omniture

X0PA AI KUMPUL $4.2 JUTA DALAM PENDANAAN SIRI A LUASKAN PENYELESAIAN PENGAMBILAN PEKERJA & PEMILIHAN B2B OBJEKTIF BERKUASA AI

Platform pengambilan pekerja dan pemilihan yang paling objektif di dunia merancang untuk berkembang ke seluruh dunia dan berinovasi selanjutnya dengan AI canggih.
X0PA AI
2022-01-05 06:00 201

SINGAPURA, 5 Januari 2022 /PRNewswire/ -- X0PA AI, peneraju bagi penyelesaian pengambilan pekerja secara objektif berkuasa AI, hari ini mengumumkan sebanyak $4.2 juta USD dalam pendanaan Siri A. Pelaburan ini dipimpin oleh ICCP SBI Venture Partners (ISVP), dengan dana tambahan daripada SEEDS Capital, AI8 Ventures, XCEL NEXT VENTURES dan SASV Investments. Dana baharu ini diperoleh bersandarkan kepada pertumbuhan penting dalam pasaran baharu dan pelancaran inovasi pengambilan pekerja inklusif yang mempelopori.

Nina Alag Suri, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif X0PA AI
Nina Alag Suri, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif X0PA AI

Kini, lebih daripada sebelum ini, organisasi-organisasi sedang berusaha untuk meningkatkan kepelbagaian di tempat kerja mereka dan mengurangkan sikap berat sebelah dan dalam masa yang sama mengurangkan masa dan kos untuk mengambil bakat terbaik. Penyelesaian pengambilan bakat X0PA yang pintar ini dirancang untuk memaksimumkan keobjektifan dalam pemilihan bakat dan memanfaatkan automasi untuk memperkasa calon serta pekerja untuk mendapatkan hasil pengambilan pekerja yang paling saksama dan diingini.

"Perekrutan dan pemilihan boleh mengalami sikap berat sebelah, ketidakadilan dan ketidakcekapan yang ketara. Kami berharap dapat mengubah keadaan dalam pengambilan pekerja dan pemilihan yang saksama dengan mengurangkan berat sebelah dan subjektiviti tanpa sedar yang membawa kepada tempat kerja yang lebih pelbagai dan hasil pemilihan yang lebih baik. Kami juga ingin terus memanfaatkan algoritma sofistikated dan automasi pintar kami untuk menjadikan seluruh proses cekap, seraya dapat menjimatkan kos dan masa yang banyak di samping memastikan padanan yang ideal antara majikan dan calon," jelas Nina Alag Suri, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif X0PA AI.

X0PA menawarkan pelbagai jenis produk berkuasa AI yang beretika, dibangunkan di Microsoft Azure yang bertujuan untuk mengurangkan proses perekrutan dan pemilihan manual, meningkatkan keterangkuman dan menyelesaikan masalah penyumberan orang ramai untuk perusahaan, bidang akademik dan kerajaan. Algoritma berpaten yang utama dalam pasaran, Pembelajaran Mesin (ML) dan Automasi Proses Robotik (RPA) merupakan tumpuan penting bagi produk-produk hebat ini yang mengupayakan penyumberan, penyaringan dan temu duga calon secara meluas.

Pusingan pendanaan baharu ini dipimpin oleh ICCP SBI Venture Partners (ISVP), dana bersama antara dua firma modal teroka (VC) kendalian tertua di Asia. Rakan kongsi dan penasihat berpengalaman ISVP dari Filipina, Jepun dan Silicon Valley melabur dalam syarikat-syarikat teknologi yang mencapai pertumbuhan pesat dari Asia dan AS. Pengarah urusan ISVP, Miguel Encarnacion telah menumpukan perhatian kepada Masa Depan Kerja, dengan X0PA menjadi pelaburan keenam oleh beliau dalam vertikal ini sejak 3 tahun yang lalu.

"Kemajuan teknologi dan kuasa pengkomputeran telah membuka jalan untuk penggunaan data raya dan pembelajaran mesin sebagai cara untuk meminimumkan bias kognitif dalam pengambilan pekerja. Dalam proses ini, banyak kumpulan bakat yang sebelum ini tidak ditemui atau dipandang remeh kini dapat diakses. X0PA menyelesaikan kekangan bakat dengan menggunakan AI untuk mencari individu terpisah jauh yang berbakat tinggi yang tidak semestinya sesuai dengan profil biasa. Lebih penting lagi, ia menerajui jalan dalam membina masa depan kerja yang lebih saksama. Kami berbangga dapat membantu mereka untuk terus membina platform yang hebat dan menjimatkan kos yang mengoptimumkan operasi perekrutan dan dalam masa yang sama memberi impak sosial yang penting," kata Miguel. Miguel menyertai barisan lembaga ini di X0PA tatkala ISVP meningkatkan penglibatan mereka dalam masa depan X0PA.

Di lokasi utamanya di Singapura, X0PA turut memperoleh dana daripada SEEDS Capital, cabang pelaburan Enterprise Singapore.  SEEDS Capital memangkinkan pelaburan pintar dalam syarikat-syarikat pemula teknologi yang inovatif dalam sektor-sektor baru muncul serta strategik dengan kandungan intelek dan potensi pasaran yang mantap.

