omniture

Dokumentari Zhong Nanshan/ZNS Disiarkan di Discovery Channel Asia Tenggara

Discovery
2021-12-27 20:44 175

GUANGZHOU, China, 27 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Pada 28 Disember 2021, dokumentari tokoh satu episod Zhong Nanshan/ZNS, diterbitkan secara bersama oleh Guangdong Radio and Television serta penyedia dokumen hiburan global perintis, Discovery Inc., disiarkan di Discovery Channel, Asia Tenggara. Dengan perspektif unik dan pendekatan mesra penonton, dokumentari ini mempersembahkan kepada penonton antarabangsa bagaimana tokoh seperti Ahli Akademik Zhong Nanshan telah dapat mendorong orang ramai untuk memerangi wabak ini dengan menempuh krisis dan kesukaran sekali gus memperkasakan rakyat biasa dengan kekuatan dan keyakinan yang luar biasa.

Zhong Nanshan/ZNS adalah berdasarkan kepada siri peristiwa yang tidak dapat dilupakan dan terkenal di Internet Cina serta temu bual bersama beberapa tokoh perwakilan termasuk Su Yueming, pembantu Zhong, pengilustrasi Liang Xiaoguang, Stephon Marbury, ketua jurulatih pasukan bola keranjang Beijing Beikong dan sebagainya. Dari perspektif mereka, dokumentari ini meninjau kembali tempoh lebih sepuluh tahun bermula daripada SARS hingga pandemik COVID-19 serta peristiwa penting yang berkaitan dengan penyakit berjangkit yang mencetuskan kebimbangan yang meluas serta memberi penjelasan bagaimana Ahli Akademik Zhong berkembang maju daripada seorang doktor pernafasan menjadi wira anti-wabak dalam fikiran orang ramai. Menerima pakai suatu bentuk yang agak berkaitan yang juga boleh diaplikasikan dengan trend semasa di internet, dokumentari ini melibatkan semua orang dalam babak kehidupan harian sambil meneroka semangat yang ditunjukkan oleh Ahli Akademik Zhong dalam suasana pendapat umum yang rumit. Usaha gigih beliau terhadap sains dan kebenaran serta kemurahan hati beliau sebagai seorang doktor yang berusaha untuk melindungi umat manusia daripada virus benar-benar merupakan kuasa yang menerobos kekaburan semasa dan membangkitkan kesedaran rakyat. Orang ramai juga dibimbing oleh tokoh-tokoh seperti beliau, tokoh-tokoh seperti mata arah, demi mencari kebenaran dan bersikap realistik dan bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran yang lebih dioptimumkan di internet dan juga media sosial. Pastinya dengan cara inilah orang Cina dapat saling bekerjasama dan menempuh bencana dan cabaran dari semasa ke semasa sambil mengumpul keberanian dan keyakinan yang lebih tinggi untuk memerangi wabak ini.

En. Vikram Channa, Naib Presiden dan Ketua Kandungan & Produk untuk Discovery Inc. Asia Timur dan Tenggara menyatakan bahawa, "Ini merupakan dokumentari kedua kami yang ditujukan untuk Ahli Akademik Zhong Nanshan. Berbanding dengan dokumentari terdahulu, dokumentari ini dirancang berlatarbelakangkan zaman sekarang serta suasana pendapat umum di dalam dan luar negara yang telah mengalami perubahan yang sangat besar. Kami sentiasa bertegas untuk menceritakan tentang kisah orang Cina dari perspektif antarabangsa. Kali ini, kami cuba menceritakan kisah ini dari perspektif pihak ketiga, dengan harapan agar ia dapat memudahkan penonton antarabangsa kami untuk memahami lambang kepercayaan yang dirangkumkan oleh tokoh Ahli Akademik Zhong serta pengaruh antarabangsa beliau semasa tempoh berlakunya COVID-19."

ZhongNanShan/ZNS disiarkan jam 19:10 malam, 28 Disember di Discovery Channel SEA dan ditayangkan semula jam 9:05 & 12:25 pada 29 Disember.

Source: Discovery
Keywords: Entertainment Television