omniture

FP Markets Memperluas Tawaran dengan menambah Produk Baharu

FP Markets
2021-12-31 18:04 119

Produk baharu melalui Platform Metatrader 4 (MT4) & Metatrader 5 (MT5) FP Markets merangkumi Bon, Komoditi, CFD Mata Wang Kripto dan Ekuiti. 

SYDNEY, 31 Disember 2021 /PRNewswire/ -- FP Markets telah memperluas tawarannya dengan menambah produk baharu pada Platform MT4 & MT5 FP Markets. FP Markets yang baru-baru ini dianugerahkan sebagai 'Broker FX Terbaik Australia' 2021 untuk tahun kedua berturut-turut, terus menetapkan penanda aras dalam CFD dan Forex serta dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menambah produk berikut dalam tawaran pelbagai produknya yang luas:

 

FP Markets Expands Offering by adding New Products
FP Markets Expands Offering by adding New Products

 

Bon: 

  • Niaga Hadapan Wang Kertas Perbendaharaan AS Bertempoh Matang 10 Tahun (AS10YR)
  • Niaga Hadapan Gilt Jangka Panjang UK (GILT)

Komoditi: 

  • Kopi AS (KOPI)
  • Perak  (XAGEUR)

CFD Mata Wang Kripto: 

  • Cardano (ADAUSD)
  • DogeCoin (DOGUSD)
  • Polkadot (DOTUSD)
  • EOS (EOSUSD)
  • Chainlink (LNKUSD) 
  • Stellar (XLMUSD)
  • Ripple (RPLUSD)

Ekuiti: 

  • Saham ASX (Kini tersedia melalui MT5)

Craig Allison, Ketua FP Markets Eropah, Timur Tengah dan Afrika mengulas: "Kami sentiasa berusaha untuk menambah produk baharu yang didorong oleh permintaan para pelabur dan trend pasaran semasa bagi menawarkan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada para pelanggan kami.  Penambahan Bon  serta lebih banyak CFD Mata Wang Kripto, Komoditi dan Ekuiti semakin meningkatkan lagi tawaran produk kami."

FP Markets telah mengetahui bahawa gabungan sebaran yang sempit dan pelaksanaan pantas yang konsisten berserta platform yang canggih dan sokongan pelanggan berbilang bahasa merupakan faktor utama yang memberi keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang.

Nota kepada Editor 

Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah Broker Forex global dengan pelbagai kawal selia dan pengalaman industri selama lebih 16 tahun.
  • FP Markets menawarkan sebaran Forex antara bank yang sangat kompetitif yang tersedia daripada 0.0 pip dan leveraj sehingga 500:1 pada Akaun Pro.
  • Muat turun Aplikasi Mudah Alih FP Markets dan berdagang di mana-mana sahaja pada pelbagai platform dalam talian yang hebat seperti MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader dan Iress.
  • Perkhidmatan cemerlang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai bahasa oleh syarikat ini telah diiktiraf oleh Investment Trends sebagai destinasi utama bagi beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri dan telah menerima "Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan" daripada Investment Trends selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan gelaran sebagai 'Broker Nilai Forex Global' selama tiga tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021) dalam Anugerah Forex Global.
  • FP Markets telah dinobatkan sebagai "Pengalaman Dagangan Terbaik di EU" semasa Anugerah Forex Global 2021.

Untuk mendapatkan butiran lengkap tentang pelbagai tawaran kami yang luas, sila layari www.fpmarkets.com 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1715168/FP_Markets.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1574261/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics OTC/SmallCap IRW New products/services Blockchain Financial Technology