Menurut Tan Kaixin, Pengurus Besar SEEDS Capital, "Amalan mengambil pekerja yang saksama dan inklusif merupakan keutamaan baru muncul untuk organisasi-organisasi di seluruh dunia tatkala mereka berusaha untuk meningkatkan kepelbagaian dalam pasukan. Melalui analitik termaju dan kecerdasan buatan, penyelesaian X0PA mengupayakan proses pengambilan pekerja yang objektif dan lancar, yang berpotensi mentransformasikan dan meningkatkan amalan HR. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan perniagaan yang inovatif ini dan mengupayakan pengembangan penyelesaiannya di luar negara.

Dion DeLoof, Pengasas Bersama/Rakan Kongsi Am di AI8 Ventures juga amat menyedari kelebihan daya saing X0PA dengan berkata, "Kami teruja untuk melabur dalam X0PA bagi mengubah proses perekrutan bakat tradisional. Pendekatan mereka yang memanfaatkan AI dan ML untuk pemilihan calon merupakan satu kelebihan daya saing yang sebenar. Pelanggan akhir mencari penyelesaian yang dapat menghapuskan sikap berat sebelah luar sedar dalam pengambilan pekerja, meningkatkan kepantasan mengambil pekerja dan mengenal pasti kumpulan bakat yang baharu. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Nina dan juga pasukan beliau."

Pertumbuhan selanjutnya di Asia kekal menjadi titik tumpuan untuk X0PA yang ingin dipercepatkan oleh Kevin Yu, Rakan Pengasas di XCEL NEXT VENTURES. Kevin berkata, "Penyusutan yang lebih tinggi, bekerja secara jarak jauh dan pasaran perekrutan berpandukan calon kini memberi lebih banyak tekanan ke atas majikan di seluruh dunia untuk mengambil pekerja dengan lebih cepat dan dalam masa yang sama turut menurunkan kos kaedah mereka mendekati dan mendapatkan bakat. Alat pengambilan pekerja berkuasa AI canggih X0PA menyelesaikan masalah ini dan meletakkan mereka di kedudukan untuk menjadi pemimpin masa depan bagi perisian pengambilan pekerja yang inklusif. XCEL NEXT menyokong pengasas-pengasas yang mentransformasikan industri dan pasukan X0PA merupakan salah satu daripadanya. Kami tidak sabar-sabar untuk membantu syarikat ini mencapai pertumbuhan yang mampan di Asia."

Keputusan pelanggan telah menjadi satu lagi faktor kritikal dalam pusingan pelaburan ini. "Saya telah mengikuti perjalanan X0PA sejak awal lagi dan hebat rasanya dapat melihat sejauh mana yang telah mereka capai. Pelanggan X0PA mencatatkan peningkatan ROI sebanyak 600%, 80% penjimatan masa dan 50% kos untuk mengambil pekerja," kata Sajit Nair, Pengarah Urusan dan Rakan Pengasas pelaburan SASV, satu lagi pelaburan dalam pusingan ini.

X0PA, rakan kongsi Microsoft yang mantap, merancang untuk menggunakan modal ini bagi tujuan pengembangan global bermula dengan pasaran Asia, AS, Amerika Latin dan Eropah. Ini akan merangkumi pelaburan dalam strategi dan pasukan menuju pasaran syarikat ini. Di samping itu, pendanaan yang baru diperoleh ini akan membantu menyokong peningkatan dan inovasi produk untuk terus mengatasi persaingan dari segi kematangan model AI.

Untuk mempelajari lebih lanjut mengenai X0PA AI dan mengetahui cara anda boleh memaksimumkan pengambilan pekerja secara objektif dan mengurangkan masa serta kos untuk mengambil pekerja, sila kunjungi www.x0pa.com.

Ikuti X0PA AI:

LinkedIn | Twitter | Facebook | Instagram | Vimeo

Latar Belakang X0PA AI

Beribu pejabat di Singapura, dengan pejabat-pejabat terletak di seluruh U.K. India dan UAE, X0PA AI ialah sebuah syarikat SaaS yang membantu dalam pemerolehan bakat, pengambilan pekerja, penilaian dan bidang-bidang yang menggunakan Kecerdasan Buatan serta Pembelajaran Mesin. Diiktiraf oleh IDC sebagai penginovasi Automasi-AI APAC, X0PA AI ialah rakan kongsi SAP, Oracle, Intel dan Nvidia, serta rakan kongsi strategik Microsoft.

Latar Belakang ICCP SBI Venture Partners (ISVP)

ICCP SBI Venture Partners (ISVP) ialah satu perkongsian antara dua firma modal teroka (VC) Asia yang terkemuka: ICCP Venture Partners dan SBI Holdings. ISVP melabur dalam syarikat-syarikat teknologi yang berkembang pesat di A.S. dan Asia Tenggara, hingga Siri B.

Miguel Encarnacion, Pengarah Urusan ISVP
Miguel Encarnacion, Pengarah Urusan ISVP

 

Source: X0PA AI
Related Links:
Keywords: Workforce Management/Human Resources Financing agreements