omniture

CGTN: Siri 'Poetry Sans Frontiers' dekati kemanusiaan bersama melalui puisi

CGTN
2022-01-05 02:00 140

BEIJING, 5 Januari 2022 /PRNewswire/ -- Siri rencana lima episod "Poetry Sans Frontiers" telahpun disiarkan di saluran-saluran berbilang bahasa CGTN dan pelbagai platform media baharu, bagi mendekati kepelbagaian dan kemanusiaan bersama melalui puisi.

"Sahabat rapat membuatkan jarak yang jauh terasa dekat," seperti yang ditulis oleh penyajak berbangsa Cina Zhang Jiuling dalam Dinasti Tang (618-907). Siri ini, dilancarkan dalam enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Arab dan bahasa Rusia, bertujuan untuk menyampaikan kekuatan puisi yang menenangkan, menggalakkan pembelajaran bersama antara budaya Cina dan budaya asing, mewujudkan resonans emosi dan menyatukan orang ramai daripada negara, kumpulan etnik dan budaya yang berbeza.

Setiap episod berkisarkan tema yang merangsang minda: mengejar impian, keinginan orang ramai terhadap kedamaian, nilai kehidupan, hubungan antara manusia dan alam semula jadi serta apa erti kediaman buat orang ramai.

Kira-kira 16 orang tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk utusan diplomatik di China, pengacara saluran berbilang bahasa CGTN, individu berpengaruh dan ahli muzik dijemput untuk berkongsi kisah hidup mereka dan beberapa puisi yang indah dari serata dunia.

Dengan mengakui kepelbagaian dalam peradaban manusia, siri rencana ini turut mengetengahkan erti mendalam daripada apa yang ditulis oleh sejarawan Cina purba Chen Shou pada abad ketiga, "Sup yang lazat dimasak dengan menggabungkan ramuan yang berbeza."

https://news.cgtn.com/news/2022-01-02/-Poetry-Sans-Frontiers-series-embraces-common-humanity-through-poems-16unLk0CWmQ/index.html

CGTN: Siri 'Poetry Sans Frontiers' dekati kemanusiaan bersama melalui puisi
CGTN: Siri 'Poetry Sans Frontiers' dekati kemanusiaan bersama melalui puisi

 

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service