omniture

Pejabat Novo Nordisk BASEA diperakui 'Best Place to Work' bagi tahun 2021

Best Places to Work
2021-12-27 08:41 77

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pejabat Novo Nordisk BASEA, sebahagian daripada syarikat rawatan kesihatan global dengan 95 tahun pencapaian inovasi dan kepimpinan bagi penjagaan diabetes, baru-baru ini menerima pensijilan Best Place to Work bagi tahun 2021.

Semasa penilaian dibuat, organisasi ini mendapat mata yang cemerlang dalam beberapa aspek tempat kerja mereka seperti kepimpinan, kerja berpasukan dan perhubungan, budaya, faedah kompetitif serta menyumbang kembali kepada masyarakat yang menghasilkan pengiktirafan dalam kalangan majikan pilihan di Malaysia bagi tahun 2021. Menurut keputusan syarikat, 86% daripada pekerja berkata ia merupakan tempat kerja yang hebat berbanding 76% dalam organisasi biasa di Malaysia.

Dalam satu kenyataan daripada Jay Thyagarajan, Naib Presiden Korporat Operasi Asia Tenggara untuk Novo Nordisk, beliau berkata, "Kami menggaji lebih daripada 45,000 pekerja merentas 80 negara di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, kami menggaji lebih daripada 500 pekerja yang bersemangat merentas 11 negara yang komited untuk memperbaiki kehidupan pesakit dalam pasaran mereka. Tahun ini, 5 daripada negara-negara kami di Asia Tenggara mengambil bahagian buat julung kalinya dalam program pensijilan 'Best Places to Work' dan kami berbesar hati kerana 4 daripada 5 negara menaiki podium dengan menduduki kedudukan sama ada tempat pertama atau kedua. Semua negara tersenarai dalam kedudukan antara 10 terbaik dalam senarai kedudukan negara mereka.

Kami amat berbangga menerima pengiktirafan yang hebat ini dalam percubaan pertama kami dan selepas tahun kedua menempuh pandemik COVID-19, yang mencabar khususnya untuk kebanyakan negara di rantau ini. Kami benar-benar percaya bahawa kejayaan ini didorong oleh usaha kami untuk mewujudkan persekitaran kerja yang saksama, pelbagai dan inklusif dengan etika dan standard pematuhan yang tinggi, menawarkan peluang pembangunan kerjaya yang fleksibel kepada kakitangan kami dan komited untuk menjalankan perniagaan mampan yang bertanggungjawab dari segi sosial dan alam sekitar."

Setiap tahun, banyak organisasi di Malaysia bekerjasama dengan organisasi Best Places to Work bagi tujuan penilaian, penandaarasan, pensijilan dan perancangan tindakan untuk mengukuhkan budaya tempat kerja mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.bestplacestoworkfor.org

Source: Best Places to Work
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Workforce Management/Human Resources Awards