omniture

Emaar Menyambut Kedatangan Tahun 2022 Dengan Sambutan 'Malam Keajaiban' Tahun Baharu yang Sensasi di Pusat Bandar Dubai

Emaar Properties PJSC
2022-01-03 14:07 2535

Emaar meraikan Tahun Baharu dengan memberi penghormatan yang menakjubkan kepada UAE dan Dubai melalui pertunjukan bunga api yang hebat yang dikoreografi dengan cahaya laser, lampu dan muzik

- Pertunjukan yang mempesonakan ini meraikan dinamisme, kreativiti dan keterbukaan Dubai dalam sebuah acara yang disiarkan di seluruh dunia dan ditonton oleh kira-kira tiga bilion orang

DUBAI, UAE, 3 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Emaar, sebuah syarikat pembangunan hartanah bersepadu UAE yang terkemuka dan terkenal di seluruh dunia, menganjurkan sambutan Malam Tahun Baharu yang bersejarah di Pusat Bandar Dubai bagi meraikan kedatangan tahun 2022 dengan bergaya. Bagi menepati temanya iaitu "Malam Keajaiban", pertunjukan Emaar mempamerkan visual ekstravaganza piroteknik yang dikoreografi dengan pertunjukan cahaya dan laser mengagumkan yang dipertontonkan melalui fasad LED Burj Khalifa yang besar dan disegerakkan dengan Air Pancut Dubai.

EMAAR WELCOMES 2022 WITH SENSATIONAL NEW YEAR’S ‘EVE OF WONDERS’ CELEBRATIONS
EMAAR WELCOMES 2022 WITH SENSATIONAL NEW YEAR’S ‘EVE OF WONDERS’ CELEBRATIONS

Disaksikan di seluruh dunia, Burj Khalifa dan langit Dubai diterangi dengan pertunjukan yang sama sekali berbeza daripada yang lain ketika kira-kira tiga bilion orang menonton acara ikonik ini – menjadikannya sebagai salah sebuah sambutan Malam Tahun Baharu yang paling banyak ditonton di dunia.

"Emaar berbangga dapat mempamerkan kreativiti, kepintaran dan inovasi Dubai kepada khalayak global bukan sahaja pada sambutan Malam Tahun Baharu kami malah melalui pengalaman bertaraf dunia yang kami cipta sepanjang tahun. Diilhamkan daripada para pemimpinnya yang berwawasan sejak 50 tahun yang lalu, UAE telah mencapai pertumbuhan yang meluas dan Emaar berharap dapat memainkan peranan kami dalam membantu negara ini mencapai lebih banyak pencapaian dalam tempoh lima puluh tahun akan datang," kata Mohamed Alabbar dari Emaar.

Seperti biasa, kesihatan dan keselamatan semua yang hadir pada sambutan Tahun Baharu 2022 Emaar merupakan keutamaan nombor satu bagi pihak penganjur dan acara ini berjalan dengan lancar hasil usaha kolaboratif yang hebat daripada semua pihak yang terlibat. Kejayaan acara ikonik ini telah dijayakan melalui sokongan dan bimbingan daripada kepemimpinan UAE, pihak berkuasa Dubai, Jabatan Pelancongan & Perdagangan Dubai, Pihak Berkuasa Jalan & Pengangkutan, Polis Dubai, Pertahanan Awam Dubai, Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai dan semua ahli Jawatankuasa Keselamatan Acara serta seluruh pasukan Emaar,  kontraktor dan sukarelawan Emaar.

Emaar juga telah mengumumkan pelanjutan pertunjukan cahaya dan lasernya paling hebat yang kini boleh ditonton oleh para pengunjung pada setiap hari di Burj Khalifa sehingga 31 Mac. 

Foto -

Untuk maklumat lanjut: 
Kim Seelochan 
JES Media
kim.seelochan@jesmedia.ae
emaar@jesmedia.ae 
+971 (0) 58 584 6247

Photo: https://mma.prnasia.com/media2/1718487/Emaar.jpg?p=medium600  

Source: Emaar Properties PJSC
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Music Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Television Travel