omniture

WapCar COTY 2021: Toyota Yaris, Isuzu D-Max & Toyota Corolla Cross menang Pilihan Editor

WapCar
2021-12-29 12:00 85

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Disember 2021 /PRNewswire/ -- Anugerah Car of the Year (COTY) WapCar / Kereta Terbaik WapCar edisi kedua telah menutup tirainya dan menyaksikan jenama terkemuka iaitu Nissan, Isuzu, Toyota, dan Mercedes-Benz merangkul tempat teratas dalam senarai anugerah. WapCar COTY 2021 mengulang kejayaan COTY 2020 dengan sambutan amat menggalakkan dari orang ramai. Anugerah kali ini berjaya mengumpul sebanyak 27,325 undian dan 6,500,000 capaian setakat ini.

WapCar Car of the Year 2021
WapCar Car of the Year 2021

Secara amnya, terdapat dua peringkat utama bagi anugerah Kereta Terbaik WapCar: Pengundian Kereta dan Penganugerahan Kereta.

Sejumlah 12 kategori anugerah dibentuk, segalanya berdasarkan pembelian kereta warga Malaysia – 4 Anugerah Pilihan Pengguna, 5 Anugerah Penilaian, dan 3 Pilihan Editor.

Para pemenang Anugerah Pilihan Pengguna dipilih berdasarkan undian daripada pembaca WapCar, manakala pemenang bagi Anugerah Penilaian dan Pilihan Editor dipilih dengan teliti oleh panel penyunting WapCar.

Model kereta dijulang sebagai pemenang bagi 12 anugerah adalah seperti berikut:

Anugerah Pilihan Pengguna COTY 2021

Anugerah

Pemenang

Kereta Terbaik Mampu Milik

Nissan Almera

Trak Pikap Terbaik

Isuzu D-Max

Kereta Mewah Terbaik

Mercedes-Benz E-Class

Kereta Keluarga Terbaik

Nissan Serena S-Hybrid

 

Anugerah Penilaian COTY 2021

Anugerah

Pemenang

Anugerah 'All Rounder' Terbaik

VW Arteon R-Line

Anugerah Keselesaan Perjalanan

Toyota Corolla Cross

Anugerah Kualiti & Kelengkapan

Mercedes-Benz E300

Anugerah Penjimatan Minyak

Honda City RS

Anugerah Ruang Dalaman

Volkswagen Tiguan Allspace

 

Pilihan Editor

Toyota Yaris

Isuzu D-Max

Toyota Corolla Cross

Selain itu, WapCar juga menutup tirai 2021 dengan satu rebiu eksklusif tahunan berserta pandangan kami untuk industri otomotif Malaysia bagi tahun 2022. Pandangan ini bertujuan untuk membantu pengguna dan juga syarikat-syarikat otomotif mendapatkan wawasan serta pemahaman lebih mendalam tentang keadaan dan ramalan pasaran otomotif di Malaysia.

Sedang kita bergerak ke hadapan, WapCar akan terus-terusan meneroka kaedah lebih inovatif, menghiburkan serta kaya dengan maklumat bagi mendidik dan membantu pengguna dalam pencarian kereta impian mereka.

*Jumlah capaian termasuklah semua 'impression' tentang WapCar COTY 2021.

Source: WapCar
Keywords: Auto Transportation Awards