan bekalan dan kumpulan pelanggan di rantau SEA, membantu AAC, Solid Automotive dan SB Group meningkatkan kecekapan (dalam-talian-luar-talian) bagi menawarkan perkhidmatan kepada ekosistem penuh pengedaran alat ganti daripada pengeluar, pemilik jenama, pengedar, peruncit kepada bengkel.
Semasa berlangsungnya seminar ini, En. Matthias Moritz, Pengarah Urusan TecAlliance Asia Pacific, memperkenalkan jejak TecAlliance di rantau Asia Pasifik. Cik Zhong Weijia mengadakan pembentangan khusus kepada khalayak mengenai sistem Jaminan & Pemulangan digital TecAlliance manakala En. Marcus Koh yang bertanggungjawab untuk produk & data, memperkenalkan penyelesaian e-katalog untuk pasaran Asia Tenggara, menggunakan TecDoc Web Catalogue yang disesuaikan untuk AAC umpamanya untuk ditunjukkan kepada semua peserta.
AAC, Solid Automotive dan SB kemudiannya memperkenalkan pangkalan bekalan dan kumpulan jaringan pelanggan semasa mereka. Mereka turut membincangkan mengenai beberapa masalah khusus dalam pengedaran selepas pasaran dan meneroka penyelesaian dengan pendigitalan. CassTime berkongsi teknologi e-platformnya yang terbukti yang dapat menjadi pilihan pendigitalan yang bagus untuk rantau SEA.
En. Teerapot daripada AAC yang bertanggungjawab untuk produk, data dan katalog kenderaan menjelaskan: "Ketika ini, masalah khusus yang utama ialah bagaimana untuk menyokong pelanggan bagi mencari alat ganti yang mereka inginkan melalui kaedah pencarian yang berbeza dengan cara yang pantas dan tepat. Inilah hakikatnya kekuatan TecAlliance." Pengurus Besar AAC En. Pornsak menambah: "Kami ingin memahami lebih lanjut mengenai sistem Jaminan & Pemulangan. Sistem ini bukan sahaja boleh menyelaraskan lagi seluruh proses jaminan, tetapi juga mengurangkan kos masa untuk pelanggan kami dengan ketara."
"Industri alat ganti automotif tradisional memerlukan cara yang lebih baik untuk bertukar-tukar maklumat dan berhubung dengan satu sama lain dan kami juga sedang mencari lebih banyak penyelesaian digital yang sesuai untuk kami," tambah En. Donald Tan daripada Solid Automotive Malaysia.
En. Juan Delano daripada SB Group berkata dengan gembiranya: "Dalam pasaran kompetitif dan keadaan pandemik hari ini, kami sentiasa meneroka cara yang lebih baik untuk pengedaran alat ganti, dengan harapan agar dapat menemui penyelesaian digital dan e-platform yang betul untuk mentransformasikan perniagaan kami yang seharusnya menjadi pasaran e-platform yang dirancang untuk perkhidmatan pencarian, pembelian dan penghantaran alat ganti selepas pasaran profesional."
"Kami menghargai TecAlliance kerana meninjau rakan kongsi berpotensi dari Asia Tenggara yang akan membolehkan teknologi kami digunakan di wilayah-wilayah luar negara," ulas En. Chen, pengasas bersama CassTime.
TecAlliance, ditubuhkan di Jerman pada tahun 1994, komited untuk menyediakan perkhidmatan data terpiawai dan pempiawaian data untuk selepas pasaran automotif dengan Standard TecDoc menjadi standard data yang diiktiraf secara universal dalam industri selepas pasaran alat ganti automotif global. TecAlliance telah menyediakan data kenderaan & alat ganti serta penyelesaian yang komprehensif untuk pelbagai pasaran tempatan dengan pengalaman globalnya sendiri.
Automotive Asiatic (Thailand) Co., Ltd. (AAC) ialah syarikat pengedaran alat ganti automotif selepas pasaran utama yang ditubuhkan pada tahun 1997, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 3000 pelanggan dengan lebih daripada 50 produk berjenama antarabangsa utama.
Solid Automotive kumpulan pembuatan dan pengedaran alat ganti selepas pasaran utama di Malaysia yang ditubuhkan 40 tahun yang lalu dengan kumpulan pelanggan mencecah seramai 6000 orang di Malaysia dan produknya dieksport ke lebih daripada 30 negara.
SB (Sumber Berkat) Group, ditubuhkan pada tahun 1971, ialah kumpulan pengedaran selepas pasaran utama dengan 20 syarikat subsidiari, mengedarkan kebanyakan produk berjenama alat ganti antarabangsa yang utama di Indonesia.
Casstime, ditubuhkan pada tahun 2015 di Shenzhen, ialah pembangun dan pengendali teknologi pasaran e-platform terkemuka untuk industri alat ganti selepas pasaran. Penyelesaian ini juga merangkumi SaaS untuk pengedar dan bengkel serta platform logistik.
Hubungi
TecAlliance Asia Pacific
Emeline Xie
Pengurus AP Pemasaran
Tel: +86 21 3387 0258 187
Emel: Yuling.Xie@tecalliance.net
Laman Sesawang: www.tecalliance.cn