omniture

KEENON Robotics Pamer Barisan Penuh Robot Perkhidmatan di CES 2022

Keenon Robotics Co., Ltd.
2022-01-07 00:00 182

LAS VEGAS, 6 Januari 2022 /PRNewswire/ -- KEENON Robotics Co., Ltd. (KEENON Robotics), syarikat robotik perkhidmatan terkemuka di dunia, mempamerkan keseluruhan barisan produk robot perkhidmatannya di Pameran Elektronik Pengguna (Consumer Elektronics Show, CES) 2022 yang berlangsung dari 5 – 7 Januari di Las Vegas. Antara barisan penuh produk robotik berprestasi tinggi dan serba guna KEENON yang akan hadir ke pesta teknologi terbesar dunia tahunan ini ialah siri Robot Penghantaran, Robot Hotel, Robot Hospitaliti dan Robot Disinfeksi, dengan Robot Penghantaran T8 generasi akan datangnya menemui pengunjung di seluruh dunia buat pertama kalinya dan menarik perhatian ramai kerana rupanya yang comel, teknologi maju dan berprestasi tinggi.


 


"Memandangkan kekurangan kakitangan dan kos buruh yang tinggi yang disebabkan oleh pandemik ini terus melanda banyak industri, KEENON berhasrat untuk membangunkan penyelesaian robotik yang boleh dipercayai dan efektif kos untuk meringankan beban pengendali hotel dan restoran sambil memudahkan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan mereka. Kami percaya bahawa revolusi berautonomi yang diterajui oleh robotik pintar akan menghindari manusia daripada tugasan yang membosankan, intensif buruh dan berbahaya, membolehkan kita memberi tumpuan kepada perkara yang lebih bermakna dalam kehidupan," kata Tony Li, Ketua Pegawai Eksekutif KEENON Robotics.

Di Reruai 9931, pertama sekali pengunjung akan disambut oleh Robot Hospitaliti – robot pintar dan pemandu arah yang boleh mengiringi pengunjung di sekitar kawasan yang ditentukan dan membawa mereka ke tempat duduk mereka. Robot ini memiliki penampilan yang comel dengan skrin paparan HD dua sisi untuk penempatan iklan, direka untuk menarik pengunjung dan memaksimakan keberkesanan pengiklanan.

Siri Robot Penghantaran KEENON dibina dari mula untuk mengubah industri perkhidmatan makanan dan direka untuk menjadi pembantu yang mampu membantu kakitangan menghidangkan makanan dan mengambil pinggan dan cawan yang telah digunakan. Mereka dilengkapi dengan teknologi AI tercanggih yang termasuk teknologi penentududukan dan navigasi automatik SLAM, yang membolehkan mereka menavigasi persekitaran kerja restoran, hotel dan tempat komersial lain dengan mudah, mendorong pengalaman perkhidmatan pelanggan yang lebih cekap.

Robot Hotel KEENON dibuat untuk hotel yang ingin mengautomasi dan menyelaras perkhidmatan penghantaran bilik dan barangan. Beroperasi dengan ketepatan, kecekapan dan keselamatan yang tiada tandingan, apabila pesanan dibuat dengan hanya satu panggilan telefon daripada pelanggan, robot ini dapat menaiki lif secara automatik dan menghantar kemudahan atau makanan kepada mereka, memberikan perkhidmatan hotel yang tepat pada masanya, di sepanjang waktu dan lebih peribadi.

KEENON telah membangunkan robot yang berupaya untuk membasmi kuman di kawasan lalu lintas tinggi dan meminimakan pendedahan orang ramai kepada mikrob yang merbahaya di tempat-tempat tersebut. Dilengkapi dengan lampu Ultraviolet (UV) dan penyembur kabus kering disinfectan, Robot Disinfeksi dapat membunuh 99.90% daripada kuman dan virus, memberikan perlindungan yang maksima dan berkecekapan tinggi untuk tempat-tempat awam seperti hospital dan sekolah.

Sedekad penerokaan dan pengalaman pembangunan dalam teknologi kecerdasan buatan dan berautonomi telah mengukuhkan kepimpinan KEENON dalam robotik perkhidmatan. KEENON Robotic telah memuaskan hati lebih 10,000 pelanggan di lebih 60 negara dengan produknya yang maju dan boleh dipercayai, model perniagaan yang mantap dan perkhidmatan pelanggan yang boleh diharapkan. Pada September 2021, KEENON melengkapkan pembiayaan Siri D $200 juta yang diketuai oleh Softbank Vision Fund 2 (SVF2), menandakan pembiayaan terbesar yang pernah diterima oleh syarikat robot perkhidmatan.

Latar Belakang KEENON Robotics:

Ditubuhkan dalam tahun 2010, KEENON Robotics komited untuk menggunakan teknologi AI untuk memperkasa kehidupan sekeliling. Ia merupakan syarikat robot perkhidmatan komersial yang terkemuka di dunia. Dengan robot perkhidmatan yang stabil, cekap dan praktikal sebagai teras perniagaan, syarikat ini menawarkan penyelesaian yang pintar untuk pelbagai senario termasuk restoran, hotel dan hospital untuk membebaskan orang ramai daripada aliran kerja yang berulang dan membosankan. Robot KEENON telah digunakan di lebih daripada 60 negara, memberi khidmat kepada lebih daripada 10,000 pelanggan di seluruh dunia.

 

 

 

 

Source: Keenon Robotics Co., Ltd.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services Trade show news